Bab 8

257 13 0
                                    

Evran mengintai sedikit untuk melihat gerangan pelajar tersebut sebelum matanya terbuntang. 'Itu mamat gangster tak jadi dalam kelas aku kan!?'

"Oh, aku ingatkan aku dengan Miss je kat sini," sindir pelajar itu pada pensyarah miang disebelahnya.

Dia dan pensyarah itu kini sedang berada di hadapan Navier membuatkan gadis itu mengurut pelapis dahinya.

"Can you two just leave? I've got many things to do." keluh gadis itu sangat straight forward. Tiada unsur menjaga hati perasaan kerana itu sememangnya bidang terhebat gadis itu.

"Nah," tanpa menghiraukan katanya, pelajar itu menghulurkan sepaket sandwich tuna kemudian diletakkan di atas meja gadis itu.

Pensyarah itu tersengih sindir, "Takde benda lain ke nak bagi? Murah sangatlah sandwich tu." dia mengutuk depan-depan.

"Kau-"

"Enough. Back to your place atau i halau dua-dua terus cara kasar." Navier bersuara tegas dan dingin akibat terlalu serabut.

Kalau mereka bertengkar pertama kali tak apa. Ini tak. Sebok je nak bagi itu bagi ini kat dia sejak hari pertama dia kat sini.

Navier mengepal penumbuk erat. Namun terdapat seorang lagi insan penyabar sedang mengepal penumbuk melihat keberadaan dua ekor makhluk di bilik tersebut.

Pelajar dan pensyarah itu saling menjeling tajam sebelum mengorak langkah meninggalkan bilik itu bersama.

Navier terus bersandar pada kerusinya dengan mata yang masih tidak beralih pada kedua makanan itu.

Tangan berura-ura ingin mencapai yogurt kegemarannya namun satu tangan laju merampas minuman itu membuatkan dia mendongak melihat gerangan.

Evran sedang memandangnya tidak puas hati dengan tindakan gadis itu.

"Kau nak?,"

Navier berdiri untuk merampas kembali minuman itu namun cepat sahaja Evran bertindak mengelak.

Navier merengus geram, "Give it back!," jelas sekali dia marah.

Evran hanya sekadar mendiamkan diri.

Minuman yogurt itu dibiarkan sebelum dia mencapai sandwich tuna yang masih elok terletak di meja, namun seperti tadi, Evran lagi pantas merampas makanan tersebut daripada diambil olehnya.

Terbuntang mata milik Navier melihat prilaku aneh jejaka itu. "What are you thinking you're doing?," soal Navier seraya mengetap giginya.

Evran pantas menyorokkan kedua makanan pemberian mereka dibelakangnya daripada terus dilihat Navier, "Kau lapar?," soal Evran dengan muka datarnya.

"Not anymore. I hate you." geram habis Navier dibuatnya. Evran menunduk sedikit sebelum mengangguk beberapa kali. Dia kemudian keluar bersama makanan dan minuman tersebut meninggalkan gadis yang masih dengan amarahnya itu.

Melihat pemergian Evran bersama kedua pemberian tadi membuatkan dia merengus geram.

Navier menghempas tubuhnya pada kerusi seraya mengurut pelapis dahinya. "Apa kena dengan semua lelaki kat dunia ni?," keluhan berat dilepaskan.

Kepalanya diurut perlahan untuk menghilangkan rasa berpinar-pinar yang melanda mengejut.

Sesudahnya dia melentokkan kepalanya dia atas meja akibat kepala yang terasa memberat. Matanya kian memberat dan perlahan-lahan terkatup...

Pap!

Navier tersentak dengan bunyi hentakan di mejanya. Dia mengangkat lemah kepalanya sebelum matanya samar-samar menangkap pada satu baris yogurt bersama satu cup mi kari segera di atas mejanya.

Pandangan mata agak kabur kerana ditutupi dengan rambut hitamnya akibat keserabutan yang melanda.

Evran menarik kerusi putih dihadapan Navier sebelum melihat keadaan serabainya. Tangan naik mengemaskan rambut gadis itu tiba-tiba.

Navier terkedu dengan tindakan itu sebelum dia menarik kepalanya daripada terus disentuh oleh jejaka tersebut dengan kening yang sudah bertaut.

Evran turut menarik kembali tangannya.

"Makan," katanya sebelum menebuk penyedut minuman pada salah satu penutup yogurt lalu diberikan pada Navier. Gadis itu masih lagi statik di tempatnya.

"Yogurt ni sama je dengan yogurt tadi" gumamnya dengan kening yang dijongketkan sebelah.

Evran menggeleng perlahan, "No, tak sama. Tadi tu bukan aku yang beri jadi kau tak boleh terima apatah lagi kau minum." jelas Evran dengan muka tenangnya.

Navier hanya merenung sebaris minuman itu sebelum dia menyambut huluran jejaka itu. Dia segera menyedutnya untuk menghilangkan dahaga.

Mata dipejamkan seraya menikmati kenikmatan minuman tersebut. Rasa peningnya turut berkurang.

Melihat Navier yang sedang fokus menyedut minuman pemberiannya sahaja dapat membuat Evran tersenyum bahagia.

Dia kemudian menghulur mi segera tadi pada Navier. Rempah dan air panas sudah lama tersedia dan hanya tinggal gadis itu untuk menjamahnya sahaja.

Navier hanya memerhati mi segera yang dihadapannya.

"Kau nak aku suap ke?," celah Evran sedari dia hanya merenung kosong mi yang hampir kembang itu.

Ugutan itu langsung tidak memberi apa-apa kesan pada Navier. Tidak sehingga Evran berura-ura ingin menyuap mi tersebut padanya. "No thanks." bidas Navier laju sambil mengambil semula mi itu.

"Sedap?," soal Evran selepas gadis itu menyuap satu suapan mi.

"Tak." balas Navier sepatah.

"Mulut kata tak tapi mulut tu tak berhenti kunyah maggi tu sampai habis," ujar Evran sinis. Navier hanya menjeling jejaka itu.

Sedang Navier sibuk menghabiskan maggi pemberiannya, Evran bertindak untuk menangkap gambar gadis itu menggunakan kamera telefonnya.

"Princess~." panggilnya meleret.

Navier laju mendongak menghadap Evran dengan mulut sedang ralit mengunyah mi.

Klik!

Gambar tadi diperiksa semula tanpa menghiraukan tatapan maut gadis itu.

Dalam gambar tersebut, Navier sedang menunjukkan jari tengahnya pada kamera.

          "Princess!," marah jejaka itu.

Navier tersengih kecil. Siapa suruh kau ambil gambar aku senyap-senyap.

          "Uh how dare you shows me your middle finger? Siapa ajar kau?" Evran mencebik.

          "You deserved it." balas Navier bersahaja.

Evran menjuihkan bibir tanda tidak puas hati.

          "Tak comel." komen Navier selamba.

          "Tak comel tak comel pun sangkut jugak dengan aku dulu," balas Evran juga selamba.

          "Evran get out!" jerit Navier. Terlopong dia mendengar ucapan yang baru sahaja keluar dari mulut lelaki itu.

          "Yelah yelah nak keluar lah ni. You are so neomuhae! (kejam)," ujar Evran geram lalu melangkah keluar. Sempat dia membalas jelingan maut Navier dengan kenyitan mata.



Buk!

          "Argh!," dirinya dihempas ke dinding tiba-tiba tatkala sedang berjalan ke sesuatu tempat.

          "Apa masalah kau!," dia memberontak.

Belakangnya terasa sakit setelah bertemu dengan dinding keras di belakangnya.

Dia mendongak memandang gerangan yang menghempasnya sebelum dia menunduk kembali. Bibir digigit tanda kesal.

          "Did you just raise your voice to me?," Amsyar menyoal dengan muka tegangnya.

Laju si pemangsa menggeleng.

          "Bawa dia jumpa geng dia yang lain." arah Geo sambil menguyah gula-gula getah perisa strawberry. Manis nyah!

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now