Bab 6

306 15 0
                                    

          Kini, Navier berada di ruang peribadi yang disediakan khas oleh Madam Ashley untuknya.

Ruang itu tidaklah terlalu luas dah tidaklah terlalu kecil. Cukup untuk dia meletakkan barang kerja dan melakukan kerja rahsianya.

Barang-barang serta dokumen yang berkaitan dengan kerja rahsianya di simpan dan disorokkan di sesuatu tempat.

Mengikut kata Madam, dia akan segera dipindahkan pada ruang yang lebih privacy untuk memberi keselesaan dalam menjalankan kerja tanpa sebarang gangguan daripada manusia.

Secara tiba-tiba dia teringatkan sesuatu...

Lantas dia berdiri dan mengambil telefon pintarnya yang tidak jauh daripada kedudukannya sekarang. Laju sahaja jarinya mengetik papan keyboard email untuk menulis tentang permintaan...

"Hey there pretty..."

Suara itu...

Navier drastik menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya dia apabila Evran berada dibelakangnya, ditambah pula jejaka itu mendaratkan kedua tangannya di meja seperti memerangkapnya sekaligus mengunci pergerakannya.

Jarak diantara mereka terlalu dekat. Navier tidak dapat mengalihkan mukanya justeru dia perlu menatap wajah jejaka itu dengan terkial-kialnya.

Merasakan dirinya terperangkap. Mahu menoleh muka walau seinci pun sukar, inikan lagi mengerakkan tubuhnya. Tidak boleh buat apa-apa lantas dia berdehem,

"Keep a distance, Evran." dia bertutur datar.

Evran menunduk sedikit sebelum tersengih kecil dengan lidah yang menolak dinding pipi. Navier masih mendiamkan diri. Tidak sehingga dia melihat peluang untuk menolak kuat dada bidang milik jejaka itu sehingga dia terundur sedikit.

Navier menghadiahkan satu jelingan maut pada lelaki itu.

"What did you do? Kau buat apa lagi? Gaduh dengan student? Hari pertama kau dah tunjuk baran then kau nak student percaya kau ke lepas ni" sinis dia berkata selepas melihat darah yang mengalir di bibir jejaka itu.

          "Jangan main-main, Evran. Ingat balik tujuan kau kat sini." sambungnya lagi. Datarnya dikekalkan.

Navier laju memaling ke hadapan semula. Komputer riba yang masih terbuka tersebut di tutup kemudian disusun rapi dia atas meja.

Bunyi pintu ditutup menyapa halwa pendengarannya difikirkan bekas kekasihnya itu sudah menapak keluar dari ruangnya.

Dia melepaskan nafas berat. Rambut panjangnya dikuak sambil mata yang dipejamkan.

Tiba-tiba dia merasakan ada tangan yang melingkari pinggang dan perutnya dari belakang. Tersentak dengan kelakuan tersebut lantas dia berura-ura ingin menepis namun satu suara garau menyinggah di tepi telinganya.

"Kau tak pernah tanya apa yang jadi kat aku..."

Navier menelan air liur kesat sebelum dia merasakan bahunya dijadikan tempat menongkat dagu seseorang.

          "Because that is who you are. You choose to leave me without i'm knowing why... kau tak pernah fikir perasaan aku. Selfish." Evran bertutur perlahan dengan suara yang cukup sebal.

          "And now, kau berdiri depan aku semula lepas kau hilangkan diri dua tahun... dua tahun, princess..."

          "So let me ask you one simple question. Kenapa-"

          "Keluar." tidak sempat dia ingin bertanya, gadis itu mencelah laju tanpa menoleh pada orang tersebut.

          "Do you still love me, princess?" Evran sama sekali tidak mengendahkan arahan gadis itu.

Entah mengapa Navier merasakan pelukan Evran semakin lama semakin erat.

"Aku tak suka tanya dua kali." ujar Evran selepas tidak mendengar apa-apa respon daripada gadis itu.

"No." balas Navier sepatah. Evran tersenyum kecil sebelum membenamkan mukanya di ceruk leher putih milik Navier. Bohong.

"Then i will made you fall for me... again,"

Navier mengeluh berat seraya meleraikan pelukan yang melingkar di badannya sebelum memaling menghadap Evran.

"Do whatever you want but i'm not saying i will back with you." ujarnya mendatar.

Evran tersenyum suka, "I will. And one more thing..." Telefon pintar di tangan gadis itu dirampas.

"Macam yang aku cakap... kau tulislah permohonan lepasan tugas ni berjuta kali pun, Madam takkan benarkan," ujarnya masih tenang bersama senyuman nipis.

Segala perisian perkataan di ruang menaip itu dipadam habis lalu dipulangkan semula pada gadis yang jelas sedang menahan berang.

          "Aku tertanya-tanya lah kan..." gadis itu berkata tiba-tiba sambil kedua tangan disilangkan di dada.

Iris matanya merenung tajam air muka yang tenang seperti air di laut di hadapannya.

Evran melawan tidak tergugat. "Apa yang princess tertanya-tanya?,"

Navier mengecilkan matanya sedikit disertakan dengan kening yang dijongketkan sebelah. Mulut dibuka kecil. Evran menanti setia.

          "Kau takde kerja eh?,"

          "Huh?,"

          "Kau terima tugas ni untuk apa sebenarnya?,"

          "Untuk jadi bodyguard budak tu lah."

          "Lepastu kau buat apa lagi dalam bilik aku?"

          "Ooo silap silap. Jadi bodyguard budak tu sebab yang kedua," dia tersenyum lebar.

          "Jangan cakap..." Navier mengecilkan matanya sekali lagi.

          "...yang kau nak ngorat perempuan kat sini," tidak semena-mena tawa lelaki tersebut terletus. Agak kuat.

Buk!

          "Argh!," Evran meraung kesakitan tatkala perutnya ditumbuk secara tiba-tiba. Tidaklah kuat cumanya senak sajelah.

          "Kau nak gelak-gelak bukan kat sini. Orang lalu depan bilik aku nanti," ujarnya geram.

          "Peduli pulak aku dengan orang tu," sempat dia mengomel dalam menahan perit.

          "Peduli. Kau nak diorang tahu ke kau kat sini?," balas gadis itu.

          "Kenapa pun? Cakaplah yang aku tengah buat projek dengan kau,"

          "Projek apa? Huh? Projek apa?," Navier bersuara datar.

          "Projek kerja lah. Sesama pensyarah. Kenapa? Kau fikir projek-"

          "Hmph!!," mulutnya ditekup tiba-tiba dengan kedua belah telapak tangan milik gadis itu.

          "Cakap benda mengarut, aku kerat lidah kau," keras amaran yang diberikan.

Evran menggeleng laju. Sesaat kemudian Navier melepaskan tekupan. Dia mencerlung tajam namun Evran sama sekali tidak peduli. Malah lelaki itu kini tersenyum nipis.

I'm glad you're fine.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now