Bab 9

259 12 0
                                    

Seusai pintu ditutup, Evran berjalan menuju ke arah bilik peribadi yang disediakan Madam Ashley padanya. Daun pintu dibuka sebelum matanya tertumpu pada sekujur tubuh lelaki yang sedang elok tidur bersandar di sofa panjangnya. "Hoi!,"

Tersentak Darwin dari tidurnya sebelum lelaki itu terus mengerutkan dahi, "Apa kau nak?," soalnya yang masih lagi mamai dalam tidur.

Mata Evran mengecil, "What did you just said?,"

Melihat Evran yang terbuntang, Darwin turut terbuntang.  "Eh sir... saya-"

"I've told you to wait me here doesn't mean that you allowed to sleep peacefully on my couch."ujarnya panjang lebar.

"I'm sorry..." pintanya yang sudah duduk dari perbaringan dengan wajah yang ditundukkan.

Evran mengukir senyuman nakal. Dia bukan marah pun sebenarnya. Gila ke nak marah anak Madam tu? Aku yang disumbat dalam kubur nanti.

"Let's have a talk," kata Evran sambil mengorak langkah ke mejanya.

Darwin menggosok perlahan matanya sebelum mengangguk beberapa kali.

"Kau orite tak? Berapa lama dah kau kena layan macam tu?,"

Serta-merta Darwin mendongakkan wajah. Soalan tu sumpah tiba-tiba. Dia diam tanpa balasan.

"Kalau tak nak berborak dengan aku baik aku cakap dengan mak aku yang dah mati" kata Evran sedikit kasar.

"Ooo sir boleh cakap Malay ke?," soal Darwin.

"Kau ingat aku bodoh?," balas Evran bersahaja.

"Tak, sebab muka sir bukan muka-muka orang melayu. Kacuk?," tekanya.

"Ye, aku kacuk. Kau rasa aku kacuk apa?," sudahnya dia bermain teka teki sekarang ini.

"Arab?,"

"Kenapa arab?,"

"Entah, mungkin sebab perangai macam firaun."

"Elok sikit. I'm half korean and europe. Kau takde kau diam" kata Evran puas.

"Ye, sorry sir." pintanya malas.

"Habistu macam mana boleh fasih malay?," soalnya lagi.

"Banyak tanya pulak. Tadi bisu..." sindir Evran sambil menjeling. Darwin hanya mengukir senyuman tidak bersalah.

"Aku belajarlah sikit-sikit dengan kawan aku. Kau ingat aku takde kawan ke"

"Saya tanya je"

"Pedulikan yang itu. Sekarang ni aku nak tanya kau satu benda," ujar lelaki itu serius. Badan ditegakkan menghadap pelajarnya.

"Kau takde telo ke? Kau sedar tak kau tu dah besar bukannya budak tadika lagi," katanya sambil menjongket birai bibir.

"Saya tak nak bergaduh"

"Bergaduh bukan satu-satunya jalan. Ingat, kau tu anak jantan. Jangan nak lembik sangat," ujarnya cukup tegas.

Amboi, cara cakap aku macam aku ni budak baik sangat, tak pernah bergaduh haha.

"Protect yourself. Itu pun tak boleh buat aku tak tahu nak cakap apa," sambungnya lagi sambil menaikkan kedua belah bahu.

"Tengoklah macam mana. Saya dah lali dah pun dengan semua tu," sungguh dia malas untuk melakukan perubahan.

Evran hanya memutar mata ke atas. Report kat makcik kau tahulah.

"Dah tu je aku nak tahu. Keluar" ujar Evran sambil menghayunkan pergelangan tangannya ke hadapan dan ke belakang.

Darwin terus bangun dan mengorak langkah keluar dari pejabat itu. Sengal betul dia halau aku.


Darwin berjalan ke arah dewan kuliahnya. Di pertengahan jalan, dia melihat seorang lelaki yang tidak asing baginya sedang bersandar di tepi dinding.

Geo yang sedar dirinya diperhatikan lantas menoleh ke kanan. Senyuman diukir sambil memanggil si pemerhati.

Darwin mendekati tanpa ragu-ragu. Namun semakin dia mendekat, semakin dia mendengar beberapa suara halus sedang merayu meminta dilepaskan.

Dahinya berkerut.

"Tak yah takut. Tu bukan hantu. Tu memang suara bajingan mintak simpati," ujarnya sambil tersenyum-senyum.

Dia ni tak habis-habis dengan bajingan dia tu.

"Mana lagi sorang?," soal Darwin semula.

Geo menarik Darwin lalu dibiarkan lelaki itu berdiri disebelah kirinya. Kepala dilentokkan di sebalik dinding yang disandarnya sekarang ini.

Mata Darwin terbuntang. Lima.. bukan. Enam orang pembuli yang dahulu membulinya sedang dipaksa minum susu basi yang jelas berbuih.

Seketika dia mengerutkan dahi sebelum dia menoleh ke arah Geo.

"Kenapa susu tu warna hijau?," soalnya aneh.

Geo tersenyum lebar sebelum dia membisik, "Kau pandang belakang dan kau tahu jawapannya."

Semerta Darwin memaling ke belakang. Tiada apa yang menarik boleh dilihat kecuali sebuah kolam ikan yang sudah lama tidak dibersihkan.

"You did not..." Darwin melopong.

"Not me. Am yang masukkan lumut dalam susu tu," ujar Geo sambil mengangkat kedua belah tangan tanda tidak bersalah.


"Wah! Kutuk belakang nampak?,"

Serentak mereka berdua menoleh kecuali Amsyar yang sememangnya sudah berdiri menghadap mereka.

"Kau nak pergi mana tadi?," soal Geo pada Darwin tanpa menghiraukan mereka yang lain.

"Bilik sir Evran." jawabnya seloroh.

"Go now," arahnya. Dan langsung Darwin menurut. Pandangan menyeramkan lelaki-lelaki tersebut dibuat-buat tidak nampak.

"Aku tak tahu pulak Geo Afrizal dah jadi insan baik," sinis dia berpetah.

"Well i take that as a compliment. Thank you for that," balas Geo juga sinis. Lelaki itu cuma menyengih kembali namun jelas menyakitkan.

"Anyway, satu dua tiga empat lima... aik? Mana lagi sorang?," soalnya.

"Korang kan tak boleh berpisah. Apa tu omputeh cakap? All for one and one for all? Hahahaha!," sambung Geo lagi. Amsyar hanya terangguk-angguk.

"At least kitorang ramai! Korang cuma tinggal berdua" sampuk salah seorang.

Geo mematikan gelak. Amsyar masih lagi menghirup vitagennya.

"This is about quality, bro. Kesah apa aku kitorang berdua ke bertiga ke. Amsyar dah cukup untuk aku"

"Kau pasti lima yang lain ni berkualiti?," celah Amsyar pula.

"Ye. Tak macam kawan korang yang dah mampus tu!," dia bersuara lantang.

Zup!

"Argh!," sepantas kilat lehernya dicekik sejurus selepas mengeluarkan ayat tersebut.

Mereka yang lain berundur. Gentar.

"A-aku...mintak...m-maaf..." dia menutur kata dikala nafasnya tersekat dengan teruk.

"You know what? Mulut busuk kau tak layak untuk sebut tentang kawan aku," kata Amsyar keras. Geo mencerlung tajam pelajar tersebut.

"Huh i guess kau kena diajar sikit,"

"Jangan risau. Aku tak seksa fizikal. Aku cuma seksa lidah korang je.."

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now