Bab 24

166 9 0
                                    

"Where is him?," soal seorang wanita tanpa menoleh pada figura di sebelahnya.

Lelaki di sebelahnya hanya mampu mendiamkan diri. "They got him"

"And why is that?," wanita itu menyoal.

Lelaki itu jeda. Sedar akan kesilapannya.

"You should be thankful to him. Otherwise, you're the one who's getting caught." kata wanita itu.

"I know Yelena."

"You know them?,"

Lelaki itu menggeleng perlahan, "Dia bukan orang-orang perempuan tu. Aku dah check. Mereka takde kaitan pun dengan kes kau."

"Kalau takde kena mengena dengan perempuan tu, apahal diorang menyibuk!?," tengkingnya.

Lelaki itu hanya beriak biasa. Hanya memandang ke tar jalan dihadapannya.

Yelena mengambil nafas dalam kemudian merengusnya kuat-kuat. "Bring me their head, Lucas."

"Will do."


Sehelai demi sehelai kertas dibelek walaupun sepatah haram pun dia tak faham. Maklumlah, dia kat sini atas sebab menjalankan misi bukan suka ria jadi insan yang bergelar pensyarah.

Memandangkan kesemua pelajar sedang menyibukkan diri dengan final year project, jadi Evran memilih untuk 'mengurung diri' di dalam pejabatnya seharian.

Mata ditutup sebentar. Bunyi penghawa dingin menyapa halwa pendengaran disusuli dengan bunyi ketikan papan kekunci telefon oleh seseorang.

Fail ditutup kasar. "That's it."

Mata tertumpu pada tiga gerangan yang elok baring di sofa panjangnya. Ada yang meniarap, ada yang meyilang dan ada juga yang dok goyang-goyangkan kaki.

"Get your ass out from my office." Evran mengarah dingin.

Geo, Amsyar dan Darwin terus mengangkat kepala untuk menatap wajah lelaki itu.

"Tak baik halau." kata Geo.

"Acik lu." balas Evran.

"Acik saya dah mati. Eh... saya mana ada makcik," kata Geo.

"Apa persamaan kau dengan geografi?," soal Evran tiba-tiba mengundang kerutan di muka semua orang.

"Dua-dua menyusahkan aku." Evran menutur tanpa menunggu respon.

"Pfft... padan dengan nama," Amsyar menyinis. Langsung tidak dipedulikan dengan jelingan daripada lelaki itu. Darwin elok dibuai mimpi.

Evran menilik setiap inci wajah Geo dan Amsyar dengan lebih teliti. Mata dikecilkan. Dua lelaki itu keanehan.

"Are you a student?," Evran menyoal tiba-tiba.

Dan itu cukup untuk membuat mereka berdua terbungkam. Terkedu. Terkejut... apa semualah!

Diam.

Geo diam.

Amsyar diam.

Evran diam.

Darwin diam.

Makcik kafe diam.

"Why?," terselit getaran di suara.

"Assignment dah siap?," Evran menyoal lagi.

"Hah?," mereka tercengang.

"O-ouhh..." luluh jantung mereka tatkala lelaki itu menyoalkan tentang status mereka disini. Ingatkan dia ingin menyoal tentang identiti rahsia mereka.

"Siap lama dah sir" kata Geo.

"Bila masa korang buat?,"

"Eh sir don't look down to me you know. I'm a pro in my works because—" renungan Amsyar mematikan lidahnya dari terus berpetah.

Amsyar mengecilkan mata pada lelaki itu. Memberi isyarat bahawa dia hampir terlanjur kata yang mereka berdua sudah lali dengan susur jalur kerja seorang pelajar kolej namun dipaksa untuk menjadi bodoh setiap situasi.

Sudah beribu kali lelaki itu hampir terlepas cakap.

"Because?" celah Darwin tiba-tiba sambil menggosok matanya.

"Err.." lidahnya terkelu.

"Sebab boleh." Amsyar balas selamba.

Amsyar dan Geo saling menatapi. Muka tegang dengan muka polos dibuat-buat bertembung.

Darwin? Terasa tegangnya di tengah-tengah itu. Mampu mendiamkan diri sahaja.

"Lepas habis belajar kau nak buat apa win?" dalih Geo kepada lelaki itu.

"Sambung lagi. Tengok keadaan macam mana," balas Darwin bersahaja.

Amsyar hanya tersenyum hambar.

"Goodluck weh" ucap Geo sambil menayang thumbs up pada lelaki itu.

"Hah? Kenapa goodluck kat aku je?," soal Darwin.

Geo tersentak. Namun tidak lama selepas itu...

"Aku congrats kat kita lah, kan Am? Susah payah kita selama setahun ni ada hasil jugak finally," kata Geo lagi.

Amsyar memerhati wajah rakannya itu. Senyuman elok terukir. Namun dia tahu, disebalik senyuman itu terdapat hati yang terguris di dalam. Ayat yang dilontarkan memakan tuannya sendiri.

"So means korang dah nak graduate? Dah takde kat sini lagi lah?," soalan Evran membuatkan mereka bertiga berpaling.

"Ha yelah, kan?," jawab Darwin sambil kepala ditolehkan pada Geo dan Amsyar. Mereka sekadar mengangguk sekali.

Di suatu sudut lain, ada seorang insan yang ingin bersorak penuh keterujaan. Hampir sahaja dia mengukir senyum di hadapan mereka namun dihalangnya cepat-cepat.

'Yes! Tak payah jadi pensyarah dah! Si dodol ni dah cau, ah! Memang aku cau jugaklah!'

"Nanti dah keluar jangan jadi macam aku tau" ujar Geo separa gembira sambil menepuk-nepuk bahu Darwin.

"Geo." tegur Amsyar.

"Kenapa?," soal Darwin pelik melihat lelaki itu yang tiba-tiba menegur rakannya.

Geo sekadar mengulum senyum. Dia tahu mengapa Amsyar begitu. Dia tak mahu dirinya terlebih teruja untuk orang lain dan diri sendiri yang akan berasa sedih kelak.

Manakan tidak, hampir enam tahun mereka disitu bukan tujuan untuk melanjutkan pelajaran lagi. Malah, motif mereka lebih jauh daripada itu.

Dan disebabkan itu, mereka tidak pernah memegang sijil kerana mereka tahu, selepas sahaja tamat, mereka akan keluar dari situ dengan tangan kosong tanpa menjayakan motif.

Enam tahun menahan malu... seumpama mereka ni bodoh, kurang potensi dan tiada harapan di masa akan datang. Walhal, mereka lebih dari yang disangkakan.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now