Bab 47

145 4 0
                                    

        Pintu almari dibuka kasar sebelum dia mencampakkan segala pakaian ke dalam bagasi. Tanpa sempat dilipat dengan rapi, dia dengan pantas zip bagasi itu dengan ganas dan mengakibatkan pelanggaran dengan kain baju yang terjuntai keluar.

"Argh!!!!," jeritan seperti orang gila bergema di segenap ruang hotel itu. Orang itu panik dan berlari keluar dengan keadaan bagasi yang tunggang-langgang itu. Sekali lihat seperti seorang pelarian yang ingin melarikan diri dari majikannya.

Tombol lif ditekan kuat persis ingin merosakkan harta bukan hak miliknya. Dikerling kiri dan kanan laju untuk memastikan tiada yang mengikutnya dari dalam bilik.

Ting!

Langkah dikorak ke perut lif sebelum dia akhirnya terjerit, "Argh!!!,"

Figura lelaki di dalam sedang bersandar di antara pintu yang terbuka di hadapannya itu. Peluh sudah merenik keluar dengan banyaknya.

"Kau nak lari mana minah oii?..." lelaki itu menyindir sambil sebelah tangan menampung kepalanya di dinding lif. Sebelah lagi elok terletak di pinggang.

Wanita itu memberi tatapan tajam kepadanya. Dia terpaling anti dengan gerangan yang menyindir itu.

Setapak dia ke belakang tatkala lelaki itu sudahpun bergerak ke arahnya. Langkah si lelaki dikorak perlahan yang sememangnya tidak memberi apa-apa maksud positif. Sebaliknya terlihat asing dari pandangan wanita itu.

Dia mengundur lagi dan kemudian...

Buk!

"Argh!!!," dia terjerit sekali lagi. Jantungnya bagai ingin tercabut keluar dikala seorang lagi muncul di belakangnya sekali gus merupakan seseorang yang menyebabkan pelanggaran antara mereka.

"Tch memekak macam nak mampus..." Amsyar menyentuh telinganya akibat jeritan lantang yang dekat tadi.

"I-I takde buat salah... I- didn't do anything wrong..." wanita itu seperti separa merayu.

Geo dan Amsyar saling membalas mata sebelum mereka meletus tawa yang kuat dengan tiba-tiba. Mereka tampak sahaja seperti remaja mentah tetapi itu semua tidak menjejaskan lumrah seorang lelaki yang sudah pastinya memiliki suara garau yang berjaya menaikkan bulu roma wanita itu.

"Ouhh aah memang kau takde buat salah dengan kitorang," Geo mengesat air mata jadiannya.

"So you lepaskan i?," laju wanita itu mencelah. Mungkin nampak sinaran peluang yang tidak semestinya bersinar.

"Hahaha...unfortunately..." sesuatu yang berkilau akibat tempiasan cahaya dikeluarkan.

"Nope,"

Skrettt!

"ARGHH!!!,"




Kerutan di dahi terbentuk usai dia mencelikkan mata. Langsung kepalanya dipegang tatkala sakit yang datang menyerang. Matanya jatuh melihat seat belt yang terlilit kemas di pinggangnya.

Kemudian dia mendongak memandang sekeliling dan kini baru dia sedar bahawa dia berada dalam kereta milik jejaka bernama Evran. Di sebelah kirinya terdapat sebuah bangunan sekali gus pusat melalaikan dan memabukkan bagi sesiapa sahaja yang ingin memuaskan nafsunya.

Baru sahaja dia mengalihkan muka, pintu kereta itu dibuka dari luar oleh seseorang yang berlumuran darah di tangan.

"Hey sleeping beauty. You alright?," ucap Evran bersama senyuman walaupun dengan keadaan dirinya yang tidak patut dipadankan dengan senyuman semanis itu.

"Kita kat mana?," soal Navier perlahan. Sungguh tempat itu terlalu asing buat dirinya.

Evran membongkokkan dirinya sedikit sebelum akhirnya dia duduk bersama satu lutut di bawah. Satu tangannya dijadikan tongkat untuk menampung dagunya.

"I'm supposed to meet them here but... they are all gone. Orang-orang dia pun aku dah sapu habis tinggal hapak je kat dalam," ujarnya. Hapak yang dimaksudkan adalah beberapa kepala yang sudah tidak bercantum dengan badannya. Semua. Tiada pengecualian.

"But don't worry aku tahu diorang pergi mana," ujarnya tanpa menghiraukan sepasang mata yang sedang memberi simpati padanya. Sengaja. Evran kemudian memboloskan diri ke dalam kerusi pemandu dan menutup pintu.

"So where to go-" ucapannya jadi termati apabila tangan yang bersalut darah itu diraih. Evran menoleh melihat Navier yang tunduk sambil mengusap luka terkoyak itu.

"Hei jangan sentuh, kotor... aku belum lap lagi," bicara Evran sebelum menarik kembali tangannya lembut. Navier tampak kaku melihat darah yang menyinggah di telapak tangannya.

"Tch kan dah kotor tu..."

Kain yang memang tersedia ada di dalam keretanya dicapai sebelum membersihkan telapak tangan gadis itu.

"I'm sorry..."

Evran masih tidak pekak untuk mendengar ucapan yang terkeluar halus daripada mulut itu. Cuma dengar tidak dengar dan akhirnya dia hanya tersenyum nipis. "Kenapa?,"

Navier diam beberapa saat. Tidak terus menjawab walaupun hakikatnya dia yang memulakan perbicaraan ini. "You're not supposed to doing this..."

"Ev sepatutnya jalankan tugas Ev kat kolej. So that, you're not gonna hurt yourself again and again,"

"Hurt myself? Nav, kau pun tahu semua benda ni dah jadi normal bagi aku"

"Ev pun hampir dibunuh mereka dan semua itu sebab Nav sendiri,"

"Kalau Nav mati-" gadis itu termati kata. Bibirnya yang tadi menutur bicara ditindih laju dengan sesuatu yang lembut. Tidak lama kemudian, Evran kembali menarik wajahnya sebelum mengucup dahi milik gadis yang tersedia kaku.

Mata mereka saling bersabung lama. Lembut anak mata coklat dan anak mata kelabu itu menikam sama sendiri.

"Then tell me, do you think i'm still gonna be professional if some bitches made you suffer?," soal Evran kembali. Tidak dingin dan tidak lembut. Cuma serius semata.

"I'm not supposed to doing this? Nav, Darwin dah tak perlukan aku plus budak Geo dan Amsyar tu boleh ambil alih tempat aku,"

"You almost got killed!," Navier mencelah sambil menyentuh abdomen berbalut milik lelaki itu.

"It's not your fault. Ev sendiri pilih untuk jejak diorang. Celah mana pulak Nav yang salah dalam keputusan Ev?," balas jejaka itu kembali. Panggilan mereka juga diubah dan itu merupakan kebiasaan untuk berbicara tenang antara mereka.

Evran mengambil nafas dalam sebelum menekan pedal minyak untuk memulakan panduan sekaligus dapat mematikan perbualan tadi.

"Kau selalu cakap pasal mati. Nak mati sangat?," soal Evran lebih kepada sinis dan bengangnya.

Navier membuat muka tidak puas hati. "I said if...."

"Aku tak suka. Enough here, fokus nak buat apa lepas ni." Evran berkata bersama muka yang sengaja ditegangkan agar gadis itu diselubungi rasa menyesal bercakap tentang mati tak mati.

"Ev...." lelaki itu kekal bersahaja dengan panggilan gadis di sebelahnya. Mata tertumpu fokus di jalan raya.

"Ev i'm sorry...." masih dengan perwatakan palsunya meskipun dia berasa ingin meloncat gembira apabila lengan gadis itu disilangkan dengan lengannya.

Navier membuat muka sebal. "Chagiya...."

"Nae?,"

Ish.

"Aik takkan sekali je? Kan nak pujuk?," usik Evran sambil tersengih-sengih.

"Sekali je. Lebih-lebih siapa nak layan," ujar Navier kembali.

"Akulah yang layan," pipi mulus itu dicubit kerana kegeraman. Cubit lembut je kang kalau cubit kuat ada yang masuk kubur pulak.

"Kau track siapa? Yelena?," soal Navier.

"Track yang tu buat apa. Membazir tenaga je," balas Evran semula. Handbrake sudah pun ditarik sebelum melihat gadis di sebelahnya.

"Tengok sana," dagu itu dihala perlahan ke sisi untuk menampakkan pemandangan di luar tingkap. Atau lebih tepat lagi, suasana malam di luar pintu masuk Kuala Lumpur International Airport.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now