AMIRUL KAIRA | 48

11.5K 290 4
                                        

"Abang jangan bangun lagi." Amirul menoleh ke kiri apabila suara gemersik seseorang menerpa masuk ke dalam sistem pendengarannya. Matanya kini bertentang dengan mata Kaira yang sudah menunjukkan riak risau.

"Sayang." Amirul memanggil perlahan dengan suara seraknya. Dia berdehem perlahan apabila terasa perit ditekak.

"Abang nak air?" Soal Kaira lembut. Melihatkan Amirul yang tetap juga ingin bangun, dia dengan berhati-hati memegang tangan lelaki itu, membantu suaminya untuk duduk bersandar pada katil.

Selepas memastikan Amirul sudah selesa dengan kedudukannya, Kaira terus mengambil secawan air yang berada di atas meja bersebelahan dengan katil Amirul.

Gelas itu disua dengan berhati-hati kepada lelaki itu.

"Apa jadi ni? Abang kat mana?" Kaira diam sekejap. Gelas air tadi diletakkan kembali ke atas meja sebelum bertindak untuk duduk disebelah Amirul.

"Abang hampir accident." Ujar Kaira perlahan membuat Amirul tersentak. Tangan Amirul yang berbalut diusap lembut.

"Maksud Kaira?"

"Thaqif. Dia nak langgar abang." Ujar Kaira. Kepala ditundukkan, menatap tangan yang sedang bermain dengan tangan Amirul.

Hampir luruh jantungnya apabila dikhabarkan oleh Rais bahawa Amirul berada di hospital akibat hampir dilanggar oleh Thaqif.

Nasib saja Aizat pantas bertindak menolak lelaki itu ke seberang jalan. Namun tetap juga kedua-dua mereka cedera akibat hentakan kecil serta geseran pada kulit.

"Aizat macam mana?" Soal Amirul.

"Abang Aizat okay je. Tak teruk. Cuma luka dekat lengan dan kaki je. Abang yang teruk sebab kepala terhentak."

"Thaqif."

"Lepas dia langgar abang, dia langgar pula kereta depan dia. Sekarang dia pun ada dalam hospital ni tapi dipantau oleh polis." Amirul sekadar mengangguk.

Mata merenung wajah cantik Kaira yang berada disebelahnya. Dagu Kaira ditarik supaya gadis itu mendongak memandannya.

"Are you okay, sayang?"

Kaira angguk. Mata dikelipkan berkali-kali, menahan dari air matanya jatuh.

"Kaira cuma risaukan abang." Amirul tersenyum nipis. Badan Kaira ditarik masuk ke dalam dakapannya. Kepala gadis itu disandarkan pada dada milik Amirul.

"Comel je." Amirul mengguman perlahan. Geram melihat cebikan dari isterinya itu.

"Kaira tak tahu apa akan jadi nanti kalau abang tinggalkan Kaira."

"Abang tak apa-apa sayang. Tak nak fikir bukan-bukan okay." Kepala Kaira diusap sayang. Satu kucupan hinggap di dahi putih gadis itu, menyatakan yang dia baik-baik sahaja.

"Dah lupakan semua tu. Tadi Kaira sendiri cakap kan, yang Thaqif dalam pantauan polis. Abang yakin dia akan dapat balasan dia balik."

Kaira angguk perlahan. Leher Amirul dipeluk erat sebelum mukanya disembamkan pada ceruk leher lelaki itu.

"Kaira harap lepasni kita dapat rasa bahagia balik." Gumam Kaira perlahan. 

"Sabar sikit sayang. InsyaAllah lepasni kita dapat rasa semua tu."

Belakang badan Kaira ditepuk perlahan. Sisi wajah gadis itu dikucup.

Terlalu banyak dugaan rumah tangga yang mereka perlu tanggung.

"Sabar sikit je lagi, sayang."

°•❁•°

"Kau tahu yang Nathalia dah takde?" Aizat menyoal Amirul setelah lama mereka berempat berdiam diri.

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang