AMIRUL KAIRA | 04

18.8K 593 12
                                        

Tajam mata hitam Amirul memandang ke arah Kaira yang sedang bergelak ketawa dengan dua rakannya. Coffee yang berada di hadapannya itu dihirup perlahan.

Wajah Kaira yang ceria berbual bersama dua lagi gadis bersamanya itu ditatap geram.

"Ingatkan kena ceramah dengan aku semalam dah insaf." Kata Amirul perlahan, cukup dirinya sahaja yang mendengar.

Flashback

"Kaira sayang, nak pergi mana tu?" Soal Encik Fatih apabila melihat Kaira yang berjalan menuruni tangga.

Kaira memandang sekejap wajah milik ayahnya sebelum dia kembali berjalan mendekati pintu. Kasut canvas yang berada di dalam rak kasut diambil sebelum disarung.

"Kaira nak keluar kejap dengan Mel dan Wafaa."

"Ye lah. Hati-hati, jangan balik lewat sangat." Pesan Encik Fatih lembut.

"Tengok lah macam mana. Kalau Kaira tak balik tu maksudnya Kaira stay rumah Mel lah ya." Ujar Kaira sebelum bergerak keluar dari rumah.

Encik Fatih mengeluh perlahan apabila menerima jawapan acuh tak acuh dari anak gadisnya. Wajah miliknya diraup kasar.

"Bagi Kaira masa. InsyaAllah dia akan berbaik semula dengan abang." Puan Yasmin mengusap lembut lengan milik suaminya. Senyuman manis diberikan kepada lelaki separuh abad itu.

"Harap harap macam tu lah."

Amirul yang dari tadi menjadi pemerhati mula bangun dari duduknya. Wajah kedua orang tuanya itu dipandang.

"Mirul nak keluar kejap tau. Nak jumpa kawan. Nanti umi tengokkan Maira ya. Dia tidur lagi dalam bilik Mirul tu." Puan Yasmin angguk perlahan.

Amirul terus bersalam dengan Encik Fatih dan Puan Yasmin sebelum mula bergerak keluar dari rumah.

End flashback

"Muka je cantik, tapi perangai mengalahkan- okay aku taknak cakap." Amirul menghela nafas.

"Mirul, umi tak ajar kutuk orang, adik sendiri pula tu." Ujar Amirul pada diri sendiri. Coffee dihirup lagi sambil mata masih setia memandang ke arah keberadaan Kaira dan kawan-kawannya.

°•❁•°

"Kenapa papa aku sanggup buat aku macam ni, Mel." Adu Kaira. Mata hanya menatap kosong meja di hadapannya. Wajah Melisa yang berada di situ langsung tidak dipandangnya.

Mereka sekarang berada di gazebo yang terdapat di halaman rumah milik keluarga Melisa.

"Kaira, kau kena sabar. Mungkin ada hikmah disebalik semua benda yang jadi ni." Ujar Melisa lembut. Bahu kawan baik merangkap sepupunya itu diusap lembut.

"Tapi Mel, perlu ke papa sembunyikan benda ni dari aku?"

"Pakngah bukan sengaja tau sembunyikan benda ni dari kau, dia cuma taknak kacau kau. Dia nak kau habis belajar dulu. Dia takut bila dia bagitau, benda ni akan mengganggu waktu belajar kau." Ujar Melisa serious.

Dia faham mungkin sepupunya itu kecewa dengan apa yang telah Encik Fatih lakukan, namun semua ini untuk kebaikan Kaira juga.

"Kaira, cuba buka hati kau. Terima makngah Yasmin dengan abang Amirul. Lagipun diorang tu baik apa." Melisa memberhentikan kata-katanya. Wajah Kaira dipandang.

"Kau tahu tak makngah Yasmin tu baik gila. Lemah lembut, penyayang pula tu. Waktu aku kahwin haritu, dia paling sibuk siapkan semua benda tau. Excited gila padahal aku ni anak saudara tiri dia je."

"Dia ikhlas tau dengan pakngah. Aku tengok pakngah tu pun dah happy balik lepas makngah Yasmin muncul dalam hidup dia. Tak macam dulu." Kaira memandang Melisa dengan sebelah kening terangkat.

"Tak, bukan maksud aku pakngah dah tak sayangkan arwah makngah Kiara, tapi kau tahu kan macam mana keadaan papa kau lepas arwah mama kau meninggal." Kaira angguk perlahan.

"Aku tak kisah kalau papa nak kahwin lain Mel. Cuma yang buat aku kecewa, perlu ke sembunyikan dari aku?"

"Benda dah jadi Kaira. Kau redha jelah ya. Patutnya kau happy dapat umi baru. Dia tu sayang kau walaupun tak pernah jumpa kau tau. Hari-hari dia tanya pakngah dengan aku bila kau nak balik Malaysia."

"Dia tanya pasal aku?" Soal Kaira dan mendapat anggukan dari Melisa.

"Dia cakap dia tak sabar nak kenal-kenal dengan anak perempuan dia ni. Tapi ish makngah Yasmin ni tak tahu ke perangai anak perempuan dia ni mengada tahap minta kaki." Ujar Melisa sempat dia selitkan kutukan buat sepupunya itu.

"Ish sempat kau kutuk aku ya!" Kaira cebik. Geram je nak ganyang mulut perempuan di hadapannya itu.

"Bagi lah papa kau tu rasa bahagia. Dia pun berhak, Kaira. Dan kau patutnya bersyukur sebab dia masih kisah pasal kau. Kalau tak, takde nya dia nak suruh kau balik sini. Baik dia layan anak baru dia." Selamba Melisa berkata membuatkan gadis disebelahnya itu memuncung.

"Amirul poyo tu ke?"

"Tak lah. Humaira. Adik kau." Kaira memasang riak pelik. Sejak bila dia ada adik ni?

"Adik aku?"

"Ya adik kau. Humaira Farihah. Takkan kau tak jumpa lagi adik kau tu?" Kaira menggeleng perlahan.

"Nampak sangat papa kau memang tak sayang kau, sebab tu dia sembunyikan pasal Humaira dari kau."

"Si-" Kaira menutup matanya. Betul-betul tak sayang nyawa perempuan ni.

"Hehe. Eh dah lah. Malam ni tidur sini erh. Aku stay sini sementara laki aku pergi outstation."

"Iya lah Puan Melisa. Boleh lah aku lepaskan rindu dekat paklong dengan maklong sekali."

"Daddy dengan mummy je? Aku? Kau tak rindu?"

"Tak!" Berubah cemberut wajah Melisa apabila mendapat jawapan dari Kaira.

"Makin biadab erh sepupu aku sekarang."

Terlepas tawa kedua gadis itu. Dan tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka dari jauh.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang