Bab 58

98 4 0
                                    

Satu minggu kemudian...

Sepasang kaki berjalan sambil terlompat-lompat riang seperti kanak-kanak ribena selepas digula-gulakan.

Daun pintu dituju sebelum dibuka bersama sebaris senyuman lebar. Tetapi gerangan di luar pintu sama sekali tidak memaparkan sebarang riaksi.

"Aku. Dah. Penat. Jaga. Dia." itu yang terpacul usai menampakkan tuan rumah.

Sebuah sangkar tidak terlalu besar elok dibawa bersama. Evran langsung membongkokkan badan sehingga mencangkung untuk melihat sosok binatang di dalam.

Ini lah hadiah daripadanya untuk seorang gadis yang berjaya menambat hatinya.

Cadangnya mereka mahu membuat parti kecil-kecilan cuma melibatkan mereka berempat akan tetapi situasi dan tragedi tidak terjangka yang menimpa dua orang gadis itu membatalkan segala niat.

"Dia liar sikit. Kalau aku tak fikirkan Kim, dah lama aku campak masuk gaung." tutur Felix berbaur geram.

Sangkar tersebut langsung berganti tangan.

"Berapa ribu?" soal Evran ingin tahu.

Felix langsung mengeluarkan dua jarinya.

"Dua ribu?"

"Dua juta bengong."

"Takpelah duit aku bukan duit kau. Pergi balik sana,"

Sejurus itu, pintu dihempas kasar dengan biadapnya. Adakah dia peduli? Malangnya tidak.

Kini sangkar itu berada tidak jauh darinya dan sudah pasti kunci telah dibuka membiarkan binatang terbabit menonjolkan diri dengan sendirinya.

"Hehehe...."

Evran langsung menyembunyikan diri di sebuah tempat selepas menyedari sebaris namanya dilaung dari tingkat atas.

Navier turun perlahan-lahan lalu menuju ke bahagian dapur. Mata diliar ke kiri dan ke kanan untuk mencari lelaki yang sepatutnya berada di dalam rumah itu. Tidak sehingga dia berhenti pada sangkar yang terletak elok di tengah jalan.

"Sangkar apa ni?," gumamnya sendiri sambil menapak mendekati.

"Kosong? Ev jangan main— huh?"

Navier mendekati hujung sofa di sebelah sana selepas menyedari terdapat binatang asing di kawasan rumahnya. Dan langsung menampakkan...

Seekor anak singa bermata coklat.

Kemudian, dia membongkok perlahan di hadapan anak singa liar itu, berniat untuk mengurangkan rasa takut bagi kedua-dua pihak.

Usai mendapati tiada sebarang serangan mengejutnya, Navier terus mengangkat anak singa itu agar lebih rapat dengannya dan mula teringatkan haiwan peliharaannya yang dahulu.

        "Aku tak sangka dia baik dengan kau" suara Evran mencelah serta elok bersandar di dinding.

        "Mana kau jumpa dia?" Navier mula bertanya.

        "Beli. Dekat pemburu binatang buas" jelasnya.

        "Beli?"

        "Untuk kau. Happy belated birthday. Sweet tak aku?" bicara Evran tanpa menyedari gadis itu semakin berjalan dekat ke arahnya.

        "Aku nak belikan yang besar terus tapi aku ubah. Aku nak biar kau tengok dia membesar dari kecil macam—"

        "Thank you" ucapan ikhlas buat lelaki itu sambil mendakapnya erat.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now