Bab 13

205 12 0
                                    

Darwin memerhati jejaka sebelahnya dengan tatapan pelik. "Sir dah kenapa?," soalnya.

Evran meregangkan sedikit otot-otot badan yang masih ketiduran. Mata dijelingkan pada pelajarnya itu.

Sebaik dia pulang ke rumah, dia mendapat panggilan telefon daripada Arden. Tidak semena-mena, dia diarahkan untuk berpatah balik menuju ke rumah agam mereka.

Arden mengumpulkan mereka bertiga atas sebab membincangkan tentang masalah baru yang menimpa mereka.

Sejumlah wang milik salah satu syarikat Tuan Zeke telah dicuri oleh seorang pekerja bapanya.

          2.5 billion banyak woo!

          "Sir!,"

Evran tersentak dari lamunan sebelum menaikkan kening sebelah.

"Sir ni tak nak masuk kuliah ke? Rilek betul saya tengok sir ni," ujar Darwin.

"Tak nak." jawab lelaki itu malas. Kepala dilentokkan atas meja. Masuk kuliah? Pastu nak buat apa? Aku bukannya educated sangat pun. Tapi kalau suruh kira pasir kat pantai aku pandailah.

"Tadi sir suruh saya masuk bilik sir. Saya ingat ada benda penting rupanya tak" kata Darwin lagi.

"Hm. Saje." balasnya malas.

"Dah lah sir, baik saya masuk kuliah. Kang mengamuk pulak Miss Navier tu nanti," katanya sebelum mengangkat punggung.

Navier?

Elok tadi dia hampir ketiduran serta-merta cergas seperti selalu. "Eh kau sini jap!,"

Darwin yang baru hendak memulas tombol pintu lantas memaling semula, "Apa?,"

"Nav- Miss Navier ada?," soalnya tanpa mengendahkan Darwin yang masih terkebil-kebil.

"Huh? Ouh.. Miss Navier. Ha tu ada je tadi saya nampak kat luar," jelasnya.

Navier! How come you datang sini while you baru lepas kena tembak!? Nak kena baby ni!

"Kenapa? Sir minat dia eh..." tekanya meleret.

'Aku? Minat dia? Nope. Aku obses'

Pap!

"Pergi kelas kau sekarang," arahnya mengejut selepas menghentak mejanya.

Evran bangun lalu menapak keluar dari pejabatnya tanpa menghiraukan Darwin yang masih berada dalam bilik tersebut.

"Ramainya fans Miss Navier... haih," keluh kelaki itu.

Evran berjalan ke kiri dan ke kanan mencari kelibat buah hatinya itu. Satu per satu pintu ruangan dibuka dengan selamba badaknya. Mujur pintu tandas wanita dia tak buka jugak.

Dia berjalan laju seperti mengejar masa. Tanpa dia sedar, seorang mahasiswi sedang berjalan bertentangan dengannya sambil bermain telefon pintar.

Buk!

"Argh!," perempuan tersebut jatuh terduduk akibat pelanggaran diantara mereka.

"Excuse me!?," bentak pelajar itu. Evran yang berdiri statik dengan muka tegangnya diperhatikan. Alamak... handsomenya.

"Err awak pelajar baru ye? Boleh saya tengok kad pelajar awak?," pintanya lembut. Tak jadi nak marah.

Evran berdecit. Bala betul minah ni.

Jejaka itu terus menyambung langkahnya namun tangan gadis itu laju naik menarik lengannya. Evran memaling sambil mencerlung tajam.

Okay, masalahnya dia terlupa yang dia pakai kaca mata hitam. Padanlah minah tu tersengih-sengih sebab dia ingatkan dia dipandang bukan dijeling. Sakai betul.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now