Bab 39

152 7 0
                                    

        Telefonnya berdering menandakan panggilan masuk. Evran mengambil malas sebelum melihat nombor asing tersebut.

Siapa pulak yang kacau aku ni? Semak betul.

Punat hijau ditekan. Dia tidak langsung mengeluarkan suara kerana menanti si pemanggil untuk bersuara terlebih dahulu. "Sir..."

Kening Evran bertaut mendengar suara seorang lelaki itu. Macam ku kenal tapi siapa yah?

        "Sir taknak tengok kitorang graduate ke?," soal lelaki itu kedengaran sedih disertakan kecewa.

Darwin! Ye ni Darwin!

"Kau asal tibe? Like mestilah aku nak tengok. Kenapa kau cakap macam tu? Kan masih sisa seminggu lagi?," soal Evran senada.

        "Erm benda ni macam tak masuk akal tapi katanya diawalkan sebab hall tu dah kena book dengan menteri sini pada hari yang sama."

        "Prof taknak buat kat tempat lain sebab tak boleh nak refund duit. Kinda annoying but yea, that's the story." beritahu Darwin lebih lagi. Dia disana elok sedang mencabut-cabut rumput di halaman rumahnya.

Evran menggaru belakang tengkuknya yang jelas tidak gatal. Dia merenung kosong seketika.

Okey. First of all, doktor dah cakap dia tak boleh banyak bergerak. Aduh itu yang susah tu sebab dia mana boleh duduk diam. Ada je benda yang dia nak cari pasal.

Plus, muka hensemnya masih belum sembuh dari segala lebam, kesan calar dan bengkak. Muka macam ni pergi kolej? Rosaklah imej aku nanti.

"Sir!," tegur Darwin yang sudah separuh hilang anak tekak itu.

"Oi oi oi apahal kau tinggikan suara kau kat aku? Adab mana adab?," balas Evran selamba.

Ingat dia tu beradab sangat ke? Anjay.

         "Apa-apa jelah," kata Darwin sebal.

        "Oo yea pasal graduate tu... aku tak boleh nak janji untuk join sekali sebab aku ada hal aku sendiri." kata Evran sambil mengusap kesan libasan parang di tubuhnya.

Lama lagi ke nak sembuh aku ni? Aku dah kepishangan dah duduk dalam bilik je.

Darwin di sana terus mencebik. "Tak bestlah takde sir. Lecturer yang lain mana sporting macam sir. Mana ada nak tolong saya daripada kena buli and nak bagi kitorang makan lasagna free,"

"Tak payah berdrama budak. Aku ni masuk kelas pun bolong. Sembang macam aku ni kononnya lect yang paling dekan," kata Evran selamba. Lecturer ada dekan?

"Plus, dua ekor monyet tu ada kan? Pepandai lah korang kat sana nanti," sambungnya lagi.

"Malas nak cakap dengan sir ni. Cau!," laung Darwin seraya mematikan panggilan.

Dahi Evran berkerut melihat prilaku lelaki itu. Telefonnya dikerling sekilas.

"Pahal budak ni emo semacam? Senggugut ke?," bisik Evran tidak puas hati. Berani dia letak phone sebelum dia? Mana boleh! Dia je boleh jadi kurang ajar macam tu!

Tapi memang betul. Dia sendiri tidak boleh maramal apa yang akan berlaku pada masa yang akan datang. Yelena dan Lucas sudah bekerjasama untuk menjatuhkan dia dan Navier sekaligus telah berjaya menghuru-harakan plannya.

Nak tak nak, dia perlu terus mengikut rentak Yelena manakala Navier mengikut rentak Lucas yang selanjutnya.

Evran memejam mata rapat memikirkan itu.

Tak. Navier tak boleh terlibat dengan Lucas lagi kerana dia takut lelaki itu akan terus mengancam keselamatan dan nyawa gadis pujaannya itu. Jadi dia perlu menguruskan kedua-duanya sendiri? Pishang oi. Lagi-lagi dengan keadaan dia macam ni? Yang dah luka sana sini.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now