"Nah." Lelaki berkemeja hitam itu memberikan satu sampul coklat yang tebal kepada seorang lagi lelaki berjaket kulit yang berada bersamanya.
"Kalau ada maklumat lagi, kau roger je aku. Lagi-lagi berkaitan Amirul." Lelaki berjaket kulit itu mengangguk laju. Sampul coklat itu dicapai sebelum dimasukkan ke dalam poketnya.
"Ingat jangan sampai kantoi. Kalau tak nahas kau."
"Baik boss."
"Tak cukup duit bagitahu aku. Nanti aku tambah." Lelaki itu mengangguk lagi. Mereka berdua berbual sekejap sebelum kedua-dua mereka bertindak untuk berpecah dan beredar dari tempat itu.
"Aizat?" Aizat memusingkan kepalanya mencari suara yang menyeru namanya tadi. Dia berdehem perlahan. Mata melihat sahaja Rais yang berjalan ke arahnya.
"Is. Kau dari mana?"
"Wife aku suruh beli barang sikit." Aizat mengangguk sahaja.
"Kau buat apa dekat bangunan buruk ni?" Soal Rais pelik. Dia memandang Aizat dan laluan masuk bangunan usang itu silih ganti.
Tidak salah tadi dia melihat Aizat keluar dari situ. Apa lah yang dibuat lelaki itu dibangunan buruk ni.
"Kau hisap dadah eh Zat."
PAK
"Aduh! Sakitlah gila." Rais menggosok bahunya yang baru sahaja dipukul Aizat. Mata tajam lelaki dingin itu ditenung tanpa rasa gentar.
"Jangan nak fitnah aku bukan-bukan. Aku tak bodoh lagi nak buat kerja haram tu." Tongkah Aizat. Dia tak gila lagi untuk mengambil benda haram yang Rais katakan tu.
"Habistu kau buat apa dekat sini?" Soal Rais lagi inginkan jawapan. Aizat mengeluh perlahan sebelum membuka mulut ingin menjawab.
"Aku ingat nak beli bangunan ni. Untuk projek baru."
"Seriously? Takde bangunan lain ke?" Aizat mencebik. Sibuk lah jantan ni. Ingatkan Hud je busybody, rupanya ada lagi yang macam dia.
"Yang kau sibuk ni kenapa. Biarlah aku. Ni projek aku yang handle, so semua keputusan atas aku." Rais mengangguk-angguk.
"Ye lah. Tapi-"
"Dah lah. Aku pergi dulu, malas lah layan kau. Tu, bawa balik barang cepat sikit, karang kena marah dengan Afiya."
Aizat berkata mendatar sebelum bertindak meninggalkan Rais yang terpinga-pinga di hadapan bangunan usang tersebut.
"Pelik betul jantan ni."
°•❁•°
"Sayang ni barang yang awak suruh beli tadi."
"Abang letak je atas meja dekat dapur tu. Nanti Fiya kemas. Fiya nak suapkan Afian makan."
Rais tidak membantah malah hanya turuti sahaja arahan isterinya. Usai meletakkan barang, dia terus bergerak ke ruang tamu dimana keberadaan isteri serta anaknya.
"Assalamualaikum sayang papa." Radwa yang berada di atas tilam bayi diangkat dengan berhati-hati sebelum diletakkan di dalam pangkuannya. Ciuman dilabuhkan pada ubun-ubun bayi perempuan itu.
"Lewat abang balik harini."
"Abang ada meeting tadi. Backup Mirul punya kerja. Lepastu pergi beli barang yang awak suruh baru balik." Afiya sekadar mengangguk sahaja mendengar penjelasan suaminya.
Sudu yang berisi nasi itu disua pada mulut anak sulung mereka, Afian.
"Afian baru nak makan?" Soal Rais. Dagu Radwa yang bergerak kerana menghisap puting itu dicuit geram.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
RomanceSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...
![[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister](https://img.wattpad.com/cover/306540479-64-k298003.jpg)