Bab 42

140 4 0
                                    

"Puan, saya rasa kita kena pergi tengok keadaan pelajar dalam bas tu. Saya rasa tak sedap hatilah, puan." kata pembantu bernama Farah itu.

"No need. Itu perasaan kau je. Tak ada apa-apa yang jadi dekat budak-budak tu," tempelak professor itu. Dianya cuma melihat pada telefonnya sahaja.

Farah kepelikan. Kau? Dia membahasakan dirinya kau?

Akhirnya Farah memutuskan untuk mendiamkan diri sahaja. Dia menyambung bersandar pada tempat duduk sambil otak tidak henti memikirkan tentang apa yang difikirkannya sekarang ini. Cuaca yang hujan itu menambahkan lagi kegusarannya.

Rasanya dia tidak salah dengar tentang bunyi tembakan yang terhasil sebentar tadi. Dan dia takut pelajar-pelajarnya itu terkena tempias.

Telefon yang berdering mematikan lamunannya. Wanita disebelahnya memandang kosong skrin telefon miliknya sebelum diangkat.

"Kuatkan volume radio." arah wanita itu mendatar. Pemandu di hadapan itu segera melakukannya.

Farah sekali lagi kepelikan. Kuatkan? Bukan sepatutnya perlahankan ke sebab nak jawab panggilan?

"Kau nak apa? Tak boleh ke tunggu waktu lain?," dia menyoal bengang dalam suasana yang bising itu.

'Hahaha! Dah pandai marah-marah eh sekarang ni?'

Wanita itu merengus geram. "Kau nak apa?," ulangnya sekali lagi. Masih dalam kegeraman.

Jeda.

Orang di dalam panggilan tersenyum sinis. "Kau ingat aku tak tahu apa yang kau rancangkan?," soalnya dingin.

Wanita itu meneguk liur kesat. "What do you mean?," soalnya bergetar.

       "...You plan to ruin our deals," tidak lama selepas itu, tawa jahat si pemanggil terletus dengan kuatnya.

Wanita itu seperti ingin mengalirkan air mata. Dia tahu inilah yang dia perlu hadapi tatkala rancangannya telah pun terbongkar. Sesaat dia berasa kesal dengan perbuatannya yang bertindak membelot gerangan itu.

        "How sad... aku ingatkan kita boleh beradu kuasa dalam dunia gelap ni..." sinis si pemanggil.

        "...No Yelena, aku tak nak dan tak akan terlibat dengan aktiviti haram kau lagi,"

Kaki yang bebas itu serta-merta menekan pedal brek dengan tiba-tiba sambil stereng yang diputar 180 darjah membuatkan dua orang dibelakangnya terumbang-ambing.

Kereta itu sedang dipandu berlawanan arah. Lari daripada arah yang sepatutnya mereka tuju.

       "W-what is going on?!," jerkah wanita itu.

Sampai satu masa, kereta itu berhenti di tepi jalan. Betul-betul di hujung jambatan yang mempunyai lautan di bawahnya selepas memastikan jalan itu sunyi dari segala kenderaan.

Gerangan di bahagian pemandu serta-merta membuka pelitup muka dan topinya. Rambut yang diikat dikemaskan.

Wanita itu terlopong tidak percaya. Farah juga terlopong. Ini bukan pemandu mereka!

       "Mana betina tu?!," suara Madam Ashley naik seoktaf.

Bang!

Tingkap kereta mereka pecah akibat pistol yang menembusinya. Tanpa amaran, tingkap tersebut dipecahkan oleh seseorang dari luar dengan kuat hingga terburai serpihan-serpihan kaca.

        "Argh!!," bagai histeria jeritannya.

        "Wou chill babe. Kita boleh je buka pintu ni," kata seorang lelaki sebelum membuka pintu kereta itu. Maka terserlah lah muka wanita penyamar.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now