AMIRUL KAIRA | 25

14.2K 388 3
                                        

"Abang dah lama tunggu ke?" Soal Kaira yang baru sahaja turun dari bilik. Ruang tamu yang menempatkan Encik Fatih, Puan Yasmin dan Amirul dituju.

"Kau buat apa lama sangat-" Terhenti kata-kata Amirul tatkala matanya menatap wajah cantik Kaira.

Yang lebih mengejutkan dia serta kedua ibu bapanya adalah wajah manis Kaira yang mengenakan tudung shawl bewarna cream. Sangat cantik di mata seorang Amirul Hafrez.

"Kenapa pandang Kaira macam tu?" Soal Kaira apabila semua mata yang berada di situ merenungnya.

"Cantiknya anak papa pakai tudung. Sama macam arwah mama dulu." Kata Encik Fatih perlahan. Pipi kemerahan anak gadisnya itu diusap lembut olehnya.

Sejuk mata apabila melihat wajah manis Kaira yang mengenakan tudung itu.

"Umi yang belikan Kaira tudung ni." Ujar Kaira teruja. Lengan milik Puan Yasmin dipeluk erat olehnya bersama senyuman.

"Cantik anak umi." Terbentuk senyuman lebar Kaira apabila Puan Yasmin bertindak mencium dahinya. Suka dia diperlakukan begitu oleh wanita itu.

"Hai Amirul. Mata tu jaga sikit. Jangan duk tenung sangat, tahu tak sabar dah nak kahwin tu."

Tersentak Amirul apabila mendengar namanya diseru. Terus dia menoleh memandang Encik Fatih yang sudah tersenyum ke arahnya.

Dia berdehem perlahan sebelum tersengih. Belakang leher digosok lembut.

"Jom lah Kaira. Takut lambat pula nak ambil baju dengan cincin." Amirul bangun dari duduknya.

Niatnya cuma satu tika itu, ingin mengubah topik dan lari dari situ. Malu pula bila kantoi dengan Encik Fatih yang dia merenung Kaira. Kaira pun sudah tersengih-sengih melihat dirinya. Faham lah dia dengan pandangan gadis itu.

"Kitorang pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Baik-baik jalan."

"Okay umi." Jawab Kaira. Terus dia membontoti Amirul yang sudah bergerak ke arah pintu utama. Dia punya laju jalan macam kedai tu boleh lari.

°•❁•°

"Apa lagi nak beli?" Soal Amirul. Dia memandang Kaira yang seakan berfikir di hadapannya itu.

Kaira menyengetkan kepalanya kekanan sebelum mata terarah pada semua beg kertas yang berada di tangan bakal suaminya itu.

Amirul yang melihat telatah Kaira itu sembunyi senyum. Comel sahaja perlakuan gadis itu, seperti budak-budak.

"Barang hantaran Kaira semua dah beli. Abang pun dah kan?" Amirul hanya mengangguk sahaja.

"Makan jom. Lapar.." Meleret suara Kaira dihadapan lelaki itu. Mata dikelipkan berkali-kali ingin beriak comel.

"Itu je lah yang kau tahu."

"Nak buat macam mana. Memang lapar." Amirul menarik lembut muncung yang terbentuk di bibir Kaira. Geram melihat muka merajuk gadis itu.

"Ye lah sayang. Jom, kau pilih nak makan mana." Amirul memberi laluan untuk Kaira berjalan di hadapannya. Terus dia mengikuti langkah gadis kecil kesayangannya itu.

"Well well. Look who's here."

Terhenti langkah Kaira apabila tiba-tiba sahaja ada gadis tinggi lampai menghalang jalannya. Senyuman yang tercalit pada wajah gadis itu serta-merta mati apabila melihat senyuman sinis gadis seksi dihadapannya.

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang