Bab 25

174 7 0
                                    

"Nampak Miss Navier?"

Lelaki itu persis orang kurang siuman. Sesiapa sahaja yang berjalan dekat dengannya akan ditarik lalu disoal tentang gadis bernama Navier itu.

Dan semestinya, pelajar perempuan yang ditarik berasa takut akan pensyarah lelaki tersebut. Tambahan, dia dikenali dan digelar sebagai pensyarah miang di kolej mereka.

Harris meraup kasar mukanya. Mukanya merah menahan marah. Sebaris Yogurt digenggam erat. Hampir terburai isi di dalamnya.

Matanya mencerlung ke hadapan sesudah tangan diturunkan semula. Hanya seorang sahaja yang tahu keberadaan gadis itu sekarang ini...

     Telefon yang berdering membuatnya sebal. Evran sekadar menayang riak biasa. Dia mengeluh berat. Butang hijau diseret ke tepi lalu dibawa ke tepi telinga.

"Kau nak apa kacau aku?," Evran menegur datar.

"Come here. We found him." kata si pemanggil.

" Siapa?," soal Evran pelik.

"Lelaki yang curi duit daddy." katanya.

"Apa kena mengena dengan aku?," soal Evran lagi.

Rengusan kuat dari dalam telefon menyapa pendengarannya. Haha stress. Padan muka.

"Dia bukan kat Malaysia. Dia dah guna duit tu bawa pergi Itali..."

          "He what?!," jeritnya tanpa sengaja. Sekaligus mendapat perhatian ketiga-tiga jejaka yang elok bermain kad uno di hadapannya.

          "Kepala acik dia! Bapak kau tak marah ke?,"

          "Bapak kau bapak aku jugak. Ada tu kat bawah tengah perang dengan budak. Kau tahulah dia macam mana. Macam dunia nak kiamat," ujar Arden senada.

Evran diam beberapa saat memikirkan apa yang perlu dia buat sekarang ini. Misi dia adalah untuk menjaga Darwin dan memerhatikan Navier. Yang pertama tu, dia boleh pass dekat dua orang depan dia ni. Tapi kalau yang kedua tu...

Prakk!

"Eh anak kambing!," latah Geo dibuatnya akibat hempasan pintu tiba-tiba.

Segera mereka berpaling dan...

"Mana perempuan tu?," Harris menyoal dingin sebelum matanya tertancap pada ketiga-tiga pelajar itu. Bibirnya terherot.

"Huh i guess kau dah terikut dengan perangai budak jahat ni." ujar Harris penuh sinis.

"Give me a moment, bro..." bisik Evran pada Arden di dalam talian. Sengaja dia tidak mematikan panggilan.

"What is that supposed to means?," soal Amsyar mendatar.

"Geo Afrizal and Zhaeim Amsyar..." Harris menyilang tangan penuh lagaknya.

"Hm, someone is missing. Or actually dead?" senyuman menjengkelkan ditayang.

Amsyar meletup mendengar itu. Dia berura-ura ingin berdiri namun dihalang oleh Geo. Dia tahu apa yang akan terjadi pada pensyarah itu sekiranya dia tidak menghalang rakannya yang satu ini.

          "Calm down, man." tegur Evran setelah sekian lama dia meyepi.

Amsyar yang panas itu diredakan oleh Darwin. Geo tak boleh diharap sangat sebab dia pun tengah meletup sekarang ni cuma dia tak terlalu obvious macam Amsyar. Sudahnya Darwin yang meredakan mereka berdua.

          "Kalau kau datang sini semata nak gaduh dengan budak aku, rasanya tak perlu. You may leave" arah Evran.

          "Kau tak tahu siapa yang kau tengah berurusan sekarang ni," kata Evran lagi.

         "Kau tak payah nak bela budak perangai macam setan ni." kutuk lelaki itu.

"Aku rasa kau tak tahu yang diorang berdua ni tak pernah-"

Bukk!

Satu tumbukan padu menyinggah di pipi Harris. Dia mengerang kesakitan.

Evran mengerling si penumbuk. Tak disangka-sangka bahawa Geo lah yang melayangkan tumbukan tersebut kepada lelaki itu.

"Fuck you!," Harris menengking seraya menahan tangisan. Dia berura-ura ingin balas serangan...

Namun satu tangan merentap lehernya dari belakang dengan kuat.

"Argh! Lepaslah!," Harris meronta-ronta namun Amsyar hanya mengabaikannya. Matanya tajam menikam anak mata lelaki itu.

Evran berjalan mendekati mereka.

"Pernah tak dengar pepatah jangan kejutkan harimau yang tengah tidur?," soalnya sinis.

Harris terbungkam.

Darwin di sebelah sana masih menahan diri daripada terlantar pengsan. Tak apahal aku macam dikelilingi dengan syaitan sekarang ni.

"Sorry not sorry but you just awake them up." kata Evran senada.

Harris terdiam di dalam cengkaman seseorang itu sebelum...

"Mana Navier?," soalnya terketar-ketar.

"Kenapa tanya aku? Dia takde kat sini kan, so takdelah." balas Evran selamba.

"Kau jangan tipu aku... kau mesti tahu kenapa dia takde kat kolej ni..." Harris masih mencuba.

Wajah Evran menegang. "You are nothing to her sampai kau kena tahu semua benda pasal dia," dingin sahaja ayat tersebut.

Harris terbungkam sekali lagi.

"Let him go." arah Evran pada Amsyar. Lelaki itu menurut. Habis memerah belakang leher pensyarah itu.

Segera dia berlari keluar dari bilik tersebut disusuli dengan mata-mata yang menghantarnya.

          "You good?," soal Evran pada Geo dan Amsyar. Mereka sekadar mengangguk sekali.

          "I'm not." tegur Darwin.

          "What was that? Tak yah lah sampai tumbuk dia..." ujar Darwin.

Evran, Geo dan Amsyar terdiam. Oh my god~

          "What was that?," soal Evran.

          "Hah?," serentak mereka berdua membalas.

          "Sejak bila jadi gangster balik ni? Wahh tak dapat buli budak kau buli cikgu kau pulak! Lepas ni nak buli aku pulak ke?," kata Evran selamba.

          "Ehh silap-silap sir yang buli kitorang nanti. Cara sir tadi macam malaikat maut you know? 'Jangan kejut harimau yang tengah tidur', pergh! Punchline mantull!," sambung Geo.

Masing-masing tengah cover.

"Kau pulak? Yang kau pergi cekik leher dia kenapa?,"

"Itu orang panggil protect each other. Sir tak nampak ke dia nak serang geografi ni tadi? Saya sebagai kawan yang baik akhlaknya saya tahanlah dia. Simple," ujar Amsyar panjang lebar.

"Dia nak kata apa tadi? Tak pernah apa?," soal Evran ingin tahu.

"..."

"Aduh manalah minyak angin saya ni. Peninglah pulak..." celah Amsyar tiba-tiba. Tangan meraba poket seluar untuk mencari minyak angin kecil miliknya. "Hah jumpa!,"

"Dia ni memang selalu pening. Morning sickness senang citer," sambung Geo.

Morning sickness abah kau. Dah bukan morning ni.

Lantas Amsyar menyambung perbaringan lalu menyapu minyak tersebut di dahinya. Tak pening pun tapi dia suka bau natang tu. Geo pula mengibas-ngibas buat-buat macam function.

Evran dan Darwin memandang mereka pelik. Tukar topik pulak.

Evran mengambil telefonnya kembali sebelum memejam mata rapat. Adoii lupa pulak mamat ni masih on!

"I'll go-"

"For one weeks." Arden membidas laju setelah sekian lama disidai.

Evran merengus kuat. Tambah-tambah pulak dia ni. "Hah ye, dah tu je kan? Okey sayonara!,"

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now