Bab 7

268 13 0
                                    

Darwin melangkah setapak demi setapak menuju ke tempat yang ingin dituju. Di sebuah lorong, terdapat sekumpulan lelaki yang amat dikenalinya. Dia mengintai sedikit di sebalik dinding.

"Bodohlah aduhh! Bagilah aku hidup dengan tenang! Sir ni pun satu. Apahal bilik dia tu jauh sangat?! Memang suruh aku lalu sini ke! Takde lorong lain ke? Eyy!!," gumamnya perlahan.

"Kejap," seketika dia teringatkan sesuatu.

"Lorong rahsia tu..." Darwin benar-benar rasa ingin sujud syukur sekarang ini apabila dia teringatkan lorong rahsia yang dibuat olehnya. Hanya dia sahaja yang tahu kewujudan lorong tersebut.

Sinar harapan sedang meneranginya. Dia memaling ingin melangkah pergi.

Sesaat... dua saat...

"Ha! Nak pergi mana?,"

Darwin akhirnya tersentak dengan jerkahan mengejut tersebut. Dua orang lelaki yang dikenali sebagai hot duo sekaligus menyandar gelaran yang terkuat dikalangan pembuli-pembuli sedang elok tercegat di hadapannya.

"Nak lari dari diorang ke tu?," kata Geo sinis.

"Takut?" kata rakannya lagi seorang bernama Amsyar.

Darwin hanya menunduk dari tadi. Tali beg digenggam erat. Dia tersentak tatkala satu tangan naik mendarat di bahunya. Terlihat Geo sedang melihatnya bersama satu senyuman nipis.

"Nama kau siapa?," soalan tersebut dibiarkan sepi.

"Darwin." tidak semena-mena rakannya yang tolong jawabkan.

"Okey winwin kau dengar sini baik-baik. Rata-rata bajingan kat sini umurnya berapa?," dia menyoal.

"19-23." Amsyar menjawab selamba.

"Aku bukan tanya kau, hanat." katanya sambil memutarkan bola mata.

"Winwin kau ni taknak jawab." balasnya tidak mahu kalah.

"Okey fine, 19-23. Kau rasa umur macam ni masih budak-budak ke atau dah melonjak ke alam remaja?," Geo menyoal lagi.

Amsyar membuka mulut ingin menjawab namun satu tangan naik menekup mulutnya. Amsyar menjeling tajam.

"Err dah remaja, i guess." Darwin membalas.

"Kau pun remaja kan? Dah mimpi kan? Dah sunat kan?,"

Terbuntang matanya tatkala mendengar soalan tersebut. Apahal dengan mamat sewel ni? Gila ke apa?

"Err dah."

"Lepas tu yang kau takut sangat dengan bajingan kat lorong tu dah kenapa?" Geo tiba-tiba menguatkan suara. Cukup menyentakkan lelaki itu sahaja.

Bahunya automatik terhinjut. Amsyar hanya memerhati selamba. Vitagen ditangan diangkat lalu dibawa ke bibir. Rasa pengawet anggur menyinggah ditekaknya.

Lantaklah orang cakap apa pun yang penting vitagen anggur is the best in the world!




          "Bila kau mula masuk sini?," Evran mencari topik untuk menyembang bersama gadis itu.

Kerusi beroda kepunyaan Navier ditarik lalu dilabuhkan punggungnya selamba dengan kaki yang menyilang.

Navier sudah naik menyampah, dia mengabaikan sahaja kewujudan bekas kekasihnya di bilik tersebut.

          "Princess?," Evran masih terus mencuba untuk berbual. Navier mengeluh berat. Kertas-kertas ditangannya diletakkan semula ke dalam fail.

          "Tiga hari sebelum kau muncul kat sini," ujarnya tanpa menoleh pada si penyoal.

"Princess?,"

"Stop calling me that." tegas Navier dengan muka tegangnya.

          "Princess?,"

          "Sebut sekali lagi dan aku takkan teragak-agak untuk halau kau," Navier bersuara tegas dan menatap Evran tajam.

          "Garang sangatlah kau ni, tapi tak apa.. aku suka." balas Evran selamba dengan tangan yang sedang menongkat dagu. Renungan tajam daripada gadis itu dibalas dengan pandangan redup olehnya.

          "Duduklah depan aku ni. Kan ada kerusi.. Dari tadi berdiri je tak penat ke?," lembut sahaja dia mempelawa tuan punya bilik untuk mendaratkan punggung dikerusi biasa sedangkan dirinya elok di kerusi utama.

Navier hanya mengendahkan kata-kata itu membuatkan Evran tersengih kecil, "Kau nak merasa duduk atas riba aku hm?"

          "Evran!" marah gadis itu.

          "Tahu pun.. duduk sekarang." Evran tersenyum puas.

Navier mendengus geram sebelum berjalan ke arah kerusi putih di hadapan jejaka itu. "That's my babygirl..."

          "So.. Kau dah pernah nampak orang Yelena kat sini?," soalan Evran mendapat anggukan daripada gadis itu.

          "Tiga orang. Bukan pensyarah, bukan student... Diorang cuma orang luar yang menyamar jadi kakitangan kafe.."

Navier menyambung, "Dalam makanan tu, diorang letak satu cecair yang boleh mematikan." jelasnya ringkas. Sekadar memberitahu maklumat penting.

Evran mendengar dengan kepala yang diangguk-anggukkan beberapa kali. "Kau boleh halang?," soalnya ingin kepastian.

          "Tak sempat. Salah seorang pelajar dah termakan makanan tu.. dan.." Navier tidak meneruskan ucapan tetapi Evran dapat memahami apa yang berlaku seterusnya.

Seketika dia teringat akan sesuatu.

"Macam mana Madam boleh contact kau?" soalnya pelik kerana Madam Ashley tidak memaklumkannya pula tentang bagaimana mereka bertemu tentang hal ini.

"I-"

Tuk! Tuk!

          "Miss Navier? Are you there?," suara lelaki kedengaran diluar bilik membuatkan Navier menggelabah.

          "Go hide yourself!," Navier bertutur perlahan seraya menarik tubuh Evran daripada terus duduk di atas kerusinya.

Navier menolak-nolak tubuh Evran sehingga dia tiba di satu ruang yang boleh menyorokkan jejaka itu.

          "Be quiet." arahan itu mendapat senyuman nipis sebagai balasan.

          "Come in." Navier pantas duduk semula di tempatnya seraya membetulkan sedikit rambutnya.

Lelaki itu menguak pintu kemudian berjalan ke arah Navier dengan hati yang berbunga-bunga, "Have you eaten, Miss?," soalnya lembut.

Navier mengangguk sekali. Senyuman olok-olok dipasang. Sudah mengapa pula lelaki ini bertanyakan sebegitu tiba-tiba?

          "Tapi saya tak nampak pulak awak pergi cafe tadi." ujarnya prihatin membuatkan Navier sudah berasa geli. Mukanya masih dengan senyuman palsu.

Lelaki yang menyandar gelaran pensyarah miang itu memberikan sebaris yogurt minuman pada gadis itu.

"Saya ada belikan awak yogurt. Minumlah, nanti awak masuk angin pula,"

Sumpah sekarang ini Navier berasa tidak senang duduk. Entah mengapa dia tidak suka akan lelaki yang perwatakan aneh melainkan Evran kerana dia sungguh kenal dengan bekas kekasihnya yang kurang waras itu.

Matanya digerakkan ke kiri dan ke kanan sebelum tertancap pada Evran yang sedang merenungnya tajam menandakan dia tidak suka dengan apa yang baru sahaja dia lihat sekarang ini.

Navier membuat isyarat agar dia terus mendiamkan dirinya disitu.

          "Thank you.. i guess," katanya sambil tangan masih tidak menyentuh minuman itu.

          "I want you to drink it in front of me. Baru i rasa lega lepas you dah minum" pintanya dengan nada yang meresahkan. Navier mengeluh panjang.

Dia bukanlah tidak menghargai pemberian orang tetapi kali ini dia memang dan tidak mahu menerimanya.

Baru sahaja Evran ingin menerjah lelaki itu namun satu suara lelaki menyapa pendengarannya membuatkan dia kembali semula,
"Miss Navier!,"

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now