Bab 53

98 5 0
                                    

"Kau cakap nak dating,"

"Dating lah ni,"

"Kenapa bawak diorang sekali?," April dan Felix yang kesedapan menikmati santapan itu dilirik.

Evran menyambung menyuap lasagna ke dalam mulut. "Diorang lapar. Aku sebagai leader yang baik lagikan handsome ni kenalah bagi diorang makan jugak,"

Tiga pasang mata yang melihatnya pelik tidak dipeduli sama sekali. Dalam tidak sedar, wujud dua orang lelaki sedang memerhati mereka berempat.

"Kau nampak awek yang skirt putih tu? Tulah yang aku sempat merasa pagi tadi. Pandai pula dia tukar baju haha," kata salah seorang secara berbisik atau mudah dikenali sebagai Ahmad Danish.

"Sumpah kau manusia paling berani yang aku pernah jumpa. Aku pun memanglah kaki perempuan jugak tapi takdelah sampai buat macamtu kat tempat umum," balas seorang lagi yang bernama Adib itu.

"Tch, tapi awek lagi sorang tu aku tak pernah nampak lagi. Boleh tahan cun jugak," kata Danish lagi dengan mata yang memerhati raut wajah anggun milik April.

"Kau tak takut ke dengan laki kat sebelah diorang tu? Mampus kau kalau dia tu tunang diorang ke apa," kata Adib.

"Alah tunang je bukan suami. Jom tegur awek tu," Dengan sekali tarikan, Adib turut bersama dengan rakannya untuk melakukan kerja gila.

"Eh hi! What a coincidence to meet you here. Tu lah mungkin, jodoh kita kuat?," Danish menyergah tanpa sigan-silu di sebelah Navier.

Suasana yang tadinya penuh dengan gurauan dan gelak tawa kini bertukar sepi dan serius. April dan Felix memasang riak tegang manakala Evran hanya beriak biasa.

Hilang selera aku.

"You guys book hotel ni like seriously? Hmm kaya kaya. Kenalah dengan muka you yang lawa tu, kan sayang?," sengaja lelaki itu menyakat mereka berempat.

"Pardon? What did you just called her?," April sudah bersedia mahu memaki.

"Tu, adik ipar aku tu."

Navier, April dan Felix menoleh ke arah Evran yang mendiamkan diri dari tadi kini memaparkan sengihan yang tidak boleh ditafsirkan.

"Siapa adik ipar kau sial?," Felix mula merasakan amarahnya semakin tidak terkawal. Lebih-lebih lagi apabila kedua ketuanya itu diperlakukan begitu di depan matanya.

"Tch buat-buat tanya pulak. Perempuan ni.... what's your name again darling?," Danish memulakan langkahnya sementara Adib masih diam di tempatnya sambil mata yang tidak lari dari menatap wajah sempurna April.

"Her name's Kim," Evran membuka mulut tanpa disangka-sangka mengundang tatapan daripada Navier yang berasa tidak selesa itu.

"Wow uniknya nama you macam orang korea. Nama you?," April disoal tiba-tiba tetapi gadis itu tidak rasa mahu menjawab.

Baru sahaja Evran ingin membuka mulut Felix terlebih dahulu mencantas, "May," sempat dia menjeling lelaki itu dek tahu nama sebenar April akan terpacul keluar daripada mulut itu.

"Hahahaha memang nama korang tiga huruf je ke. Mesti nama kau pun tiga huruf jugak kan haha,"

Evran dan Felix membatukan diri. Gelaklah selagi kau mampu dik.

Tangan gatalnya tiba-tiba naik menyentuh bahu Navier yang terdedah sebelum rambut itu diselak sehingga menampakkan leher putihnya. Tanda merah itu membuatnya tersengih sumbing.

Navier menepis tangan itu kasar mengundang tawa yang terhambur daripada lelaki itu. Nafasnya turun naik menahan geram. Pisau makanan di tangan digenggam erat.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now