Bab 31

151 6 0
                                    

9:00 PM

          Tiga buah jentera Suzuki meluncur laju di atas jalan raya utama Kuala Lumpur. Segala hon yang dihadiahkan tidak diambil peduli sama sekali.

Usai tiba di Malaysia, mereka semua bergegas ke hospital.

Hospital Private Kuala Lumpur ditujunya. Keempat-empat kenderaan beroda dua itu merempuh masuk ke dalam kawasan hospital dan berhenti di tengah-tengah sekali gus menjadi pusat perhatian.

Doktor dan jururawat bertindak mahu memarahi mereka namun niatnya dibatalkan selepas jejaka-jejaka tersebut melepas helmet masing-masing.

Doktor itu mengambil nafas ingin menenangkan diri. Nak marah tapi mereka merupakan anak-anak pemilik hospital ni. Kang ada yang kena pecat pulak nanti.

Adeline yang baru sahaja ingin membuka helmetnya dihalang oleh Zander. Sebaliknya, jejaka itu membuka penutup bahagian mata helmet itu. Dan jelas gadis itu sedang mengerutkan dahi.

"Ne l'ouvrez pas. Reste comme ça pendant un moment (Don't open it. Stay like this for a while)," arah Zander mendatar. Adeline membalas dengan anggukan.

"Where's my father?," soal Evran dingin kepada doktor itu.

"This way," doktor itu menunjukkan jalan kepada mereka berlima.

Bam!!

"Daddy??," tegur Zander selepas mendapati Tuan Zeke sedang bermain Candy Crush di telefonnya.

Masing-masing melopong tidak percaya.

"What is this?? Daddy sakit tak sebenarnya?" soal Zander kepelikan.

"Menyempat pulak dia push level Candy Crush dia tu," celah Arden.

"Dah level berapa dah tu?," sambung Hael pula.

"Daddy cakap betul-betul daddy ni sakit ke tak sebenarnya? Sebelum Ev smack down daddy, better daddy stop main natang tu," kata Evran dingin.

"Aku sakitlah ni. Tak nampak ke yang aku tengah terlantar macam orang nazak ni," kata Tuan Zeke selamba.

"Nazaklah sangat" kata Zander geram.

Hadiahnya? Satu jelingan maut oleh bapanya kepada anaknya itu.

"Okey okey, Zander minta maaf sebab marah daddy," Zander mangangkat kedua belah tangan tanda surrender.

Telefon diletakkan di sebelahnya. Tangan didepakan kecil kepada anaknya itu. Zander yang seperti faham dengan gerakan itu lantas dia melangkah mendekati bapanya sebelum memeluk tubuh orang berumur itu.

"Sorry..." ucap Zander separa berbisik.

Tuan Zeke tersenyum kecil. Anak lelakinya itu tidak pernah berubah sama sekali di matanya. Dia tetap menganggapnya seperti anak kecil yang baru dilahirkan.

Hingus disedut dengan tersedu-sedannya membuatkan mereka berdua berpaling.

Hael yang sedang menghembus hingus di tisu itu dipandang pelik. "Kau kenapa pulak?," soal Tuan Zeke.

"Huhuhu janganlah buat sesi reunion bapak dengan anak sekarang. I ni dahlah hati tisu huhuhu," katanya penuh berdrama.

"Sikit-sikit jelah. Lebih-lebih siapa nak layan," kata Evran.

"Dah dah tepi-tepi." Arden meleraikan pelukan mereka dengan selambanya.

"Zander..." tegur Tuan Zeke.

"Ya?," sahut lelaki itu.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now