Bab 36

143 7 0
                                    

          Mereka sekeluarga menanti setia dihadapan bilik pembedahan pribadi. Masing-masing diam tidak berkutik. Ada yang gigit kuku, ada yang menggoyangkan kaki tanda kegusaran yang melanda.

Ini bukan pertama kali buat mereka tetapi ianya mendebarkan sama seperti pertama kalinya.

"Explain to me from A to Z, no, from A to A balik," arah Tuan Zeke selamba.

Zander, Arden dan Hael meneguk liur kesat. Terutama sekali Hael yang satu-satunya tahu lebih terperinci tentang kejadian buruk ini. Adeline sekadar duduk sambil merenung dinding kosong.

"Zander Valerio." Tuan Zeke menegur anak kandungnya itu.

"By any chance, i don't know everything." balas Zander mendatar.

"Karl Arden." Tuan Zeke menegur anak angkat sulungnya pula.

"To be honest, i just knew from A to B." balas Arden selamba.

"And my lovely intan payung emas, Hael Haziem."

"Apa yang saya tahu, saya tak tahulah." balas Hael laju.

"Tahan dia." arah Tuan Zeke mengundang kejutan anak bongsunya itu. Lengan kiri dan kanannya dipegang oleh kedua-dua abangnya itu. Zander dan Arden hanya menayang muka selamba dan tiada riak.

Tuan Zeke lantas mengacukan pistol di dahi Hael. Terbuntang mata lelaki itu.

"W-Wait, wait, wait! Daddy nak buat apa ni!? I tak salah lah! Let me go!!," gelabahnya sambil meronta-ronta. Tahu pun cuak.

Adeline memerhati dengan mata membulat.

"Bagitahu aku sekarang apa yang budak dalam wad ni suruh kau buat?," soal Tuan Zeke dingin.

"D-Dia suruh cari maklumat pasal musuh dia! Tu je daddy!!," semakin kuat rontaannya tatkala Tuan Zeke bertindak mendekatkan pistolnya lagi.

"Siapa musuh baru dia-"

"Lucas! Lucas!!," laju dia membidas.

"Lucas?," dahi Zander berkerut. Arden memandang abangnya yang seperti sedang dilamun kekeliruan itu.

"Your friend, Lucas. Dia musuh baru Evran." kata Arden mendatar.

"What?! Why!? Apa yang dia dah buat kat Ev? Macam mana pulak korang boleh kenal dia? Aku tak pernah pun bagitahu korang apa-apa pasal Lucas," soal Zander bertalu-talu.

"Baik korang explain kat kitorang cepat sebelum kasut aku sampai kat mulut korang berdua," ucap Tuan Zeke.

"Kitorang cuma tahu yang Lucas pernah berjumpa dengan Navier, itu je. Sebab apa tu kitorang tak tahu lagi." Hael mula bercerita.

"Lucas ada bagi dokumen kat Navier and for sure kitorang tak tahu isi dia apa." sambung Arden.

"Tu yang Ev mengamuk tu. Dia tak suka Navier dekat-dekat dengan laki lain, sebab tulah." kata Hael lagi. Semua mendengar teliti sambil kepala dianggukkan.

"Lucas jumpa Navier? Dah tu yang sampai masuk wad ni kenapa pulak?," soal Tuan Zeke.

"Gaduh lah tu dengan Lucas. Ada lah tu yang dia tahu benda yang sebelum ni dia tak tahu. Tanya lah dia nanti," kata Arden.

Zander mengeluh berat. Ni cerita kawan makan adik sendiri ke apa ni. Tak tahu pula dia perangai Lucas macam tu. Tapi mamat tu memang keras kepala sikit.

Punggung dilabuhkan di sebelah Adeline. Kepala dilentokkan di bahu gadis itu tiba-tiba. Adeline tersentak. Dirinya membatu.

"This is a way too far from our deals. I thought we were just acting?" bisik Adeline halus. Tidak mahu yang lain dengar.

"Pretend that you cared about me. That's the deals," Zander turut membisik. Adeline berfikir sejenak.

"What's wrong?," soal Adeline lembut. Mengikut rentak lelaki yang tiada pendirian itu. Tangan menepuk-nepuk pehanya. Zander mengulum senyum sebelum mengangkat muka agar dia dapat melihat wajah gadis itu.

"I miss you." bisik Zander menggoda sebelum mengucup pipi Adeline.

Gadis itu terpanar. WHAT THE MERDA?
Mukanya membahang dan memerah habis. Tak malu ke Zander buat macam tu kat depan adik-adik dia?

"Ehem." Tuan Zeke berdehem.

"Free show malam-malam ni." kata Arden mendatar.

"Pergi tempah hotel sana." kata Hael selamba.

"Nak saya tempahkan ke?," celah doktor yang tidak disedari kedatangannya itu.

"Keluar pun kau" Tuan Zeke menyerbu lelaki tersebut diikuti dengan mereka bertiga. Adeline masih lagi menahan malu. Doktor tu tengok tak rasanya tadi?

"Anak aku macam mana?" soal Tuan Zeke sedikit kuat. Terkejut doktor itu dibuatnya.

"Anak siapa kat dalam tu?," soal doktor itu.

"Anak akulah bodoh" balas Tuan Zeke kuat.

"Ingatkan anak saya," kata doktor itu selamba.

"Ada yang kena bunuh jugak dengan aku nanti kang!," Tuan Zeke menanggalkan kasutnya lalu berura-ura ingin menyerang doktor yang terkenal dengan perangai menjengkelkan di hospital itu. Namun sempat dihalang Hael.

"Okay okay serius." kata doktor itu senada. Dia memang jenis tak makan saman dengan pemilik hospital ni sebab dia dah biasa. Tengoklah tadi macam mana Tuan Zeke selamba bercakap tentang bunuh-membunuh.

"Darah pesakit terlalu banyak yang hilang dalam masa yang sama menyebabkan dia tak dapat sedarkan diri. Peluru terlalu dalam dan hampir sahaja pihak pembedahan tak berjaya keluarkannya. Beside, peluru dia macam tajam sikit macam jarum suntik."

"Auch" Hael mencelah.

"Tapi adanya saya sebagai penyelamat, peluru tu dapat dikeluarkan jugak akhirnya." kata doktor itu seolah bangga dengan prestasinya.

"Bahagian depan agak teruk sebab hirisan yang dilakukan terlalu kuat sehingga hampir menjejaskan organ dalaman macam usus dan perut."

Kata-kata doktor itu serius dan hampir mendebarkan seluruh keluarga itu. Walaupun dah biasa salah seorang daripada mereka masuk wad tetapi ianya masih menakutkan.

"Nanti you all tengok badan dia sendiri eh sebab i malas nak explain panjang-panjang bukannya faham pun. Bye," kata doktor itu selamba mengundang lopongan semua orang. Dia pergi begitu saje.

"Why is he so rude?," soal Adeline yang turut menyaksikan tingkah entah pape doktor tadi.

"Don't ask, dear cuz i don't even know what is gotten into him lately," kata Zander lembut. Masih mahu bermanja.

"Should we call Navier?," soal Arden.

"Yang kau sejak bila berbaik dengan perempuan tu? Kau lupa ke yang dia tu dah jadi bekas Evran?," soal Zander.

"Entah, dahlah sebelum ni Ev tolong dia tapi macam dah lupa jasa je" Hael pula mahu celah.

"Dah dahlah anti dengan dia tu. Yang korang behave macam dia putus dengan korang apahal? Tu masalah Evran, kita jangan nak masuk campur." kata Arden mendatar.

"Abang-abang i nak gaduh ni. Nak buat macam mana?," bisik Hael pada Tuan Zeke. Padahal tadi dia juga menambah-nambah.

"Entah. Malas aku nak fikir pasal diorang, baik aku fikir kat budak yang hampir jumpa malaikat maut ni," kata Tuan Zeke senada sambil memanjangkan leher ingin melihat Evran yang terlantar di dalam. Hidup kot.

LDV | THE MAD KILLERWhere stories live. Discover now