AMIRUL KAIRA | 08

17.1K 533 3
                                        

"Kaira." Kaira menggumam perlahan apabila namanya diseru. Mata masih setia menatap bintang di langit malam.

"Kau masih fikirkan kejadian tu ke?" Soal Amirul berhati-hati. Punggung dilabuhkan di kerusi batu bersebelahan dengan Kaira. Wajah gadis itu ditatap kesian.

Kaira menoleh memandang wajah Amirul. Senyuman nipis diberikan kepada abangnya itu.

"Tak ada lah abang."

"Aku tahu kau tipu, Kaira." Kaira menundukkan kepalanya. Terus air matanya perlahan-lahan turun membasahi pipi.

"Kaira- ya Allah jangan lah nangis. Aku tak pandai pujuk." Ujar Amirul sedikit gelabah apabila melihat Kaira yang sudah teresak di hadapannya.

"Kaira.." Amirul menarik Kaira masuk ke dalam dakapannya. Belakang badan gadis itu diusap lembut.

"Shh aku ada ni. Jangan lah nangis. Benda dah lepas kan."

"Kaira takut.." ujar Kaira tersedu-sedan. Wajah disembamkan pada dada Amirul. Fikirannya serabut. Kepalanya asyik mengulang tayang kejadian yang menimpanya di mall semalam.

"Aku faham apa kau rasa, tapi kau tak boleh lah macam ni Kaira. Kau kena lawan rasa takut tu. Diorang tak sempat buat apa-apa kan dekat kau." Kaira menggeleng perlahan.

"Jadi kau jangan lah macam ni. Buang rasa takut tu. Mana Kaira yang kemain hebat tengking papa haritu." Ujar Amirul bernada mengejek. Terus Kaira menampar lembut dada Amirul sebelum meleraikan pelukan mereka.

"Jangan lah ungkit!" Kaira menatap tajam wajah Amirul. Bahunya yang masih terhinjut dihiraukan.

"Tahu pula jangan ungkit. Jadi kau pun jangan lah nak ungkit benda yang dah lepas tu. Lupakan. Boleh?" Soal Amirul lembut.

Kaira menikam lembut mata milik Amirul sebelum dia mengangguk. Air mata dilap dengan kekura tangannya.

"Good girl." Kepala Kaira diusap lembut. Senyuman diberikan kepada gadis kecil itu.

"Kenapa abang tiba-tiba baik dengan Kaira ni?" Soal Kaira. Amirul senyum senget sebelum memeluk tubuhnya.

"Mana ada aku baik dengan kau. Aku cuma nak pujuk kau je. Kesian tengok dari semalam nangis. Dah macam langsuir dah muka tu." Selamba sahaja Amirul berkata menyebabkan Kaira mencebik.

"Abang ni kan!"

"What?"

"Amirul! Kaira! Mari masuk. Dah pukul berapa ni." Panggil Encik Fatih kuat.

"Ya pa, Kaira nak masuk lah ni." Kaira terus bangun dari duduknya. Sempat tangannya naik menampar lengan Amirul sebelum berlari ke arah pintu masuk rumah.

"Budak ni."

°•❁•°

"Umi buat apa tu." Soal Kaira yang baru sahaja masuk ke dapur. Gelas yang berada di dalam kabinet diambil sebelum dia bergerak mendekati peti sejuk.

"Umi nak buat kek. Bukan ke semalam Kaira yang nak."

"Serious lah umi! Kaira nak tolong." Ujar Kaira teruja. Gelas yang digunakannya tadi diletakkan di dalam singki. Puan Yasmin yang sibuk menyusun bahan didekatinya.

"Umi siapkan bahan kejap. Nanti kita buat sama-sama ya." Kaira mengangguk. Punggung dilabuhkan pada kerusi yang tersedia pada kitchen island.

"Mana yang lain umi? Sunyi je." Kaira melilarkan mata melihat sekeliling.

"Papa dengan abang Mirul pergi kerja. Humaira ada kat atas, tidur lagi."

"Abang Mirul kerja ke?"

"Kerja lah sayang." Puan Yasmin tergelak perlahan.

"Abang kerja apa, umi?" Soal Kaira lagi.

"Abang kerja dengan papa. Papa serahkan jawatan ceo syarikat dekat dia." Kaira mengangguk. Bahan-bahan yang sudah dicampur diaduk olehnya.

"Kaira tak marah ke?" Kaira mengangkat kepala memandang Puan Yasmin yang turut memandangnya. Wajah pelik ditayangkan buat wanita yang bergelar ibu tirinya itu.

"Maksud umi?"

"Iyalah sepatutnya Kaira pegang jawatan tu-"

"Taknak lah Kaira. Kaira bukan minat sangat pun hal-hal business ni umi. Kira bagus lah abang Mirul ambil. Kalau tak mesti papa paksa Kaira nanti."

Puan Yasmin mencubit lembut pipi Kaira. Geram melihat wajah memuncung anak gadisnya itu.

"Ada-ada aje kamu ni."

"Betul lah umi." Kaira tersengih.

°•❁•°

"Pa." Encik Fatih mengangkat kepalanya memandang ke arah pintu pejabat apabila mendengar seseorang memanggilnya.

"Ni file yang papa minta tu." Amirul meletakkan file berkulit hitam di atas meja kerja Encik Fatih sebelum dia melabuhkan punggung di hadapan lelaki yang bergelar ayah itu.

"Thanks Mirul."

"Bila papa nak pergi Terengganu?" Soal Amirul. Wajah Encik Fatih yang berada di hadapannya ditatap.

"Umi cakap nak pergi lusa. Kenapa? Mirul nak ikut sekali ke?" Amirul menggeleng.

"Kaira ikut ke pa?"

"Papa ada lah suruh dia ikut, tapi dia pula taknak. Jadi dia duduk rumah je lah dengan Mirul. Mirul okay je kan?" Soal Encik Fatih. Amirul senyum sebelum mengangguk.

"Tapi khamis nanti Mirul kena gerak pergi KL. Ada kerja nak selesaikan kat sana." Amirul menggosok belakang lehernya.

"Erm kalau Mirul bawa Kaira sekali, papa izin tak?" Soal Amirul takut-takut. Bukan apa, risau Encik Fatih tidak mengizinkan dia membawa Kaira ke sana.

"Papa izinkan je. Daripada biarkan dia seorang diri dekat rumah kan. Tapi itu kamu kena tanya dia dulu lah. Takut dia pula taknak."

"Kalau bab tu papa jangan risau. Pandai lah Mirul pujuk." Amirul tersengih.

Dia dan Encik Fatih berbual sekejap sebelum dia meminta diri untuk keluar dari pejabat milik lelaki separuh abad itu.

"Tak pelik kalau diorang ni melekat je lepasni." Encik Fatih menggeleng perlahan bersama tawa halus.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang