Amirul dan Kaira hanya diam di sofa. Kepala langsung tidak diangkat untuk memandang wajah kedua orang tua mereka.
"Lah kenapa dua-dua tunduk ni?" Soal Puan Yasmin bersama senyuman. Bukannya dia tak tahu yang anak-anaknya itu sedang takut untuk menghadap mereka. Lihat kaki pun dah tahu.
"S-saja." Jawab Kaira bersama sengihan. Namun untuk beberapa saat sebelum dia menundukkan kepalanya kembali.
Encik Fatih dan Puan Yasmin memandang sesama mereka sebelum menggeleng perlahan. Macam-macam lah anak-anak mereka ni.
"Patutlah selama ni asyik keluar berdua je. Ada hubungan istimewa rupanya." Ujar Encik Fatih. Senyuman langsung tidak pudar dari bibirnya.
"Jadi ni lah boyfriend Kaira yang Kaira bagitau umi haritu?" Soal Puan Yasmin pula. Kaira hanya diam tidak membalas. Tidak tahu lah apa dia nak jawab sekarang. Salah cakap risau kena marah.
"Papa dengan umi marah ke?" Soal Amirul berhati-hati. Soalan Puan Yasmin tadi dibiarkan sahaja oleh mereka berdua.
"Kenapa nak marah pula? Papa dengan umi lagi suka adalah. Takdelah risau sangat pasal kamu berdua nanti."
"Lagipun papa dah kenal Amirul macam mana. Jadi papa tak perlu fikir panjang untuk lepaskan anak perempuan papa ni." Kepala Kaira diusap lembut oleh Encik Fatih.
Kaira mengangkat kepala memandang wajah milik ayahnya. Senyuman diberikan buat lelaki itu.
"Papa dengan umi restu ke hubungan kitorang?"
"Kalau dah jodoh tu, papa dengan umi tak boleh buat apa dah." Amirul dan Kaira melihat sesama sendiri sebelum tersenyum.
"Tak sangka umi yang awal-awal dulu gaduh, tiba-tiba bercinta." Ujar Puan Yasmin mengejek. Bahu Kaira dilagakan dengan bahunya membuatkan pipi milik gadis kecil itu bertukar merah.
"Abang Mirul yang ngorat Kaira dulu tau."
"Eh aku pula. Kau dulu erh."
"Takde, abang dulu."
"Eh eh taknak mengaku pula budak ni."
Encik Fatih dan Puan Yasmin hanya menggelengkan kepala melihat pergaduhan kecil anak-anak mereka itu. Macam mana lah agaknya kalau dah kahwin nanti. Huru-hara agaknya.
°•❁•°
"Arghhh!" Nathalia melempar kesemua barang yang ada di atas meja solek miliknya. Mesej yang baru sahaja dia terima tadi betul-betul membuatkan hatinya panas.
"Perempuan tak guna!" Jerit Nathalia kuat.
PRANG
Nathalia hanya memandang cermin biliknya yang sudah pecah akibat balingannya tadi. Kaca yang berterabur di atas lantai itu dibiarkan sahaja.
Tok! Tok!
"Cik Lia, cik okay ke?" Soal satu suara dari luar bilik Nathalia.
"Jangan kacau aku lah!" Jerit Nathalia kuat. Satu botol minyak wangi diambil sebelum dibaling ke arah pintu biliknya. Berderai kaca dari botol itu akibat balingan yang kuat.
Dia mula menapak ke arah katil sebelum menghempas kuat punggungnya di situ. Rambut dikusutkan seperti orang kurang siuman.
"Kau tunggu Kaira. Kalau aku tak dapat Amirul, kau jangan harap boleh dapat dia juga! Aku takkan biarkan korang bersama lah!"
Nathalia memasang riak tegang pada wajahnya. Tangan dikepal membentuk penumbuk. Baru sahaja dia ingin bangun dari duduk, namun pergerakannya terhenti tatkala mendengar bunyi dari telefonnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
RomanceSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...
![[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister](https://img.wattpad.com/cover/306540479-64-k298003.jpg)