Bab 1

1.2K 31 0
                                    

Mata dibuka perlahan-lahan seraya menggeliat kecil bertujuan untuk meregangkan sendi otot yang masih tidur. Telefon pintar jenama iPhone 12 Pro Max yang berada di bawah bantal dicapainya.

Jam 7 pagi dipaparkan di skrin kemudian dilemparnya kembali.

Tuala putih diambil sebelum kaki melangkah ke bilik air. Dalam beberapa minit, dia selesai membersihkan diri.

"Now... aku nak pakai apa?," gumamnya. Baju-baju yang elok bergantungan dalam almari putih dipandang kosong. Sesaat kemudian, tawanya terletus.

"Haha... kelakar! Macam lah aku ada berjuta-juta baju dalam ni," ujar jejaka itu. Tapi memang baju dia banyak dekat juta-juta.

Tangan ralit menyelak sehelai demi sehelai pakaiannya, "Apasal suram sangat hidup aku ni? Hitam je dari tadi.."

Well, pelik pula kalau ada baju warna pink dalam ni..

Akhirnya, hoodie hitam menjadi pilihan hati. Entah kenapa hoodie hitam terlalu menarik baginya. Tengoklah, almari itu sahaja telah dipenuhi dengan hoodie gelap yang berlainan jenama.

Setelah itu dia menyarungkan seluar slack hitam yang baru dibeli di atas talian. Dia menghembus nafas lega, "Nasib muat... "

Jejaka itu kini sedang memandu ke sesuatu tempat yang wajib dikunjungnya waktu-waktu sebegini.

Bam!

"Wassup!.." laungnya seusai menendang pintu rumah agam tersebut dengan selamba badaknya. Dua figura yang sedang menjamah selera itu berpaling laju.

"Lambat." kata salah seorang dengan dinginnya. Jari-jemarinya sedang bermain di atas meja makan itu. Terus Evran menggosok belakang lehernya diiringi dengan senyuman lebar.

"Tak rilek lah kau," ujarnya dengan muka yang masih tidak bersalah. Kerusi disebelah jejaka yang tidak mempedulikannya itu ditarik.

"What the-?.."

"Tak payah buat lawak. Lasagna aku mana!?," jerkah dia. Kelibat makanan kegemarannya tidak terlihat di atas meja bulat itu. Setahunya, dia sudah meminta dua orang itu untuk membelikan hidangan tersebut.

"Oops.. sorry. Aku dah makan habis. Siapa suruh kau lambat setan" sindir jejaka disebelahnya dengan senyuman mengejek.

"Bangang apa. Ar dia—"

"No. That things tak wujud sekarang ni. We just eat cereal this morning.." kata jejaka yang bernama Arden pula. Mahu mengadu pula. Sudah lah lambat.

Evran memandang Hael tidak puas hati. Dengan muka yang masam mencuka, dia menarik mangkuk putih kemudian bijirin dan kotak susu farm fresh dihadapan Hael dirembat kasar. Bibir dijuihkan tanda protes.

"Jangan jijik boleh? Tak comel.." Hael sudah membuat memek muka geli.

"Like i'm fcking care.." balasan bersahaja daripada Evran. Arden yang sedari hanya memerhati dan diam tidak berkutik. Esperessonya diangkat lalu dibawa ke bibir.

Evran Liberto merupakan seorang penembak jauh dikalangan mereka bertiga. Senang cerita, seorang sharp shooter.

Evran tersengih sendiri membuatkan rakannya yang lain mengerutkan dahi. Arden memandang Hael dengan kening yang dijongketkan kedua-dua belah namun Hael hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Mereka tersentak daripada lamunan masing-masing tatkala notifikasi di telefon pintar masuk berdesup-desup sekali gus.

'Main building. Now'

"Naik kereta sendiri." kata Arden sebelum mencapai jaketnya lalu dibawa ke lengan. Evran juga begitu diikuti dengan Hael.

"Ni lah manusia jaman now. Dia tak tahu ke kalau kita naik kereta asing menambahkan lagi sesak kat highway nanti?," bisik Evran pada rakan sekepalanya itu.

Kes lasagna tadi dilupakan begitu sahaja.

"Habis kau nak kita naik sekali? Mamat tu ada lambo dua seat je tau.. kau nak campak mana? Enjin?," kata Hael sambil mengerling lelaki disebelahnya.

"Mana Roger?," soal Evran pelik.

"Daddy pinjam." balasnya ringkas.

Roger merupakan kereta Range Rover milik mereka. Nama yang diberi sempena meraikan dirinya telah memenangi tournament Mobile Legends menggunakan hero tersebut.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now