Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya.
Amiru...
Kaira melentokkan kepalanya di atas meja kerja milik Amirul. Pen yang berada di tangan diketuk berkali-kali di atas meja itu membuatkan Amirul mengeluh perlahan.
"Bosan?" Soal Amirul.
"Hm."
"Lepas lunch nanti aku hantar kau balik rumah." Ujar Amirul lembut. Dia hanya merenung Kaira yang sedang memuncung di hadapannya.
"Kenapa pula?"
"Dah kau bosan. Duduk sini tak buat apa juga kan, baik kau balik je." Jawab Amirul. Kaira mengangkat kepala sebelum digeleng laju.
"Nak teman abang. Nanti abang bosan macam mana?" Soal Kaira polos seperti budak kecil membuatkan Amirul tergelak perlahan.
"Takde maknanya lah aku bosan. Kerja aku ni berlambak tahu tak."
"Sebab tu Kaira nak teman abang. Kalau Kaira takde mesti abang siapkan kerja je kan? Sampai lupa nak makan."
"Hm ye lah Kaira. Kau je betul." Amirul berkata pasrah sebelum dia kembali menghadap komputer.
"Pergi duduk sana. Kalau nak tidur, tidur lah dulu. Nanti lunch aku kejut." Kaira angguk perlahan mengikut arahan lelaki itu. Dia pun sebenarnya mengantuk kerana terlalu bosan. Baik dia tidur kejap sementara tunggu Amirul siapkan kerja.
°•❁•°
"Abang dah sedia ke nak terus-terang dekat papa dengan umi?" Soal Kaira. Mata bulatnya terkebil-kebil melihat Amirul yang sedang makan dihadapannya.
Amirul mengangkat kepala memandang Kaira sebelum dia tersenyum. Badan didekatkan sedikit dengan gadis itu sebelum tepi bibir gadis itu dilap.
"Comot." Kaira sengih. Tisu diambil sebelum dilap bibirnya.
"Abang taknak jawab soalan Kaira ke?"
"Pasal kita?" Kaira laju mengangguk. Amirul meletakkan sudu sebelum menongkatkan dagu.
"Kau yakin dengan keputusan ni?" Soal Amirul, menginginkan kepastian.
Kaira terlihat seakan berfikir dulu. Mata merenung dalam wajah Amirul dihadapannya.
"Kaira yakin. Kaira taknak kehilangan abang."
"Hm." Amirul senyum senget. Sebelah kening terjongket naik mendengar tutur kata gadis itu.
"Taknak hilang aku?" Kaira angguk.
"Perempuan gila tu chat Kaira. Dia cakap abang dia punya!" Ujar Kaira perlahan namun terselit rasa geram di dalam hatinya.
"Perempuan gila mana pula ni?" Soal Amirul pelik. Siapa pula yang mesej Kaira macam tu?
"Nate tu lah!" Berkerut dahi Amirul. Hah?
"Nathalia lah." Ujar Kaira geram. Geram apabila Amirul tiba-tiba sahaja menjadi blur.
Amirul yang mendengar nama itu terus berubah serious. Wajah Kaira ditatap tajam.
"Perempuan tu chat kau?" Kaira angguk perlahan.
"Bila?"
"Dua hari lepas dan se-semalam." Kaira menundukkan pandangannya apabila terasa kurang selesa dengan renungan Amirul.
"Kenapa tak bagitau aku?"
"Sebab Kaira rasa macam tak penting." Amirul mengeluh perlahan. Telefon Kaira yang berada di atas meja diambil sebelum jarinya menari di atas gajet itu.
"Abang buat apa?"
"Aku dah block nombor dia. Kalau dia ada chat kau lagi guna nombor lain, terus bagitau aku." Kaira angguk. Gelas yang berisikan apple juice diambil sebelum disedut perlahan.
"Jangan risau, kau je yang ada dalam hati aku sampai bila-bila."
°•❁•°
Amirul!" Puan Yasmin menjerkah kuat Amirul yang duduk berhadapan dengannya. Tajam matanya mencerlung wajah anak lelakinya itu.
"Umi-"
"Diam! Umi tak nak dengar apa-apa dari Amirul." Ujar Puan Yasmin tertahan.
"Papa kecewa dengan Amirul." Ujar Encik Fatih perlahan. Kaira yang berada di sebelah anak tirinya dipandang. Pandangan kecewa diberikan kepada kedua anaknya itu.
"Papa sangka Amirul boleh jagakan Kaira. Sebagai seorang adik. Tapi.." Encik Fatih menggantungkan ayatnya. Tidak mahu meneruskan kata-katanya.
"Papa..." Sayu suara Kaira memanggil sang ayah. Riak sedih terpancar pada wajahnya. Dia mula bangun sebelum bergerak mendekati Encik Fatih dan Puan Yasmin.
"Kaira dan abang Amirul minta maaf. Tapi kitorang berhak kan untuk simpan perasaan antara satu sama lain. Lagipun kitorang tak ada ikatan.
"Papa, umi." Panggil Amirul perlahan. Dia juga sudah berada di hadapan ibunya.
"Kitorang taknak derhaka dekat papa dengan umi tapi kitorang betul-betul dah sayang each other."
"Tak salah kan kitorang berdua simpan perasaan dekat masing-masing?" Amirul menyoal perlahan. Wajah tegang milik Encik Fatih dipandang takut-takut.
"Papa please." Encik Fatih merenung wajah Kaira dan Amirul silih ganti sebelum pandangannya beralih kepada isterinya. Dia mengeluh perlahan.
"Masing-masing dah besar. Masing-masing dah boleh fikir kan. Buat lah keputusan ikut suka korang. Papa takkan masuk campur." Perlahan sahaja suara Encik Fatih. Dia sekali lagi merenung wajah anak gadisnya sebelum bergerak naik kebilik.
"Pa."
"Umi pun takkan masuk campur. Fikir sendiri." Giliran Puan Yasmin pula meninggalkan mereka.
"Abang." Kaira memandang Amirul dengan wajah yang sudah comot dengan air mata. Bibir tersebik-sebik menahan tangisan.
"Don't cry, please." Ujar Amirul lembut. Pipi kemerahan Kaira diusap dengan ibu jarinya, menyapu air mata yang tersisa.
"Papa dengan umi dah benci kita ke?" Soal Kaira dengan suara seraknya. Mata menikam lembut mata Amirul. Meminta penjelasan.
"Tak, sayang. Papa dengan umi tak benci kita. Diorang marah kejap je. Kita bagi diorang masa, okay." Lembut sahaja tutur kata Amirul. Kepala Kaira diusap lembut olehnya.
"Kaira taknak papa dengan umi benci kita. Dan Kiara taknak hilang abang."
"Dah shh. Everything will be fine." Bahu Kaira diusap. Air mata Kaira juga dilap dengan tangannya.
"Aku janji, aku takkan tinggalkan kau."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.