AMIRUL KAIRA | 01

21.4K 464 0
                                    

"Ya pa. Kaira tengah kemas barang dengan Aunty Fira ni." Kaira Farhanim sibuk mengeluarkan segala isi dalam almari bajunya sebelum diletakkan di atas katil miliknya.

"Iya sayang. Kemas lah dulu. Papa call ni tanya je flight Kaira pukul berapa?" Encik Fatih menyoal dari dalam talian. Mata langsung tidak lepas memandang anak gadisnya yang sibuk ulang alik dari almari ke katil.

"Pukul 3 petang esok. Papa jemput Kaira kan esok?"

Kaira berdiri di hadapan laptop miliknya. Wajah Encik Fatih ditenung dengan penuh harapan, berharap yang ayahnya itu dapat menjemputnya di airport.

"Papa tak janji lagi, sayang. Kalau papa tak sibuk, InsyaAllah papa jemput."

Kaira mencebik. Dah agak dah mesti ayahnya itu akan beri jawapan sebegitu. Asyik-asyik sibuk je.

"Alah taknak lah buat muka macam tu. Okay papa janji, sampai je Kaira dekat rumah nanti, papa bawak Kaira makan sedap-sedap. Nak?"

Baju-baju yang berselerak di atas katil di ambil lalu dilipat dengan kasar tanpa menghiraukan Encik Fatih yang berada di hadapannya.

"Sayang dengar tak papa cakap ni?"

"Anak dara kau dah merajuk lah abang. Tu lah sibuk lagi dengan kerja." Puan Fira duduk di sebelah Kaira yang sudah masam mencuka. Pipi tembam gadis kecil itu dicubit perlahan sebelum matanya beralih kepada wajah abangnya.

Encik Fatih hanya senyum nipis ke arah adik perempuannya. Matanya kembali menatap wajah cantik anak gadisnya. Satu-satunya harta yang dia ada selepas isterinya meninggal 16 tahun yang lalu.

"Papa dah ambil cuti tau semata-mata nak spend time dengan anak kesayangan papa ni. Papa tunggu je dia balik tapi sekarang dia merajuk pula. Takpelah tak jadi nak cuti."

Encik Fatih berkata sayu. Sengaja mahu memancing anak gadisnya itu. Mendengar sahaja kata-kata yang keluar dari mulut ayahnya itu, Kaira pantas mengangkat wajahnya. Senyuman lebar terserlah di wajah cantik gadis itu.

"Betul ni?"

"Iya sayang. Papa cuti seminggu tau."

"Yeay!! Sayang papa!" Kaira terus memberikan flying kiss kepada Encik Fatih. Teruja pula selepas mendengar tutur kata dari ayahnya itu.

"Ada ada aje anak papa ni." Kepala digelengkan perlahan. Mata dikalihkan kearah adik perempuannya.

"Ni Fira terima kasih tau dah jaga anak abang dengan baik selama 15 tahun ni. InsyaAllah kalau abang free abang pergi sana. Kau pun nanti ajaklah Zayn tu balik sini. Jangan nak balik time raya je."

Panjang lebar bebelan Encik Fatih kepada adik perempuannya itu. Wanita itu pula hanya mengangguk mengiyakan saja.

"Alah kau ni bang. Kaira ni pun aku dah anggap macam anak aku sendiri dah. Takde apa lah. Pasal balik sana tu nanti aku cuba lah bagitau abang Zayn. Bukan kau tak tahu dia tu macam kau, sibuk je." Encik Fatih hanya mengangguk.

"Ha dah lah. Papa ada meeting lepasni. Kaira esok jangan lupa bagitau papa bila dah nak bertolak tau."

"Baik pa. Papa tu jaga diri. Jangan kerja kuat sangat. Nanti papa sakit."

"Iya sayang. Dah papa off dulu ya. Kirim salam dekat semua. Assalamualaikum." Kaira dan Puan Fira mengangguk.

"Bye pa! Jumpa nanti. I love you."

"Love you more babygirl papa."

°•❁•°

"Dah sampai Malaysia nanti jangan lupa call uncle atau aunty tau?" Kaira hanya mengangguk mendengar arahan dari Encik Zayn.

"Kaira, kalau ada apa-apa yang jadi dekat sana nanti, aunty harap sangat Kaira dapat terima semuanya tau. Jangan salahkan siapa-siapa, jangan bencikan siapa-siapa. Terutamanya papa."

Pesan Puan Fira lembut. Tangan naik mengusap kepala milik anak saudaranya. Rambut coklat Kaira yang sedikit serabai dibetulkan oleh wanita itu.

"Hah? Apa maksud aunty Fira?" Kaira memasang riak pelik di hadapan Puan Fira. Tidak faham apa yamg dimaksudkan oleh wanita itu.

"Takde apa lah. Ni nanti ajak papa datang sini pula. Jangan sibuk dengan kerja je. Orang lain pun kerja juga tapi tak sesibuk ayah awak tu."

Kaira tergelak perlahan mendengar celoteh dari ibu saudaranya itu. Kepala diangguk perlahan.

"Iyalah aunty. Nanti Kaira bagitau papa. Kaira gerak dulu tau. Dah sampai nanti Kaira call aunty dengan uncle."

Kaira menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Fira. Badan wanita itu dipeluk erat. Puan Fira lah ibunya selepas kematian ibu kandungnya. Wanita yang selalu mengambil berat tentangnya.

"I'm gonna miss you, aunty."

"Me too baby." Dahi gadis itu dikucup lembut. Jujur dia rasa berat hati untuk melepaskan gadis itu, namun dia terpaksa juga kerana gadis itu lagi memerlukan ayah kandungnya berbanding mereka.

"Jaga diri tau kat sana nanti. Insya Allah kalau free nanti uncle dengan aunty balik Malaysia."

"Okay uncle. Uncle dengan aunty pon jaga diri tau!" Ujar Kaira selepas bersalam dengan Encik Zayn. Lelaki itu hanya angguk dan memberikan senyuman nipis kepada gadis itu.

"Kaira minta diri dulu. Nanti kirim salam dekat Zira lepastu tolong kiss kan Zia dengan Zulfar untuk Kaira. Bye!"

Kedua pasangan itu hanya tersenyum melihat lagak anak saudara mereka itu. Tak ubah seperti kanak-kanak. Tangan naik melambai kepada gadis itu.

"Macam mana lah kalau dia dapat tahu nanti."

"InsyaAllah dia boleh terima."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterWhere stories live. Discover now