Bab 22

180 9 0
                                    


          "Kau tak jumpa jalan balik ke?," tanya Navier kepada lelaki yang baring bersama seekor singa di hadapan TV. Movie The Chronicles of Narnia elok bersiaran tanpa meminta izin tuan rumah.

          "This is my home too. Beside, aku nak tidur sini." kata Evran yang masih tekun melihat movie itu walaupun dia sudah hafal jalan ceritanya.

          "Are you nuts?," Navier menempelak.

           "Aku tunggu movie ni habis dulu baru aku balik lah" balas Evran selamba.

Detik-detik di mana dia mencekik serta mengugut gadis itu seperti hilang dari kepala otaknya. Membuatkan Navier jadi ragu-ragu untuk bercakap. Dia memerhati Evran yang ralit membelai singanya menggunakan hujung kaki.

          "I'm the owner of this house. And you are not allowed here," pedas dia berpetah.

          "Ouch..." Evran memegang dadanya sambil memejamkan mata.

          "That is really hurts you know?," cebiknya.

          "Jangan sampai aku suruh King heret kau macam yang singa dalam TV tu buat," ugut gadis itu.

          "Sadly, binatang kau tu dah jinak dengan aku and kau tak boleh suruh dia macam-macam dah," Evran melawan.

Baru Navier ingin membuka mulut, dadanya mula terasa perit mencucuk. Situasi yang sama berlaku padanya tatkala dadah tersebut mula mengawal tubuhnya. Dia cuba stabilkan semula pernafasan namun ianya semakin memerit. Bagai ada sesuatu yang tajam menikamya dari dalam. Dahinya berkerunyut tanpa sempat ditahan.

Evran terkilas tanpa sengaja ke arah gadis itu sebelum dia lekas menuju ke arahnya.

          "Navier are you okay?" jelas dia risau. Buktinya tadi dia terus berlari ke arah wanitanya tanpa menghiraukan ekor seekor singa yang terpijak tidak sengaja.

Navier memerhati dalam anak mata milik Evran sebelum dia menunduk lalu menggeleng perlahan.

"Tell me what's wrong baby..."

Evran kini melutut sambil menggenggam tangan kecilnya. Dan itu membuatkan Navier terbungkam.

Dia seperti anak kecil yang merayu kepada ibunya. Lagi-lagi apabila tangannya dibawa ke dalam genggaman sasa milik jejaka pembunuh itu. Navier tidak menolak dan hanya membiarkan.

          "A-aku nak balik bilik aku..." Navier akhirnya membuka mulut. Dia cuba menarik kembali tangannya namun hampa. Genggaman lelaki itu erat persis tidak mahu melepaskannya.

Tanpa membalas sepatah, Evran langsung bangun lalu dan menarik gadis itu lalu dicempungnya kemas ke dalam dakapan sasa.

Tangan Navier spontan merangkul leher. Agak tersentak dengan prilaku tersebut. Mata mereka bertembung sebelum Evran bertindak melarikan pandangan ke hadapan.

Satu persatu dia mendaki anak tangga sebelum akhirnya tiba di bilik tidur gadis itu. Haruman lavender menusuk hidungnya sebaik dia membuka daun pintu.

Lembut dia membaringkan Navier di atas katil.

"Macam mana kau tahu bilik aku?," Navier kepelikan.

Evran mengulum senyum, "Your smells..."

"M-my what?," melihat senyuman lelaki itu lantas dia membesarkan mata. Bantal diambil sebelum dicampak ke arah lelaki itu.

Terhambur ketawa dibuatnya tatkala melihat muka gadis itu mulai memerah.

'Ini bilik kita dulu. Kau lupa?' Namun tidak terkeluar pula ayat tersebut.

"I know your smells, dear. You love lavenders so much. Dari luar dah boleh bau," ujar Evran sambil mengukir senyum.

Navier turut mengukir senyum. Janggal rasanya.

Evran terbungkam melihat Navier yang mengukir senyuman itu. Ditambah lagi cahaya yang terjadi daripada lampu meja menambahkan lagi serinya. Argh Navier ibarat bidadari pada waktu ini.

Namun tidak semua yang berseri. Bekas cengkaman di lehernya terlihat akibat dia mencekik terlalu kuat tadi. Detik di mana dia menyerang gadis itu berlayar di kepalanya tiba-tiba. Dia tak mampu untuk kawal perasaannya pada waktu itu.

Ditambah lagi apabila Navier hanya membiarkan dirinya dilukai tanpa membalas walau satu serangan. Meskipun dia tahu apa yang perlu dibuat dikala seseorang menyerang bahagian tersebut.

Evran memejam mata rapat.

Huh ayat manis yang dilontarkan dulu hanya datang daripada mulut semata-mata. Hakikatnya, belum sempat gadis itu melukainya, dia terlebih dahulu melukai gadis itu.

Evran jadi melutut semula tanpa dianya sedari. Lemah di tepi katil.

"E-Evran?," Navier terkejut.

Dan sekali lagi Evran membawa kedua tangan kecil itu ke dalam genggamannya. Dinaikkan lalu dikucupnya. Sebutir cecair jernih laju membasahi pipinya.

"I'm sorry... i'm so sorry..." lirihnya.

"I supposed to protected you, not to hurted you..." Evran menyambung lirih. Dia menggigil dalam menutur kata.

Navier laju melarikan matanya dari terus merenung Evran. Namun tidak lama kerana dia akhirnya berpaling semula memerhati lelaki itu dengan tatapan lunak.

Dalam keadaan terpejam, satu lagi cecair jernih menuruni pipi lelaki itu dengan lajunya. Navier mengetap bibir. Dadanya semakit memerit. Sekali lagi dia berkerut. Liur ditelan payah.

Evran melutut seperti ini membuatkan dirinya diselubungi rasa bersalah. Lelaki ini menghambur tangisan dihadapannya.

Lama dia menyalahkan diri sendiri sehinggalah Navier bertindak untuk menyeka lembut air mata yang tidak henti menitis di pipi lelaki itu.

Perlahan Evran membuka mata semula. Mata berair itu bertembung dengan mata lunak di hadapannya.

"How can a killers crying over a single woman?," Navier menyoal sinis.

Evran mencebik sebelum dia menunduk. Navier tersenyum melihat itu. Lelaki ini... comel.

"I'm not crying..." kata Evran tiba-tiba.

"Tak nak mengaku pulak. Dekat jari ni apa?," Navier mangangkat jarinya yang basah selepas menyeka air mata jejaka itu.

"Hujan." balas Evran sepatah sebelum mengucup jari itu.

Navier berkerut. Hujan?

Dia kemudian menyeka lagi air mata lelaki itu menggunakan belakang telapak tangannya sehingga tiada secalit basahan di pipi.

"Will you forgive me?," pinta Evran lembut.

Navier tersengih kecil sebelum mencuit hidungnya, "No."

"N-no?" nadanya bergetar seperti mahu menangis lagi.

"No because i'm starving."

Evran terlepas tawa sejenak. "Starving? Tak makan apa-apa lagi ke?"

Navier menggeleng beberapa kali. "Takde mood nak makan"

Evran tersengih mendengarnya. "Aku order makanan kejap. Tunggu aku,"

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now