Bab 23

173 9 0
                                    


Bunyi pintu tertutup menyapa pendengarannya. Lantas dia mencengkam cadarnya kuat sambil menarik nafas yang tersekat-sekat. Lama dia menahan perit dari ditunjukkan pada lelaki itu tadi.

Pandangannya berbalam. Navier cepat-cepat menyeluk laci di bawah katilnya untuk mencari sesuatu. Botol putih yang ringan itu dicapainya.

Tangannya terketar-ketar ingin mengeluarkan isi di dalamnya. Akibat pandangannya yang kian kabur, gadis itu tidak sedar kuantiti pil yang dikeluarkannya agak banyak.

Tanpa ragu-ragu, Navier terus membawanya ke dalam mulut. Botol mineral diambil sebelum membuka penutup lalu diminumnya rakus. Sesudah itu dia menutupnya kembali lalu dicampak ke dalam tong sampah kecil.

Tangan yang menggigil itu dibawa ke bibir lalu digigitnya. Mata diliar ke kiri dan ke kanan sebelum tertancap pada cermin besar di bilik tidurnya.

Navier bangun lalu menuju ke cermin tersebut. Perlahan-lahan figura dirinya terpantul. Sebelah tangan naik memegang muka pucatnya.

Gadis itu berhenti sejenak. Bajunya diangkat sedikit hingga ke paras dada. Terserlah perut leper serta buah dadanya yang masih ditutupi dengan bra itu.

Dia terkedu. Terkejut dengan apa yang baru dilihatnya.

Urat dan saraf di bahagian jantungnya bertukar hitam sementara di bahagian lain masih normal. Seolah ingin menunjukkan bahawa bahagian itu sudah rosak.

Baju diturunkan semula. Sepasang matanya kosong merenung pantulan sendiri. Seteruk itu kesannya membuatkan dia terfikir seberapa lama lagikah riwayat hidupnya.

Tuk... tuk...

          "Princess?," pintu dikuak dari luar. Evran berjalan mendekati Navier.

          "Hm?," kening sebelah dijongketkan. Entah berapa lama dia merenung dirinya di cermin tersebut. Dia turut tidak pasti.

          "Food are ready." tangan kecil itu diraih ke dalam genggaman sebelum mereka menapak keluar dari bilik itu. Navier hanya membuntuti.

          Langkah dikorak sambil disusuli dengan siulan mengikut rentak lagu yang dipasangnya. Kepala turut terangguk-angguk menyatakan bahawa dia khusyuk mendengar lagu tersebut.

Pintu masuk dikuak besar. Bunyi bising segala manusia menyapa pendengarannya.

Well, tempat itu memang tempat hiburan bagi para lelaki. Inilah yang dinamakan tempat menghilangkan stress!

Kerusi empuk ditarik sebelum menekan butang mesin dihadapannya. Setereng mainan itu dipegang dan dia memulakan permainan tersebut.

          "Kau pergi mana?," soal gerangan yang berada disebelahnya. Dia elok sedang bermain permainan yang sama. Race game!

          "Kau rasa?," soalan dibalas soalan.

          "Mana orang tua tu?," soal Amsyar lagi.

          "Tempat biasa. Cuma kalini aku kesian kat dia so aku just kurung je orang tua tu. No abuse," jawab Geo.

          "Kita tak patut usik sorang pun sepatutnya. Kenapa kau masuk campur urusan diorang?," tanya Amsyar dengan nada serius. Setereng dipusingkan ke kanan bagi mengawal kereta dia dalam mainan videonya itu.

Geo tidak terus menjawab sebaliknya dia meneruskan apa yang terbengkalai. Tidak rasa mahu menjawab pertanyaan itu.

"Geo Afrizal." Amsyar menegur keras.

Geo berdecit halus.

          "Just let me have some fun. Beside, kau tak bosan ke? Hadap muka orang tua tu hari-hari?," Geo menempelak.

          "I know but itu urusan diorang. Even diorang pun tak bertindak lagi inikan kita. Yelena bukan tujuan kita, remember?,"

          "Habistu apa tujuan sebenar kita?," Geo mencerlung lelaki itu.

Amsyar terdiam.

"Bertahun-tahun kita stay kat kolej tu, Am. Satu hapak pun kita tak dapat nak-"

"Diam." Amsyar membidas laju dan keras. Renungan tajam dihadiahkan.

"Kau tahu dia dah-"

"Diam!," Amsyar menjerkah kuat. Mujur suasana disitu agak bising dan mampu menghalang jeritannya tadi dari terus bergema.

Geo terdiam sebelum melarikan mata ke skrin semula. Amsyar menarik nafas dalam untuk menenangkan diri. Kedua belah lengan didaratkan di setereng mainan tersebut lalu kepalanya didaratkan diatas lengannya.

Geo mengerling sekilas melihat rakannya itu. Tubir matanya berasa hangat. Dia tahu mengapa lelaki itu meletup tiba-tiba.

Situasi antara mereka kini bertukar hening dan janggal. Hanya dipenuhi dengan amarah dan kesedihan dalam suasana yang riuh itu.

"Done?," Evran menyoal gadis kekenyangan itu.

"Hm." gumam Navier. Nampak seperti dia kekenyangan namun yang sebenarnya dia langsung tidak ingin menjamah satu makanan pun.

Jam dinding dikerling.
12.38 AM

"Kalau nak halau tu janganlah obvious sangat." celah Evran.

"Saje." kata Navier perlahan. Dia cuma mahu melihat jarum jangka namun tidak disangka pula lelaki itu terkesan.

"Ish, pergilah tidur sana! Aku nak balik."

"Baliklah."

Evran menjuihkan bibir. Langkah dikorak menuju ke pintu utama lalu dikuak besar.

Dia menoleh ke belakang sekilas. Flying kiss dihadiahkan pada gadis itu. Navier? Tiada riak seperti selalu.

Evran hanya menjeling. Dia akhirnya menapak keluar dari rumah tersebut. Like finally!

Dalam diam dia mengukir senyum. Malam yang cukup indah baginya dimana dia dapat meluangkannya bersama buah hatinya itu. Cukup indah baginya tapi sayang, tidak bagi Navier.

Dalam diam Navier mengintip langkah jejaka itu sehingga ke perut kereta. "Bye handsome..."

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now