Bab 19

181 7 0
                                    

April memejam mata lama. Menghadam apa yang baru di dengarinya sebentar tadi.

       "Is that one of those effect? My nightmare was actually point out about my phobia?," soal Navier.

April membuka mata lantas menampakkan Navier bersama air muka yang menanti jawapannya. Dia menunduk sebelum mengangguk sekali.

Melihat respon itu, Navier mengerti. Dia mengulum senyuman pahit.

       "I will face this nightmare? Everyday?," soalnya lagi tanpa mengalihkan pandangan pada gadis di hadapannya itu.

      "I-i'm sorry, Kim. T-tapi aku janji, mimpi tu takkan lama. Aku cari ubat dia, aku cari jalan nanti!," suaranya naik seoktaf dari satu ayat ke satu ayat. Menunjukkan dia benar-benar tekad.

Navier mengulum senyuman yang berganda manisnya pada gadis itu.

"Kau boleh gerak tak ni?," soal April gusar.

Navier mengangguk kecil, "I'm fine now. Cuma kena ambil masa sikit untuk aku gerakkan semua,"

      "Berapa lama?," soal April lagi.

      "More than 4 hours." balas Navier senada.

       "It's quite long..."

     "Kenapa datang tiba-tiba? Where are you going?," soal Navier setelah mendapati kehadiran April yang tiba-tiba bersama persalinan casual nya.

       "Aku nak pergi jumpa someone. Yang tahu banyak pasal penawar"

"Who?,"

"My uncle. Jangan risau, dia masih dalam Malaysia. Aku takkan pergi lama and aku tak nak pun pergi jauh dari kau," ujar April.

"I'm not a kid, April. Beside, aku lagi tua dari kau and aku mampu jaga diri aku." kata Navier sinis.

"Pandai lah sangat." April mencebik sambil mengerling jam di dinding.

"I've got to go. Call Felix ataupun sesiapa kalau kau perlukan bantuan. Pagi-pagi tu jangan gerak sangat. Suruh Felix bagi makan King. Suruh dia masakkan makanan lepastu buat kerja rumah sikit-"

"Ha okey pergi pergi. Jangan bebel banyak sangat. Pening aku nanti," cantas Navier laju. April tergelak kecil sebelum perlahan-lahan kelibatnya hilang di sebalik pintu.

"Tak padan dengan umur dia punya bebel tu...."

...

Evran, Geo dan Amsyar mengorak langkah ke pejabat milik Evran dan disusuli dengan beberapa pasang mata yang memerhati mereka.

          "Trio maut ni gaisehh. Handsome syial," bisik salah seorang pelajar.

          "Ye dengan pensyarah baru tu lagi. Wargh!," bisik seorang lagi seperti histeria.

Geo dan Amsyar hampir tersenyum mendengar itu. Ini kalau rambut diorang panjang ni mesti dah flip dah. Erh material boy!

Mata Geo bersinar selepas figura yang dikenalinya melintasi mereka. Sedikit pun dia tidak menoleh malah tidak perasan dengan kewujudan mereka.

          "Winwin-" teguran Geo termati tatkala Darwin berjalan mendekati sekumpulan lelaki yang duduk tidak semenggah.

          "Warh!," terjerit Evran dibuatnya apabila lengannya ditarik ke belakang semula. Mujur tak tersembam.

          "Pahal!?," jerkah Evran. Geo dan Amsyar serentak meletakkan jari di bibir menyuruhnya senyap. Dua mangkuk ayun itu di jeling sekilas.

          "Pergi tarik si dodol tu. Bawa dia jumpa aku. Sekarang." arahan dijatuhkan.

"Tarik dodol?," Amsyar kepelikan.

"Eh sir kitorang tak pernah jaga dodol sebab kalau kitorang jaga kitorang yang termasuk dalam dodol tu," kata Geo laju.

Evran meraup muka kasar. Macam ni ke perasaan Arden bila jaga aku dengan Hael?

          "Darwin. Pergi tarik Darwin bawa dia jumpa aku," kata Evran lemah seraya melangkah ke pejabatnya.

Beberapa paket makanan ringan dihulurkan pada mereka. Air kotak susu turut diberikan. Mata masih tidak memandang mereka.

          "Mana air kopi aku? Aku order americano kan tadi!," laung si ketua sengkek.

          "Kau tak bagi aku duit yang cukup." kata Darwin.

          "Kau? Aku?," soalnya tidak percaya. Huh pandai dia bahasakan aku kau sekarang.

          "Setakat 15 ringgit apalah berkira sangat kau ni? Starbuck kat sini lagi murah apa daripada starbuck kat luar sana," balas si ketua.

Darwin hanya diam.

Buk!

Darwin terdorong ke belakang sambil mengerang kesakitan selepas ditendang di bahagian dadanya.

"Tadi berani sangat," kaki naik mahu menendangnya lagi namun satu tangan naik mencengkam rambutnya dari belakang.

"Arghh! Lepaslah-" mata Geo tajam menikam anak matanya. Liur ditelan tanpa sempat dihalang.

"Kau tak serik ke minum susu hijau haritu? Nak rasa susu tahi pulak ke?," soal Geo dingin. Cengkaman dikuatkan.

Yang lain berdiri tegak. Buntu mahu buat apa. Amsyar laju membantu Darwin untuk berdiri stabil.

"Hari ni aku takde susu basi lah. Tapi lumut kat situ banyak. Nak taruk kat mana?," soal Amsyar sinis.

Geo tergelak kuat.

"Susu basi takde. Tapi nasi basi banyak kat cafe. Aku takde masalah kalau nak curi senyap-senyap." kata Geo.

"Tapi hari ni mood aku baik. Saaangat baik. Tak rasa nak seksa lidah orang sekarang ni." sambungnya seraya melepaskan cengkaman.

Beberapa helai rambut yang berada di tangan dibuang. Eww! Mesti tak pakai pantene.

Lelaki-lelaki tadi terpinga-pinga melihat mood baik mereka. Oh silap, mood Amsyar tak baik. Dia elok menjeling mereka sekilas.

"Jom Winwin. Kita jumpa sir hesmes," ujar Geo sambil mendaratkan lengan di bahu Darwin sambil mengajaknya berganjak. Amsyar pula berada dihadapan mereka.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now