Bab 41

139 5 0
                                    

"Damn it!!!,"

Geo lantas pergi ke tempat duduk pemandu sebelum mayat lelaki itu ditolak ketepi. Dia perlu cuba untuk mengawal stereng ini walaupun hakikatnya dia sendiri tiada pengalaman.

Dalam keadaan yang terumbang-ambing, Amsyar dapat melihat dua orang asing sudah memecah masuk ke dalam bas milik mereka. Senjata-senjata haram turut bersama mereka.

"Arghh!!," masih lagi dibelenggu dengan jeritan para pelajar, seorang lelaki bertopeng itu menaikkan parangnya lalu ditujukan ke arah Darwin.

Darwin terasa dirinya ditarik ke belakang. Amsyar sedang mempertahankan dirinya.

Amsyar mengerling ke arah Geo yang sedang beradu tenaga dengan penceroboh itu sambil dia mencuba untuk mengawal bas daripada kemalangan.

Nyawa dan keselamatan. Itu yang mereka berdua cuba untuk lindungi pada saat ini.

"Bagi aku budak tu atau kau tak akan selamat." kata si penceroboh dengan datarnya.

Amsyar tersenyum sinis, "Huh aku pernah ke selamat sebelum ni?,"

Darwin ditolak ke belakang sit sebelum Amsyar laju menerpa ke arah lelaki itu.

"Argh!!," lengan yang koyak itu dipandangnya. Geo menekup lengan koyaknya sebelum laju tangannya kembali ke stereng bas.

Tangannya tidak henti-henti menekan hon kuat menandakan bahawa bas itu dalam keadaan yang tidak baik kepada semua pengguna jalan raya.

Amsyar tertolak ke belakang tatkala lelaki itu menendangnya di bahagian dada tepat dibahagian jantung.

"Am!!," jerit Geo tiba-tiba. Amsyar lantas menoleh ke arahnya.

Geo sedang dalam kesulitan. Penceroboh yang bersamanya sedang menolak Geo ke dinding bas dengan kasarnya. Kepala Geo jadi terhentak ke stereng dengan kuat sehingga mengalirnya cecair merah.

"Bro!— Argh!!," kakinya disepak dari belakang membuatkan Amsyar tersungkur menyembah tanah.

Satu kaki naik memijak tubuh Amsyar dengan kuat. Pistol dihalakan ke arah Amsyar yang berada di bawah.

"Menyusahkan. Aku akan uruskan kau dulu sebelum-"

Buk!

Kepalanya bocor dengan darah yang mengalir deras. Amsyar terkaku melihat tubuh yang terbaring di sebelahnya.

Dia melihat tukul yang entah dari mana munculnya itu. Tukul itu yang menyebabkan penjahat itu tumbang tadi.

Seorang gerangan asing yang memakai helmet hitam memboloskan diri ke dalam bas sebelum melayangkan sepakan ke penceroboh yang menyakiti Geo sebentar tadi.

Gerangan itu menarik kasar lelaki itu supaya menjauhi tempat pemandu sebelum tumbukan dilayangkan tepat ke arah muka bertopengnya. Cengkaman di bahagian kolar masih tidak lepaskan.

Topeng itu dilepas. Gerangan berhelmet menatapnya kosong. Ini bukan yang dia cari.

Lelaki itu dicampak kuat ke bahagian tempat duduk menjadikan kepalanya terhentak di palang tangga.

"That is for hurting my student..." helmet dilepas sebelum menghentak helmet itu kepala lelaki itu.

"M-Miss—" percakapan Amsyar terhenti tatkala Navier meletakkan jari di bibir menyuruhnya mendiamkan diri. Mata digerakkan ke kiri dan ke kanan.

Amsyar faham. Pelajar di dalam bas masih boleh mendengar percakapan mereka walaupun mereka sedang menunduk takut sambil memejamkan mata.

Navier berlari ke arah Geo sebelum lelaki itu diperiksanya.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now