Bab 40

161 5 0
                                    

Seminggu kemudian...

"Macam mana? Dapat tak?," soal Geo pada Darwin yang sibuk mencuba menghubungi seseorang. Lelaki itu sekadar menggeleng perlahan.

Geo mengalihkan pandangan ke hadapannya pula. Tiga bas yang bersulam dengan kemewahan itu telahpun tenggelam dengan kerumunan pelajar dan dan pensyarah. Batak be like.

"What!? Macam mana boleh tak muat?? Kenapa prof tak buat kira-kira dulu?! Kenapa ada tiga je sedangkan kitorang ada lebih dari 500 orang?," jerit salah seorang pelajar perempuan dari arah sana.

Geo dan Darwin memaling drastik. Yep, benar sangkaan mereka bahawa betina itu merupakan betina yang pernah gatal dengan Evran. Alisa.

        "Lower your voice, young lady. Awak tak boleh nak marah professor sebab ni bukan salah dia." kata pembantu itu dengan lembut.

        "Yang tinggal cuma tiga ni je. Selebihnya, dah dibawa pergi atas tujuan penambahbaikan." sambungnya lagi.

        "Apahal tu?," celah Amsyar di antara Geo dan Darwin.

        "Entahlah. Kau tahulah minah diva tu. Suka sangat jadi pusat attention." komen Geo senada. Darwin hanya mendiamkan diri dengan muka tegangnya.

Alisa mendengus geram sambil menghentakkan kaki tanda protes. Tangga di pintu bas menjadi tempat penyinggahan punggungnya. Tangan disilangkan ke dada dengan wajah mencukanya.

        "Hodoh sial. Ingat comel ke? Nenek aku kat kubur lagi comel," kata Amsyar senada sebelum memandang ke arah Darwin.

        "Dia memang tak nak datang ke?," soal Amsyar senada.

         "Tak kot. Busy maybe," jawab Darwin mendatar. Telefonnya disimpan semula.

Amsyar melihat Geo menggunakan ekor matanya. Lelaki itu turut sedang melihatnya. Mereka sama-sama tahu tentang keadaan Evran dan semestinya berpeluang tipis untuk dia ke sini.

Geo turut pernah terkena libasan pedang di bahagian perutnya. Dua minggu dia terlantar habis atas katil sebab tubuhnya kejung. Uii bila diingat balik, perit mat.

Setelah beberapa minit, pihak kolej membuat keputusan untuk menempah tiga buah bas sekolah biasa sahaja. Kata prof...

"Cukup sekadar you all sampai dekat sana sahaja. Perjalan mengambil masa selama 40 minit jadi selesakan diri kamu semua selama itu." tanpa mengucap maaf atau terima kasih, dia terus masuk ke dalam kereta Vellfire miliknya.

Tidak lama selepas itu, tiga buah bas oren low class datang ke arah para pelajar yang tinggal. Ada yang mengeluh, ada yang menayang riak biasa dan ada juga yang sawan.

Contoh yang paling dekat...

        "Tak nak!! Aku tak nak naik bas buruk ni!! Aku dah bayar untuk bas tu end up ini yang aku dapat?! Bodoh!," laung Alisa kuat.

        "Tak nak!!—"

        "Kau boleh diam tak!?," marah seorang lagi pelajar perempuan di sebelah sana. Alisa tersengih sinis.

        "What?! Kau nak naik kau naiklah! Aku tak kacau hidup kau pun! Yang penting aku tak nak naik!," suara Alisa naik dari satu ayat ke satu ayat.

Bam!

Alisa terkejut. Tak... semua orang disitu terkejut sekali dengan pemandu bas itu turut terkejut.

Amsyar mengalihkan tangan dari bas itu. Mata mereka membeliak terutama sekali pemandu itu. Melihat basnya yang sedikit kemek itu cukup membuatkan jantungnya luluh.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now