"Abang betul-betul nak kena pergi kerja ke?" Soal Kaira dengan suara seraknya. Buka sahaja mata, dia melihat Amirul sudah siap berpakaian kerja.
"Iya sayang. Dah empat hari aku cuti, hari ni kena masuk. Dah banyak kerja tertangguh, lagipun aku ada meeting harini."
Kaira bangun dari baringnya. Dia bergerak ke arah Amirul yang berdiri di hadapan cermin untuk membetulkan tali leher.
Badan tegap lelaki itu dipeluk dari belakang. Muka disembamkan pada belakang badan Amirul. Tangan erat memeluk pinggang milik suaminya.
"Abang tak penat ke? Rehat lah dulu. Semalam pun abang tak henti kemas rumah kan." Rengek Kaira. Hidung digeselkan pada belakang badan lelaki itu.
Mereka baru sahaja selesai hal perpindahan rumah semalam. Hampir 3 hari juga mereka mengambil masa untuk mengemas seluruh ruangan rumah itu. Penat pun belum hilang lagi, tahu-tahu suaminya harus bekerja harini.
Bukan Amirul taknak mengupah orang untuk mengemas rumah mereka, namun Kaira yang nak buat semua benda itu sendiri. Katanya untuk kenangan.
Amirul tersenyum senget. Dia berpura-pura tidak mendengar rengekan isterinya itu. Sengaja nak dengar pujukan manja isterinya. Comel.
"Abang dengar tak." Meleret suara Kaira. Dia melepaskan pelukannya pada Amirul sebelum bergerak untuk berdiri di hadapan suaminya.
Wajah tidak berperasaan Amirul ditatap dengan bibir yang memuncung. Amirul merenung wajah cantik itu. Dapat dia lihat mutiara jernih yang sudah memenuhi tubir mata gadis itu.
"Abang.."
"Aku nak pergi kerja je sayang. Bukan nak pergi berjoli. Dah empat hari aku tak masuk pejabat kan. Takkan nak suruh orang lain siapkan kerja yang sepatutnya aku buat."
"Jangan lah macam ni." Ujar Amirul lembut. Rambut Kaira diselak ke belakang bahu, mendedahkan bahu putih gadis itu.
Kaira mencebik. Badan didekatkan dengan badan Amirul sebelum dia memeluk erat lelaki itu. Wajah disembamkan pada dada Amirul.
"Kaira nak ikut abang boleh?"
"Bukan aku taknak bagi, tapi aku nak kau rehat je dekat rumah. Aku tahu kau penat." Amirul mengusap lembut belakang badan Kaira. Bau strawberry dari isterinya itu perlahan-lahan membuat dia rasa terbuai.
"Kaira rehat lah dekat office abang." Amirul tersenyum. Ada je dia nak menjawab.
"Habis je kerja aku balik okay?" Amirul mengusap kepala Kaira yang sudah mencebik mendengar jawapannya. Ciuman dilabuhkan pada ubun-ubun isterinya.
"Hm janji?"
"Janji sayang."
"Okay." Perlahan suara Kaira menerpa sistem pendengaran Amirul. Amirul mencium geram pipi gadis itu. Ada kena gigit nanti kan.
"Budak mengada."
°•❁•°
"Korang dah buat apa yang aku suruh?" Soal Nathalia pada anak suruhannya. Dua lelaki yang berada dihadapannya itu mengangguk laju.
"Dah cik Nathalia. Kami dah hantar bungkusan gambar yang cik Nathalia dan encik Thaqif suruh tu dekat rumah baru diorang dan pejabat encik Amirul" Ujar Ijat membuatkan Nathalia tersenyum puas.
"Good." Nathalia bergerak ke arah beg tangannya sebelum dia mengambil satu sampul coklat yang tebal.
"Upah korang. Lepasni kalau aku nak apa-apa aku call kau atau Faris lagi." Kedua mereka mengangguk sebelum meminta diri untuk beredar dari situ.
YOU ARE READING
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
RomanceSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...