Tok Tok
"Hm?" Kaira menggosok mata perlahan bagi menghilangkan mamainya. Wajah Amirul yang sudah memandangnya dengan pandangan tajam ditatap dengan matanya yang masih kuyu.
"Kau baru bangun?!" Soal Amirul geram. Rahang diketap menahan diri dari memarahi gadis dihadapannya itu.
"Hm..."
"Kaira Farhanim!"
"Ish apa!" Kaira menjeling tajam Amirul. Suka sangat panggil nama penuhnya. Tahulah nak practice sebelum ucap depan tok kadi nanti- eh.
"Aku bagi kau 10 minit je untuk kau pergi bersiap. Cepat!" Amirul menyilangkan tangannya di dada. Tubuh kecil Kaira yang tersarung gaun tidur bercorak Stitch direnung. Comel.
"Iyalah iyalah. Nak pergi lah ni. Tak payah lah sampai menjerit macam orang gila." Selamba Kaira berkata.
Melihatkan Amirul seperti ingin mendekatinya, terus sahaja Kaira menutup pintu biliknya. Tawa kuat dilepaskan selepas melihat wajah tidak puas hati abang tirinya itu.
"Orang gila dia panggil aku." Amirul merengus kasar. Nasib sayang kalau tak dah lama dia humban dalam sungai.
Dia terus menyandarkan diri di dinding berhadapan milik Kaira sambil bermain dengan telefonnya. Kalau dia tinggal kan risau sesat pula budak tu. Maklum lah baru balik Malaysia, mesti tak kenal lagi selok belok sini.
°•❁•°
"Abang nak jumpa siapa ni?" Soal Kaira. Dia hanya membontoti Amirul dari belakang tanpa mengetahui hala tuju mereka.
"Banyak bunyi lah kau ni. Ikut je lah."
"Orang tanya je." Bibirnya tercebik. Garang sangat kenapa?
"Mulut tu kan cuba jangan banyak cakap. Aku cili karang apa pun tak dapat." Amirul menarik kuat pipi milik Kaira. Geram. Ada sahaja yang dia nak menjawab.
"Ish abang sakit lah!"
"Ada aku kisah?" Amirul tergelak sinis. Matanya melilar ke sekeliling ruangan dining hall hotel itu sebelum terasa bahunya ditepuk oleh seseorang.
"Amirul." Amirul menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Senyuman diberikan kepada lelaki yang menepuk bahunya itu.
"Tengku Rayyan." Amirul menghulurkan tangan ke arah Tengku Rayyan Haqiem yang berada di hadapannya.
"Ingatkan breakfast dekat bilik je tadi." Ujar Rayyan berbaur perli. Mata dikalihkan ke arah Kaira yang berada di belakang Amirul.
"Siapa ni? Nak cakap bini, kau tak kahwin lagi kan. Awek erh?" Soal Rayyan. Senyuman mengejek menghiasi wajahnya.
"Ni adik aku lah. Aku lambat tadi pun tunggu dia lah." Ujar Amirul tidak puas hati membuatkan Rayyan tergelak.
"Eh dah lah. Jom breakfast sama-sama. Tu Hariz ada dengan family dia and wife dengan anak-anak aku pun ada kat sana." Rayyan memuncungkan bibir ke arah keberadaan keluarganya. Terus mereka bertiga bergerak ke sana.
"Eh Mirul." Hariz Aiman yang sedang sedang menggendong Hayla Daria, anak keduanya itu bangun dari duduk sebelum bersalam dengan Amirul.
"Lama sangat tak jumpa ni sampai member dah kahwin erh." Seloroh Hariz. Mata memandang ke arah Kaira yang sedang menggomol pipi anak sulungnya serta anak sulung Rayyan.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
RomanceSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...
![[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister](https://img.wattpad.com/cover/306540479-64-k298003.jpg)