AMIRUL KAIRA | 18

8.6K 300 11
                                    

Amirul yang berada di ruang tamu hanya memerhati langkah Kaira yang bergerak turun ke bawah. Dapat dia lihat wajah ceria gadis itu. Bukan main melebar lagi senyumannya.

"Dah kenapa dengan budak ni." Amirul memandang pelik Kaira yang sudah tersenyum nakal di hadapannya. Macam something je.

"Abang! Abang nak dengar Kaira nyanyi tak?" Soal Kaira teruja. Kening dijongketkan berkali-kali kepada abangnya itu.

"Taknak." Selamba Amirul berkata menyebabkan gadis dihadapannya itu mencebik.

"Alah nak lah, nak lah!" Ujar Kaira manja. Amirul mengeluh perlahan sebelum mengangguk. Layankan jelah, karang merajuk susah pula dia nak memujuk.

"Ehem."

"Abcdefg..." Amirul hanya memandang pelik kearah Kaira yang sedang menyanyikan lagu itu. Dah kenapa ni? Macam budak baru nak belajar je. Kalau Humaira yang nyanyi takpe lah juga.

"h i love you will you marry me?!" Amirul mengemam bibirnya, menahan diri dari tersenyum.

Kaira yang melihat perlakuan dari abangnya itu tersengih suka. Dia mula duduk dan merapatkan badannya dengan badan milik lelaki itu.

"Will you, abang Mirul?" Kaira tersenyum nakal. Lengan sasa abangnya itu dicucuk-cucuk dengan jari runcingnya.

"A-abang ada kerja kat atas. Abang minta diri dulu."

Terletus tawa milik Kaira apabila melihat abangnya seperti tidak tentu arah. Suka betul dia melihat wajah kemerahan lelaki itu.

"Jangan lupa bagi jawapan nanti!" Jerit Kaira sedikit kuat. Nampak sangat abangnya itu malu sampaikan tersasul menggelarkan dirinya sebagai 'abang'. Sebelum ni dia hanya ber 'aku-kau' dengannya.

"Amboi, bahagia nampak." Ujar Puan Yasmin yang baru sahaja keluar dari dapur. Terus dia mengambil tempat disebelah gadis itu.

"Hehe. Kaira baru lepas usik boyfriend Kaira. Comel je dia malu malu tadi umi."

"Kaira ada boyfriend?" Soal Puan Yasmin tidak percaya.

"Iya lah umi. Kenapa? Kaira ni tak cantik ke sampai umi terkejut Kaira ada boyfriend?" Kaira memuncungkan bibirnya membuatkan Puan Yasmin tergelak.

"Anak umi ni mesti lah cantik. Umi cuma terkejut je lah. Sebelum ni umi fikir Kaira tak suka bercinta bagai ni." Puan Yasmin mengusap lembut rambut Kaira membuatkan gadis itu tersenyum.

"Siapa lelaki tu? Papa tahu tak?"

"Erm.." Kaira gelengkan kepalanya.

"Umi lah ni baru tahu."

"Umi jangan bagitau papa lagi please. Nanti dah sampai masa Kaira sendiri bagitau, boleh?" Ujar Kaira berharap. Lengan milik Puan Yasmin dipeluk erat.

Mendapat sahaja anggukan dari Puan Yasmin, terus Kaira memeluk erat tubuh wanita itu.

"Thank you umi, Kaira sayang umi!" Jerit Kaira meleret. Pipi milik wanita itu dicium lembut.

"Umi pun sayang Kaira."

°•❁•°

"Kau bodek apa dekat umi tadi?" Soal Amirul namun matanya masih setia pada jalan raya.

"Bodek apa?"

"Ingat aku tak nampak kau peluk umi bagai tadi." Kaira meletakkan jari telunjuk di dagu, seolah berfikir sebelum matanya menatap wajah Amirul yang fokus pada pemanduannya. Perlahan-lahan senyuman nakal terukir pada bibir mungil gadis itu.

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterWhere stories live. Discover now