Bab 28

157 8 0
                                    

          Lasagna ekstra keju itu dipandang penuh nafsu. Sudu dapur diambil sebelum menenggelamkan sudu di lautan keju itu lalu disumbat ke dalam mulut dengan lajunya.

Kepala digoyangkan beberapa kali tanda menikmati rasanya. Arden dan Hael yang berada di sofa hanya menggeleng beberapa kali.

          "Suka betul kau dengan natang tu," kata Hael sinis.

          "Ada ganggu duit kau ke? Paling-paling pun aku kacau duit Ar. Okey je dia," kata Evran seraya menyumbat satu lagi suapan.

Arden sekadar membatukan diri sambil menekan butang alat kawalan jauh untuk menukar siaran tv. Tiba-tiba sofa yang diduduki oleh mereka bergetar hebat seperti mesin urut di pasaraya.

"Asal ni?," soal Arden pelik. Lantas dia bangun dari duduknya begitu juga dengan Hael.

Laju Arden menunduk untuk melihat di bawah sofa untuk mencari punca. Hael sibuk mengangkat kusyen lalu dicampaknya merata-rata. Dan ngap! Evran sekadar melihat aksi tersebut sambil mulut tidak berhenti melakukan kerjanya.

Lama getaran tersebut bermaharajalela. Beberapa saat kemudian, Hael menghentikan pencarian. Dia elok bercekak pinggang di hadapan benda petak yang bergetar itu.

          "You such a fool." kata Hael geram.

          Arden mengambil telefon miliknya yang terjatuh di celahan kusyen. "We, such a fool." Arden membetulkan ayat dengan satu jelingan.

Satu nombor asing terpapar di skrin membuatkan dahinya berkerut. Asalnya dia mahu mengabaikan sahaja namun secara tiba-tiba butang hijau itu diseret ke tepi tanpa dia yang menyentuhnya. Butang loudspeaker turut ditekan automatik. "Woi!!,"

          "Eh anak tapir!," latah Arden selepas mendengar jeritan dari dalam telefon tersebut.

          "Zen?!," tegur Hael bersama mata yang bersinar-sinar.

          "Well, well, well. Anak kandung daddy kita sudah mali lor," kata Evran sambil berjalan mendekati mereka berdua.

          "Kenapa tak bagitahu nak datangg," jerit Zander.

          "Apa? Kitorang kat Itali bukan dekat France," kata Evran selamba.

          "Woi nokrom! Itali dengan France tu dah dekat lah sakai!," kata Zander.

          "Kau ke yang bagitahu?," soal Evran separa berbisik kepada mereka berdua. Pantas Arden dan Hael menggeleng.

          "Mana bapak aku?," soal Zander.

          "Mana ada dia ikut kitorang," balas Evran.

          "Serious? Kenapa tak bawa sekali?" marah Zander.

          "Kalau kau sayang sangat kat orang tu kau jelah yang jaga dia." Evran menempelak.

          "Ev." tegur Arden dingin.

Mereka jeda. Sepatah ayat pun tidak keluar dari mulut masing-masing.

          "Shut your mouth, Evran. You don't even know what am i doing right now, right here." Zander bertutur dingin.

          "I don't know and i don't wanna know because that is your problems not mine," kata Evran senada.

Zander mengepal penumbuk kuat. Nafas ditarik sedalam-dalamnya untuk mencari ketenangan diri. Susah betul nak cakap dengan orang yang nak menang je ni.

          "Jimmy mana?," soal Zander.

          "Dah mat-"

          "Ye hello bang! Ni adik kesayanganmu sedang bercakap!," laju Hael membidas percakapan Evran.

Evran mengusap dahinya perlahan tatkala jejaka itu tadi bertindak mengetuknya di bahagian itu. Padan muka.

          "How's everything?" soal Zander lebih lembut berbanding dengan dua manusia yang lain.

          "So far so good. Kalau nak rompak bank pun takkan kena tangkap punya," balas Hael ceria. Padahal memang dah pernah rompak bank pun.

Memandangkan Zander merupakan abang kesayangan sekaligus idolanya, hubungan mereka tampak lebih akrab berbanding dengan yang lain. Tambahan, Zander merupakan senior yang dahulu pernah mengajarnya tentang asas dan kod rahsia komputer.

"Glad to hear that. And you Evran, i've got a questions for you..."

"Apa?,"

"Just what the hell do you think you doing huh?!," Zander menjerit lantang.

"Erk..." mereka bertiga terbungkam.

"You try to get along with her!? With Navier!? Why!?,"

Sangat. Lantang.

"Pelik, mana kau tahu?," soal Evran selamba.

"Kau lupa yang bapak aku tu reporter aku 24 jam? Uh screw that and just answers the damn question you motherfucker!," kuat betul suara lelaki itu.

Evran sekadar memutar mata ke atas. "Yes i am and what's wrong with it? Hati aku... hanya untuk dia.." dia berpetah penuh berdrama.

Arden dan Hael berkerut melihat itu. Manusia ini sungguh pelik. Macam mana boleh lahir.

"Hati aku untuk dia kepala lutut kau lah. Hati dia? Kau pasti untuk kau?," soal Zander serius.

"Ish! Lantak lah hati dia untuk siapa-siapa pun. Yang penting sinar harapan untuk aku dengan Navier tu masih ada." Evran berpetah yakin. Yakin?

"Kalau takde jodoh? Cari lain?,"

"Nope. Kalau dia bukan jodoh aku, aku tetap nak dia. I. Want. Her." balas Evran tegas.

"Kau dengan dua ekor beruk ni sama je. Dahlah single ada hati nak cakap pasal jodoh."

Ssup!

Masing-masing memegang dada termasuk Zander yang berada di dalam talian. Sakitnya tuh disini di dalam hatiku~

          "Ah kau suka hati cakap aku single! Mana kau tahu aku dah ada awek ke belum?," cabar Zander.

          "Kau ada awek? Lebih percaya Ar gay daripada kau ada awek"

          "Pahal libatkan aku?," soal Arden tak puas hati. Dahlah pasal gay. Dasar manusia tak patut lahir.

          "Saje... tapi kan bro..."

          "Kalau betul kau lurus, meh tunjuk dia depan aku. Esok aku gerak sana nak jumpa kakak ipar aku. Annyeong," Evran menekan butang merah laju.

"Esok pergi sana. Tak sabar nak jumpa betina yang berjaya tawan abang kita tu," sinisnya.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now