Bab 33

153 6 0
                                    

          Dia di sini lagi. Tempat yang sama di dalam mimpinya itu.

Navier mendiamkan diri di hujung sana. Duduk memeluk kaki sambil menggigit kuat bawah bibir. Darah yang keluar dijilatnya. Satu tangan mencubit satu tangan lagi dan meninggalkan kesan merah.

Bilik yang gelap itu dipandang penuh takut.

Di suatu sudut yang lain, makhluk hodoh tersebut sedang tersenyum sumbing melihat gadis itu dari jauh.

Wushh!

Sebiji telefon lama diseretkan ke arah gadis itu. Navier menjeling sekilas sebelum matanya membeliak. Telefon itu sama dengan telefon yang pernah di bawa oleh badut di dalam biliknya.

Navier tidak mengambilnya malah dia hanya menjeling telefon buruk itu.

Dan secara tiba-tiba, huruf-huruf tersebut diketik tanpa sesiapa yang menyentuhnya. Navier memanjangkan leher ingin melihat walaupun dia masih berasa takut.

'Poor you, little girl'

Usai dia membaca, perkataan tersebut hilang serta-merta dan digantikan dengan perkataan yang baru.

'Should i, make you stay here with me?...'

Melihat itu, Navier pantas merapatkan diri ke dinding. Tangan kecil yang menggeletar itu mencari sesuatu untuk menyedarkan dirinya daripada terus bermimpi.

Dia masih ingat ada lelaki yang menemani dirinya semasa tidur dan dia perlu sedar sekarang ini.

Tapi.... Macam mana?

Telefon lama tersebut dikerling sebelum mengambil dengan lajunya.

Prak!

Navier memecahkan ia ke atas lantai dengan sepenuh tenaganya. Maka dengan itu, segala serpihan terburai dan bersepah merata-rata.

Serpihan yang tajam diambil dengan tangan yang menggeletar sebelum menggerakkan ia ke arah yang menempatkan nadi manusia.

"Don't you dare..." tegur makhluk itu dari jauh.

Bunyi tapak kasut mula kedengaran. Navier tahu badut itu hendak menghalang perbuatannya. Dia sendiri tidak tahu apa yang dilakukan olehnya kerana takut kesannya membawa ke alam realiti.

"Fuck screw that!!," Navier menjerit lantang sebelum membenamkan serpihan tajam itu ke dalam nadi lehernya.

Dan akhirnya dia kembali ke alam nyata.

"Evran?," tegur Navier tatkala melihat lelaki itu sedang membelakanginya.

"You're awake..." katanya seraya membangunkan gadis itu lalu dibawa masuk ke dalam dakapan.

"I'm... scared..." kata Navier seraya menghambur tangisan di dalam rangkulan itu.

"Ev..." Navier kepelikan setelah mendapati tubuh lelaki itu sejuk dan tidak bergerak.

"Poor you, little girl..."

Badannya menggigil hebat usai mendengar kata-kata itu. Lantas gerangan itu menolak tubuh Navier agar menjauh darinya.

Navier terbungkam. Wajah Evran seolah-olah retak. Seperti anak patung yang kian rosak. Kedua belah matanya berwarna hitam sepertinya. Darah mengalir di bahagian kepala sehingga membasahi seluruh baju.

"W-Who... are you..."

"I am him... but in the future..."

Mungkin kerana terlalu takut Navier terus menghantukkan kepalanya ke kepala lelaki itu. "Argh!!!,"

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now