Bab 11

206 13 0
                                    

"Kim are you alright?," suara salah seorang rakan sepengaruhnya kedengaran kuat dari tingkat atas. Hampir bergema satu bangunan.

"I'm not obviously." bisik Navier malas. Navier mencuba nasib untuk berdiri namun...

"Don't move." sepucuk pistol elok mendarat di tepi kepalanya tiba-tiba. Navier terdiam kaku mendengar suara lelaki dibelakangnya tiba-tiba.

"And what if i?," Navier sama sekali tidak termakan dengan ugutan tersebut. Anak matanya menikam tajam anak mata biru lelaki itu. Navier sedikit mendongak oleh kerana posisinya sekarang ini lebih kepada duduk manakala lelaki itu berdiri.

"Kim!," jerit rakannya tadi sedari seorang lelaki mengacukan pistol pada gadis itu. Dia pantas menghalakan pistol ke arah jejaka itu.

Bang!

"Arghh!!," namun belum berbuat apa-apa, lelaki itu menembak tepat akan tubuh rakannya membuatkan dia jatuh tersungkur menyembah tanah. Terbuntang luas mata Navier dengan tindakan tiba-tiba itu.

"Just what the fuck you think you doing!?,"

Pistol tadi diacukan semula padanya namun kali ini dia memilih bawah dagu gadis itu sebagai targetnya.

"Who do you work for" tanya lelaki itu dingin.

Navier tergelak halus, "I don't work for anybody." katanya tenang. Rambutnya ditarik kasar kebelakang membuatkan dia terdongak paksa.

"I don't have time to messed around!"

"What a dumb..." bengangnya tetapi semakin kuat dia mencengkam rambut gadis itu.

"Tell me!," lelaki itu turut bengang.

"Tak faham bahasa ke? Aku cakap aku tak kerja dengan sesiapa kan" balas Navier tenang.

Bang!

Peha kanan gadis itu dijadikan sasaran tembakan amarahnya.

Navier mengetap giginya kuat menahan sakit yang digandakan sekarang ini. Manik-manik peluh serta darah yang sebati menitis keluar serentak.

Bang!

Peluru sniper meluncur tepat mengena kepala yang menempatkan otak lelaki itu. Tubuhnya kian kaku dan spontan terbaring di atas riba Navier.

Bang!

Bang!

Bertalu-talu peluru sniper yang hinggap di tubuh kaku lelaki itu sejurus selepas dia menjadikan riba Navier sebagai inapan terakhirnya. Navier tidak terkesan sama sekali dengan tembakan 'sakit hati' daripada seseorang yang sememangnya bukan daripada pasukannya.

Pandangan dihalakan pada seseorang yang berada di atap bangunan sebelah. Mata mereka bertemu walaupun Evran sedang menggunakan lens snipernya.

Navier yang sedar Evran menggunakan sniper untuk memerhati lantas tangannya naik mengusap rambut milik tubuh kaku itu. Sengaja mengujinya, mana tahu dia akan menembaknya lagi...

Bang!

Bingo! Sangkaannya benar belaka membuatkan Navier mengukir senyum, "Dah mati pun ditembak lagi... dengan mayat pun boleh cemburu ke?," gumam Navier perlahan.

Tubuh itu ditolak kuat beralih dari pehanya.

Navier kemudian bangun seraya mengibas sedikit pakaiannya. Gadis itu jalan terhinjut-hinjut akibat sakit yang masih terkesan di kakinya. Butang earpiece ditekan.

"Felix?," panggil Navier lemah sambil berjalan anak. Tiada respon kedengaran membuatkan dia mengeluh panjang.

Tubuhnya benar-benar rasa sakit dan menunggu masa sahaja untuk rebah di lantai.

"Princess!!," jerit seseorang tiba-tiba. Navier yang tadinya lemah memandang kaki lantas mendongak ke hadapan semula.

Suara itu persis mengalirkan tenaga kepadanya semula.

"Princess sayang!!," jerit Evran lagi namun kali ini dia kedengaran seperti memberontak.

"What?," balasnya masih malas mahu melayan.

Evran berlari mendekati Navier sebelum tubuh itu dicempung tiba-tiba. Terkejut Navier dibuatnya.

"New way to die?," soal Navier dingin.

"Buat macam tadi tu," pinta Evran dengan mata yang dikedip.

"Sorry?," soal Navier tidak mengerti.

"Ala.. Yang tu..." Evran masih berkias-kias menjadikan dirinya menjengkelkan di mata Navier.

"Straight to the point" sumpah gadis itu terlalu malas sekarang ini.

Navier diturunkan semula dengan perlahan. Evran kemudian duduk menongkat sebelah kaki dihadapan Navier. Tangan kanan gadis itu ditarik ke rambut perangnya. Navier akhirnya sudah mengerti.

"No"

"Sekali je, please..." pintanya tidak mahu mengalah.

"I said no"

"Just once. Please baby"

Navier menghela nafas panjang sebelum akhirnya dia menurut. Tangannya yang sudah berada di rambut lelaki itu digerakkan sedikit demi sedikit. Dia membelai rambut perang jejaka itu dengan lembutnya.

Tiada sebarang senyuman yang terukir pada wajah yang penuh dengan tompokan darah itu. Manakala wajah suci Evran terhias dengan senyuman paling lebar sekali.

Sambil gadis itu leka mengusapnya, Evran bertindak untuk mengikat luka di pehanya menggunakan selembar kain putih kecil dengan kemas. Kemudian dia berdiri dengan tangan yang memegang selembar lagi kain putih untuk diikat pada bahu gadis itu. Navier sudah menarik kembali tangannya tatkala Evran memilih untuk berdiri.

"Now back to my sense...." suara dingin Evran menyapa halwa pendengaran gadis itu. Evran yang tadinya inginkan belaian lembut persis kanak-kanak kini bertukar dingin.

"Are you really curious what a taste of death is?,"

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now