Bab 37

148 8 0
                                    

Tekaknya serasa kering. Seluruh anggotanya rasa sakit dan berbisa menyukarkannya untuk bergerak walau seinci.

Mata dibuka perlahan-lahan. Ruang yang bercahaya itu menjadikan dirinya terpinga-pinga. Evran mengerling tangan kirinya yang dicucuk lalu beralih ke pembantu oksigennya. Teruk gila aku ni. Apalah buat malu je.

"Manalah perginya semua orang ni? Memang sengaja bagi aku jaga budak sakit ke apa ni?," suara lelaki di pintu kedengaran.

Usai pintu ditutup, Hael menapak ke arah Evran sambil mata melihat skrin telefon. Tidak sedar lelaki itu sudahpun bangun dari segala tidurnya.

Kaki Evran yang ditutupi selimut itu dijadikan tempat mendarat kepalanya. Evran menjeling lelaki itu.

'An enemy has been slain!'

'Double kill!'

'Triple kill!'

'Maniac!'

'Savage!'

"Rasain loh!!," laung Hael dengan terujanya. Evran turut tersenyum melihat pencapaian rakannya itu. Syabas bro tapi...

"Kau main tipu eh?," kata Evran perlahan.

"Ehh mana adalah! Kau ni suka-suka je tuduh aku," balas Hael laju. Masih tidak sedar.

"You are. Kau ingat aku tak tahu yang kau hack phone enemy kau?," kata Evran lagi.

"Ishh mana ada-" Hael tersentak dan membatukan diri. Perlahan-lahan dia menoleh ke tepi kanannya maka tersembullah Evran yang sudah membuka mata serta kening yang dinaikkan sebelah.

"Evran!!," jerit Hael sebelum laju memeluk abangnya itu.

Evran mendesis kesakitan tatkala Hael bertindak memeluknya di bahagian perut di mana terletaknya bekas hirisan.

"Eh eh eh sorry sorry!!," gelabah lelaki itu dibuatnya. Evran tersenyum pahit. Sakitlah bodoh.

"Huaa aku ingat kau tak nak bangun dah!," kata Hael.

"Kau tak payah nak over, bukan lama pun aku tidur," kata Evran perlahan.

"Acikmu tak lama! Hampir sebulan jugaklah kau tidur!,"

"Hah!!?," pembantu oksigennya dicabut.

Pak!

"Adoii!!," raung Hael sambil memegang kepalanya.

"Kau tak payah nak gebang. Kalau sampai sebulan dia tak bangun kau rasa jadi ke cerita ni?," soal Tuan Zeke selepas mengetuk kepala anaknya menggunakan hujung payung.

"Sakitlah daddy! You nak i biul ke apa ni??," kata Hael kuat.

Arden dan Zander menapak mendekati Evran. Zander menuangkan air ke dalam gelas lalu dihulur kepada Arden.

Arden membantu Evran untuk bangun sedikit lalu menolong lelaki itu untuk minum. Evran menikmati dengan rakusnya. Bangun-bangun tekak kering tapi takde sorang pun nak layan dia tadi. Memang babi.

"Sakit tak kalau duduk?," soal Arden. Evran menggeleng perlahan. Arden dan Zander mambantunya untuk duduk. Dalam diam, Evran sedang menahan perit.

"Berapa lama aku tidur?," soal Evran pada Zander.

"Dua tahun." kata Zander. Detik-detik sebelum dia turut kena...

Pak!

"Cakap tu betul-betul boleh tak? Ada yang aku halau nanti," kata Tuan Zeke selepas membuat perkara yang sama pada Zander.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now