"Hampir sebulan berubat. Boleh nampak perubahan Kaira." Puan Saadiyah mula bersuara. Dia kini berada bersama Puan Yasmin di kerusi batu yang tersedia di halaman rumah milik Encik Fatih.
"Alhamdulillah. Berkat pertolongan kau dan Wazim juga."
"Aku dan Wazim tolong mana yang mampu je. Selebihnya jadi dengan izin Allah." Puan Yasmin mengangguk.
"Aku harap lepasni Kaira sihat sepenuhnya lah. Aku dah tak sanggup tengok dia sakit macam tu. Cukuplah 3 bulan lebih dia hadap ujian ni. Aku nak tengok dia macam dulu balik."
Puan Yasmin membuka cerita. Senyuman kelat terpancar pada wajahnya.
Cukup lah setakat itu sahaja Kaira perlu hadap sakit itu. Jujur dia juga tidak kuat melihat anak tirinya itu dalam kesakitan. Namun dikuatkan diri demi Kaira dan Amirul.
"InsyaAllah. Banyakkan berdoa." Bahu milik Puan Yasmin diusap lembut.
Sunyi mula menemani dua sahabat itu. Mata hanya fokus kepada Humaira yang bermain di halaman rumah itu.
"Tak sangka kan. Sebab cemburu, manusia sanggup gunakan ilmu hitam untuk jatuhkan kaum sendiri. Sampai sanggup membunuh sebab nakkan apa yang dia mahukan."
Puan Saadiyah bersuara perlahan membuatkan Puan Yasmin mengangguk lemah. Sungguh dia tidak menyangka, orang yang menghantar sihir kepada Kaira adalah orang yang sama yang pernah menghancurkan hati anaknya suatu ketika dahulu.
"Tak sangka aku. Dulu dia buang Amirul macam sampah. Sekarang dia datang balik nakkan Amirul sampai sanggup buat perkara bukan-bukan dekat Kaira."
"Mungkin ni takdir untuk diorang. Allah dan rancang semuanya. Kita manusia tak mampu nak halang semua ketentuan Allah."
"Yang penting sekarang, kita kena selalu ada untuk Kaira. Bagi dia semangat. InsyaAllah dia akan sembuh juga nanti."
°•❁•°
"Abang nak bawa Kaira pergi mana ni?" Soal Kaira pelik. Kaki hanya melangkah mengikuti Amirul dengan tangan yang erat digenggam oleh suaminya.
"Adalah."
"Kut ya pun perlu ke tutup mata Kaira macam ni?" Soal Kaira lagi tidak puas hati. Dia bukannya apa, cuma risau kalau-kalau dia jatuh kerana tidak nampak jalan.
"Ish banyak cakap lah budak ni. Ikut jelah." Amirul membebel perlahan. Tangan Kaira masih setia digenggam olehnya.
"Kalau Kaira jatuh, abang kena bertanggungjawab eh." Ujar Kaira menyebabkan suaminya itu tertawa perlahan.
"Abang ada. Kalau sayang jatuh abang boleh sambut. Jangan risau lah." Amirul bersuara bangga. Bangga boleh bagi ayat romantik untuk isterinya.
"Ye lah tu."
"Dah diam. Ikut je abang. Tahu lah abang nak bawa isteri abang ni pergi mana."
Kaira mencebik mendengar arahan suaminya itu. Kaki hanya mengikut sahaja langkah yang dibawa oleh suaminya.
Ternaik bibir Amirul apabila mereka kini sudah sampai ke destinasi yang dituju. Mata memandang ke sekeliling kawasan itu dengan senyuman. Berhatap isterinya itu suka lah dengan kejutan yang dia berikan.
"Okay kita dah sampai." Ujar Amirul. Dia kini sudah berdiri menghadap Kaira. Tawa kecil lelaki itu terletus apabila melihat wajah blur dari isterinya.
"Dah boleh buka ke ni?"
"Jap." Amirul pantas menahan tangan Kaira apabila gadis itu cuba untuk menyentuh kain yang digunakan untuk menutup matanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
RomanceSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...
![[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister](https://img.wattpad.com/cover/306540479-64-k298003.jpg)