Bab 32

154 6 0
                                    

Spontan dia menoleh ke belakang tatkala bunyi gelas pecah menyapa pendengarannya.

Mata mereka bersabung. Masing-masing terkaku dengan apa yang sedang dilihatnya sekarang ini.

"N-Navier..."

"E-Evran..."

Mereka terkaku dan membatu.

Evran hampir sahaja melepaskan botol itu dari terus memegangnya setelah melihat rupa kini gadis tercintanya.

Mata yang sembap serta berwarna hitam penuh di sebelah kirinya. Muka yang pucat dan putih tahap mayat. Saraf dan uratnya juga menjadi hitam. Hampir sahaja dia pengsan melihatnya.

"G-Give me that..." arah Navier yang sedikit ketakutan itu. Sedar akan tatapan lelaki itu membuatkan dia menjadi tidak selesa.

Evran pantas menyorokkan botol itu di belakangnya. Dia tahu Navier hendakkan dadah ini. Bagaimana dia tahu itu dadah? Dari bau dan bentuknya saje dia sudah mengenali asal usul pil itu.

April. Pasti gadis itu yang memberinya.

"Evran... bagi balik benda tu..." Navier melangkah ke hadapan dengan perlahan.

"N-Navier..." sungguh dia masih tidak dapat percaya dengan matanya sekarang ini. Apa yang telah terjadi pada gadisnya? Bila semua ini terjadi?

"Kau degil..." pisau belati yang sudah berlumuran darah itu dikeluarkan dari belakangnya. Sejurus itu, Navier melempar pisau itu ke arah Evran. Mata lelaki itu membeliak sebelum dia mengelak dengan pantasnya.

Bukk!!

"Argh!!," Evran mengerang kesakitan tatkala pipinya baru sahaja menjadi tempat layangan tumbukan gadis itu.

Tangan yang memegang botol kecil itu ditarik kasar oleh Navier. Ingin mengeluarkannya dari genggaman. Evran yang baru tersedar lantas menarik kembali tangannya lalu menjauhkan diri sedikit.

Tanpa sedar tangannya bergerak ke belakang ingin mengambil pistol di poket seluarnya. Sejenak dia berhenti. Dia terpaku melihat Navier yang berubah takut tatkala mendapati dirinya ingin mengeluarkan senjata api miliknya.

"N-no... i didn't mean that..." Evran ingin menenangkan semula keadaan. Dia turut tidak mengerti apa yang dia fikirkan.

"You... want to kill me?..." setitis air mata jatuh membasahi pipi putihnya. Entah mengapa hatinya serasa tercarik-carik.

"N-no... no! Navier, please... a-aku tak sengaja..." Evran jadi gelabah melihat air mata gadis itu. Malah kali ini dirinya sebagai puncanya.

Navier mengerutkan dahi. Pandangannya berbalam akibat air mata yang tidak henti menitis dan membasahi kawasan matanya. Seperti biasa apabila dirinya dinodai tangisan. Dia jadi berpinar-pinar. Sungguh lelah namun berusaha menepis rasa itu jauh-jauh.

Melihat Navier yang ingin tumbang itu, Evran pantas mendapatkan gadis itu. Sempat dia menarik gadis itu ke dalam dakapan sebelum mereka berdua rebah bersama-sama.

Evran memeluknya erat. Persis tidak mahu lepas.

Navier yang hampir terlelap itu tampak mahu memaksa diri untuk kekal mencelik mata. Tatkala matanya hampir terkatup, dia cepat-cepat menyedarkan dirinya kembali. Tidak mahu dibuai mimpi. Atau lebih pada takut...

"Navier? What's wrong?," tegur Evran setelah mendapati gadis itu memaksa diri supaya tidak mengatup mata.

Navier tersengih kecil sebelum menatap wajah panik lelaki itu. "I'm tired Evran.. can i just die?..." bisik Navier lemah.

Riak Evran berubah berkerut mendengarnya. Sesaat dia membelai pipi mahu menenangkan gadis itu, lekas saje tindakannya dihentikan. "No... nanti aku tertidur," tegas.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now