Bab 55

99 3 0
                                    

        Mata dicelik paksa dengan satu tubuh yang berasa kejung. Tambahan dengan suara dua lelaki bercakap di sebalik dinding sebelahnya.

"Kau tahu ke macam mana nak sarung benda ni?," bisik lelaki pertama.

"Aku pro lah bab ni. Sarung sendiri jelah kat situ apa susah," balas lelaki kedua.

"Ish aku takutlah nak buat benda ni,"

"Game kita dah hampir finishing ni. Main sekejap malam ni lepastu kita terus blah,"

Ruang tersebut dua kali ganda lebih sempit daripada bilik hotel mereka. Di pelosok sana terdapat beberapa peralatan mencuci dan juga sebuah rak kayu yang berhabuk. Tidak ubah seperti bilik stor sebuah hotel.

Katilnya juga masih berbalut dengan plastik persis baru dilancar keluar daripada kilang.

Navier mengumpul tenaga untuk menggerakkan tubuh tetapi malangnya ikatan di kedua belah kaki dan tangannya membataskan segala niat. Buat masa sekarang dia berasa lega kerana dia masih berbaju.

Tetapi tidak pada tubuh April yang tersedia terdedah itu. Selimut tebal yang terlipat elok di penjuru sana diperhati sebal.

Darah yang mengalir di pergelangan tangan tidak peduli. Yang penting dia perlu membebaskan dahulu kedua belah tangannya.

Dan akhirnya terbuka. Tali yang digunakan sangat tegang sehingga menyebabkan kulitnya terkoyak di sekitar kawasan.

Kemudian ikatan kakinya pula ditanggalkan meskipun berdarah. Navier mengemam bibir untuk tidak mengeluarkan sebarang erangan.

Tapak kaki mereka mula kedengaran. Semakin lama semakin dekat dan kemudian kini berada di hadapan katil,

"Tak sia-sia aku habiskan duit beli ubat tu. Tengok sekarang dah dapat habuan," kata Danish dengan berseluar pendek sahaja.

"Cantik badan dia," Adib tak lari memandang tubuh telanjang itu.

Beberapa saat sebelum mereka yang bodoh itu tersedar, "Mana sorang lagi?!!," laung Danish kuat.

"Dia dah lari!!," Adib pula gelabah. Tak, dia tak mahu ditangkap polis.

"Tak dia belum lari dia masih ada kat si—"

Buk!

Adib terbaring di sebelah April selepas menerima hentakan kuat di bahagian kepala. Danish menoleh ke arah lampu meja di tangan berdarah Navier.

"Tch dah bangun pulak kau ni," kata Danish sinis. Wajahnya seperti tidak takut dengan gadis yang baru sahaja menghentak kuat Adib sebentar tadi.

"Kau... binatang tak guna,"

Kali ini dia terlepas. Lampu itu ditendang jauh oleh Danish sebelum menendang belakang tubuh Navier dengan kuat. Dalam keadaan longlai Navier membuat kejutan dengan menyepak semula kepala itu sehingga berpusing.

"Argh!," Danish mengerang sakit sebelum meludah ke tepi. Satu gigi gerahamnya turut terkeluar.

"Kuat you ni walaupun dah minum ubat i..." sinis sahaja nada yang digunakan.

"Jangan ganas sangat, laki tak suka perempuan ganas..."

"Huh... lelaki aku terima aku seadanya," kata Navier pula.

Danish mengiya laju. "I memang terima you seadanya," sempat dia perasan di waktu-waktu seperti ini. Dia menyeringai lebar sebelum membuka  segala langkah sumbangnya.

Nasib berpihak pada Navier kerana dia dapat mengelak semudah yang disangkakan. Kepala dikalih pada dua kujur tubuh yang terbaring di atas katil sebelum matanya membeliak.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now