Bab 61

147 5 0
                                    

Bisikan beberapa manusia Navier dengari sejak dia sudah menyedarkan diri tetapi hanya memilih untuk kekal kaku dan memejam mata rapat.

Pergelutan di antara dua orang lelaki yang Navier percaya merupakan orang bawahan gerangan si ketua kepala penculikannya dan Darwin.

Tiba-tiba mereka yang tadinya bisik sesama sendiri kini berdiam diri selepas gerangan seseorang memasuki bilik tersebut sebelum....

"Awwhh!!!"

Tubuhnya baru sahaja dibanjiri dengan air garam yang tinggi ketumpatannya. Luka dan calar yang terkesan semestinya semakin menyengat dan mencengkam.

Penyamarannya terbongkar.

"You can't fool me Navier Kim. I know you" Yelena bersuara menyinis. Baldi tadi dibaling kuat dan mengena di kepala Navier.

Navier akhirnya memutuskan untuk membuka mata. Langsung dikalih pandang ke kiri dan kanan akibat terkejut dan keliru. Ini...

"Kenapa? Confuse?...." Yelena menapak ke gadis itu sebelum berdiri betul-betul di sebelahnya yang duduk terikat itu.

"Takkan kau dah tak kenal tempat kau kerja dulu hahaha"

Navier tergamam dan semakin keliru. Dia ditempatkan di salah sebuah dewan kuliah yang gelap suasananya.

"Kau buat apa kat sini Darwin mana?! Apa kau dah buat dekat budak tak bersalah tu?!" Navier mengamuk.

"Ohh budak tu ada. Tapi dekat bilik lain haha. Aku tak bodoh sangat nak letak kau sama-sama dengan mereka berdua.... ops..."

"Hehe terlepas cakap pula. Mama dia pun aku yang culik. Aip sebelum kau tanya aku nak cakap dulu, Ashley aku tak letak kat sini. It's a secret"

"Bodoh kau Yelena!"

Buk!

Kerusi Navier ditendang sehingga gadis itu terjatuh dalam keadaan masih terikat. Dalam keadaan begitu, matanya terhenti pada beberapa tong minyak yang banyak jumlahnya. Dia tergamam sebelum melihat pada Yelena.

Kepala digeleng banyak kali.

"Kolej ni buat aku naik gila kau tahu tak?! Berapa lama lagi aku nak teruskan penyamaran bodoh ni? Tell me!"

"Gila! Kau nak hancurkan masa depan budak-budak ni ke sial?!"

"Kau fikir aku peduli?"

"YELENA!"

"Mula simbah minyak sekarang" Yelena jatuh arahan pada orang bawahannya. Tanpa memeduli Navier dia terus melangkah keluar dan langsung mengunci pintu.

Ikatan tangan cuba dilerai sedikit kasar. Badan jadi menggelupur antara rasa sakit dan skill melepas ikatan badan.

"Auch..." tenaganya kehabisan dan akhirnya dia terkaku di situ tanpa melakukan apa-apa lagi. Satu tubuh pedih dek air garam campuran limau yang masih segar di luka badannya.

"M-miss..."

Navier segera mengangkat muka dan meliar-liar mencari punca suara seorang perempuan tadi. Dia yakin dia tak salah dengar.

"Miss saya dekat belakang miss..." kata suara itu lagi.

"Macam mana you boleh ada dekat sini?" soal Navier tanpa memaling ke belakang.

"Saya sembunyi dari mereka. Student yang lain ada dekat bawah, bilik ni bersambung ke bilik bawah tanah"

"Apa you semua buat dekat sini? You—"

"Ya saya tahu kami sepatutnya cuti tapi... miss... saya terbau minyak," kata pelajar itu sedikit ketakutan.

Navier turut sedar hal itu dan dia pasti bahagian dalam kolej hampir penuh dibasahi minyak tanah tadi.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now