Bab 26

179 8 0
                                    

Caramel Macchiato elok berada di dalam genggaman. Malam ini dia perlu segera bertolak ke Itali untuk menyelesaikan masalah kecurian duit oleh si tak guna itu. Kelibat Arden dan Hael tidak kelihatan sejak 10 minit yang lalu.

Dasar tak menepati masa. Macam mana nak kawen kalau gitu.

Sejak 10 minit tadilah, Evran sudah habis membuat tour sendirian sambil menghirup udara malam di atap yang menempatkan helikopter tersebut.

"Ada yang aku tinggal nanti ni..." gumamnya.

"Kalau ada Navier kat sini pun best jugak..." bisiknya. Sesudah itu dia menyengih kecil. Ada lah tu benda nak buat.

Telefon diambil dari poket lalu nombor Navier dicari dan ditekan butang telefon.

Sesaat... dua saat...

Panggilan tersambung dan itu membuatkan dia tersenyum.

"Hi baby" tegur Evran ceria.

"What do you want" namun suara yang membalas tidak seceria suaranya. Nadanya berat dan kelihatan tidak bermaya.

"You good? Kenapa suara macam tak sihat ni?," keceriaannya laju digantikan dengan kegusaran.

"I'm fine. Kenapa call?," soal Navier senada.

"I miss you, baby. Serious talk. I miss you so much," ucapnya ikhlas dari hati. Dua hari tidak bersua seperti dua abad lamanya.

"Thank you..." ucap Navier perlahan, hampir berbisik. Dan itu cukup membuatkan Evran terbungkam.

"Princess?," sungguh dia kepelikan sekarang ini.

"Thank you for remembering me. At least, someone make me want to live again..."

Okay, that's it.

"What are you talking about?..."

Jantungnya berdetak laju. Sudahlah gadis itu sudah berada jauh daripadanya. Meskipun mereka masih di bumi Malaysia namun kedudukan mereka kini terlalu jauh sesama sendiri. Dia berada di hujung negara manakala Navier berada di pertengahan iaitu di Kuala Lumpur.

"Ev, jom-" kata ketuanya dihentikan dengan satu gerakan tangan menyuruhnya mendiamkan diri sebentar. Hael dan Arden memandangnya pelik.

"Where are you going?," soal Navier setelah dia mendengar suara Arden tadi.

"Aku nak fly Itali. But i've changed my mind. I don't wanna go." kata Evran senada.

"What?!," Arden dan Hael terkejut.

"Aku nak temankan kau. Biar kau dekat dengan aku, duduk depan aku," katanya lagi.

"Do it and i will make sure kau takkan hidup lagi lepas ni..." tegas Navier berpetah. Bukan dia tak tahu kalau tiga-tiga fly pergi bumi barat sana adalah benda penting yang nak di settlekan.

"Tapi-"

"Shut your mouth and just follow them." arah gadis itu.

Evran merengus kasar. Dah buat dia risau macam ni pulaknya.

"Aku tak pergi lama, paling lambat seminggu. Lepas aku balik, make sure kau hidup lagi and aku nak tengok kau depan mata aku." sempat dia memesan.

Evran memberi isyarat supaya mereka bersiap-sedia untuk berlepas menggunakan helikopter pribadi mereka. Arden dan Hael terus bergerak ke posisi masing-masing.

"See you in one weeks. I love you, my princess."

Sesudah itu dia mematikan panggilan tanpa menunggu balasan atas sebab isyarat bersedia untuk berlepas daripada kedua rakannya itu.

Di suatu sudut yang lain, terdapat seorang gadis bersama mata yang sembap, beserta lingkaran hitam, dan bibir yang agak pucat.

Urat leher yang dulunya berwarna hijau kini bertukar hitam dan jelas di mata kasar. Begitu juga dengan kedua belah tangan dan seluruh kawasan jantungnya. Mata kirinya yang dahulu berwarna kelabu cantik turut bertukar menjadi hitam penuh tanpa secalit putih.

Sekali tengok persis robot yang rosak.

Ucapan terakhir Evran sebelum mematikan talian terngiang di telinganya.

'I love you, my princess.'

Navier yang duduk bersandar di dinding itu tersengih kecil. "I love you more my handsome..." bisiknya sebelum mengatup mata.

Tanpa dia sedar, segala tindak-tanduknya diperhatikan oleh seseorang melalui tingkap biliknya. Sniper dihalakan pada sasarannya iaitu di kawasan kepala gadis yang masih tidak sedar akan kewujudannya itu.

"Pretty like always Navier..." bisik Lucas halus sambil tersenyum nakal.

"I guess doktor perempuan kau tu masih tak jumpa antidote yang sesuai untuk racun aku..."

"Tak payah letak harapan sangat dengan betina tu. Satu apa pun dia tak pandai. Beside..."

"Antidote kau cuma aku je yang boleh buat"

Lucas akhirnya beredar meninggalkan bangunan tersebut bersama beg sniper di bahu. Tujuan sebenar dia kesitu adalah kerana ingin melihat perkembangan racun di dalam badan mangsanya. Hasil yang cukup mengharukan baginya. Dia berjaya!

Bukk!

"Eh bapak amoi! Ehh sorry bang, saya tak perasan!," latah Amsyar selepas dia melanggar lelaki itu. Mujur dia tak tersungkur.

"Excuse me." pinta Lucas seraya membetulkan topi hitam bersama topeng mukanya. Lekas dia berlalu pergi.

Amsyar sekadar memerhati lelaki itu sebelum dia mengulum senyum ejek. Lolipop perisa apel disumbat ke dalam mulut semula.

"Woi! Siapa tu?," tegur Geo sedari rakannya melanggar lelaki tadi.

"No one important." balas Amsyar.

"Kau ingat aku tak nampak?," Geo menjeling.

"Dah tu apahal tanya? Terang lagi bersuluh benda haram kat beg dia tu," Amsyar turut menjeling.

"Tch yang kau sengaja langgar bahu dia kenapa? Cari pasal?," soal Geo.

"Curious." balasnya sepatah.

"Pale otak kau curious! Takde kerja lain," Geo mengorak langkah disusuli dengan Amsyar ditepinya.

"He is Yelena's." ujar Amsyar tiba-tiba.

"And apa kau nak buat?," soal Geo senada.

"Same goes to you. Cari pasal dengan orang-orang betina tu lah," kata Amsyar selamba sambil mengangkat kedua belah bahu.

"Orang tua tu lain, dia lain. Kau tengoklah gaya dia tadi. Semak siak. Kalau kena lunyai tadi sia-sia je kau hidup." kata Geo.

"Aik takut mati ke?," ejek Amsyar.

"Shut up. Anyway dia buat apa kat kawasan rumah Miss Navier?," soal Geo pelik.

Amsyar sekadar mengangkat bahu sekali lagi. Cermin matanya dibetulkan sedikit sebelum mengeluarkan minyak angin kecil di poket seluar. Bau pudina menusuk ke dalam rongga hidungnya dan dia nikmati akan bau ini. Fresh!

"Woi! Aku tanya ni! Ada yang aku pecahkan jugak kang natang kecil 7 hengget tu," geram Geo dibuatnya.

"First aku tak tahu. Second, buatlah. Aku kasi pecah sportbike monster kesayangan kau tu nanti." Amsyar mencabar.

Sudahnya, dua-dua menjeling tajam. Takde kerja lain.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now