AMIRUL KAIRA | 03

19.9K 628 11
                                        

Kaira duduk bersandar pada kaki katil. Lutut dirapatkan ke dada sebelum wajahnya disembamkan di situ. Esakkan kecil mula kedengaran di ruangan biliknya.

"Mama..." Rintih Kaira perlahan. Jelas suara gadis itu sedikit bergetar. Laju sahaja air matanya turun tika itu.

"Kenapa papa perlu buat Kaira macam ni. Kaira memang tak penting ke dalam hidup papa? Papa tak sayang Kaira kan, mama?" Soalnya perlahan. Kepala diangkat sebelum mata menatap sayu ke arah frame gambar yang terletak elok di atas meja belajar miliknya.

Senyuman tipis terukir di bibir gadis itu. Perlahan-lahan dia bangun sebelum bergerak ke arah meja belajar itu.

Frame yang terdapat gambarnya bersama Encik Fatih dan arwah mamanya itu dipeluk erat. Air matanya kembali mengalir di pipi.

"Kaira benci papa. Kaira benci diorang. Kenapa Kaira kena hadap semua ni."

"Kaira nak mama." Ucap Kaira perlahan. Terbayang dalam ingatan wajah cantik milik Puan Kiara. Sungguh dia rindukan wanita yang bergelar ibu itu.

Kaira meletakkan kepalanya di atas meja. Mata ditutup rapat, namun masih tidak dapat menghalang air matanya dari terus mengalir keluar.

"Kaira nak jumpa mama."

°•❁•°

"Umi nak pergi mana dengan dulang tu?" Soal Amirul. Dia dan Encik Fatih hanya memandang Puan Yasmin, menunggu wanita itu memberi jawapan.

"Umi nak hantar makanan ni dekat Kaira. Dia tak makan dari tadi. Atas flight pun makan makanan ringan je kan. Risau pula perut dia masuk angin."

"Nak Mirul tolong hantarkan ke?" Soal Amirul. Dia sudah bangun dari duduknya dan berjalan mendekati ibunya.

Puan Yasmin tersenyum nipis. Kepala digeleng perlahan menjawab soalan dari anak lelakinya.

"Tak perlu. Biar umi je hantar. Mana tahu umi boleh pujuk dia, kan?" Encik Fatih mengangguk. Mungkin wanita itu mampu melembutkan hati anak gadisnya itu.

"Awak cuba lah slow talk dengan dia tu. Abang yakin dia boleh terima awak dan Mirul."

"Yasmin cuba." Ucap Puan Yasmin lembut. Amirul sudah mengambil tempat kembali di sofa berhadapan dengan Encik Fatih.

Baru sahaja Puan Yasmin ingin mendaki tangga, namun langkahnya terhenti apabila melihat Kaira menuruni tangga. Senyum lebar dihadiahkan kepada anak tirinya itu.

"Kaira dah turun. Umi baru je nak naik hantar makanan."

"Pa, Kaira nak keluar jumpa kawan. Kaira balik lewat. Tak payah tunggu." Ujar Kaira mendatar. Langsung tidak menghiraukan Puan Yasmin yang sudah berubah riak di sebelahnya.

"Makan dulu sayang. Tu umi masak makanan favorite Kaira tau." Encik Fatih bergerak mendekati anak gadisnya. Baru sahaja dia ingin mencapai tangan kecil Kaira, namun gadis itu dengan pantas mengelak.

"No. Kaira makan dekat luar je. Kaira pergi dulu." Tanpa menunggu balasan dari Encik Fatih, terus Kaira berjalan ke arah pintu utama. Sempat dia menjeling tajam Amirul yang sedang merenungnya.

"Kaira! Papa tak izinkan Kaira keluar. Ni Malaysia, bukan Amerika untuk Kaira buat apa-apa ikut hati Kaira!" Tegas suara Encik Fatih. Mata mencerlung tajam wajah anak perempuannya.

Kaira yang sedang memakai kasut itu terhenti sebelum menatap wajah tegang Encik Fatih dengan pandangan kosong.

"I'm not a kid anymore, pa. Stop control Kaira. Sebelum ni papa tak kisah pun kan."

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang