Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya.
Amiru...
"Amiinn." Amirul meraup mukanya apabila selesai membacakan doa. Dia mengesot sedikit kebelakang sebelum bertindak untuk baring dengan kepala beralaskan riba Kaira.
Melebar terus senyuman Kaira melihat tindakan suaminya itu. Pipi Amirul ditekup geram lalu dicium tanpa henti membuatkan lelaki itu tergelak perlahan.
Amirul memusingkan badannya sebelum mukanya disembamkan pada perut Kaira. Tempat itu dicium pantas sebelum dia mengangkat kepala memandang Kaira yang turut memandangnya.
"Kenapa?"
"Tak sabar nak tunggu ada baby dalam ni." Perut kempis Kaira diusap lembut dengan mata masih setia merenung wajah cantik isterinya.
"Dah hampir setahun kan kita kahwin abang. Tapi Kaira masih tak pregnant." Ujar Kaira perlahan. Terbit senyuman kelat pada wajah gadis itu.
"Belum rezeki kita sayang." Amirul menarik tangan Kaira yang berada di pipinya. Kekura gadis itu dicium lembut.
"Kaira cuma takut Kaira tak dapat bagi abang anak."
Amirul bangun dari baringnya. Dia duduk bersila di hadapan Kaira sebelum menepuk pehanya, menyuruh gadis itu pula baring di atas ribanya.
Baring sahaja Kaira, terus Amirul mengusap kepala gadis itu dengan penuh kasih sayang. Tangan Kaira sekali lagi dicium olehnya.
"InsyaAllah boleh sayang. Banyakkan berdoa, okay. Jangan cepat mengeluh. Ni semua ujian untuk kita. Dekat luar tu ramai lagi tau yang dah kahwin bertahun-tahun tapi tak dapat anak."
Kaira diam tidak membalas. Mata hanya merenung Amirul dari bawah. Lembut sahaja suara Amirul memberi pesana untuknya. Lembut dan sangat romantik.
"Bila abang nak tukar panggilan abang?"
"Maksud kau?" Soal Amirul tidak faham. Kaira mencebik sebelum bertindak untuk mencubit kuat perut lelaki itu.
"Aduh sakitlah. Kau kenapa?" Soal Amirul tertahan. Perut yang menjadi mangsa cubitan isterinya digosok. Pedih woi.
"Sorry." Kaira tersengih. Dia mencium sekejap perut Amirul sebelum bertindak untuk bangun. Telekung dibuka lalu dilipat rapi.
"Kau nak aku tukar panggilan macam mana?" Amirul menoleh memandang Kaira yang berada di hadapan almari. Dia bukannya tak faham maksud isterinya itu, sengaja mahu menyoal.
"Sampai bila abang nak guna 'aku-kau' dengan Kaira. Tak sweet langsung."
"Aik tak sweet ke. Aku rasa okay je." Kaira mencebik. Punggung dihempas kasar pada katil mereka. Tangan disilangkan didada tanda protes.
"Bunyi macam kasar tau!"
"Tengok lah bila aku ada mood nanti."
"Ish benci lah cakap dengan abang ni." Kaira menolak kuat badan Amirul yang berada disebelahnya, namun langsung tidak bergerak.
Melihatkan Amirul yang tersenyum mengejek ke arahnya, terus dia memukul kuat bahu Amirul yang langsung tidak mengenakan baju itu. Cebikan pada bibir Kaira semakin kedepan.
"Berdosa tau pukul suami. Kau nak masuk neraka ke Kaira." Kaira menggeleng manja membuatkan Amirul tersenyum.
"Nak masuk syurga?" Sekali lagi Amirul tersenyum melihat anggukan kecil isterinya.
Badan kecil Kaira dirangkul kemas sebelum kedua-dua mereka terbaring di atas katil. Seluruh wajah Kaira dicium geram oleh Amirul.
"Nak masuk syurga kenalah layan suami dengan baik." Bisik Amirul menggoda di telinga Kaira. Bibir isterinya dicium lembut sebelum lampu bilik ditutup oleh Amirul.
°•❁•°
"Kau buat apa Nathalia?" Soal Thaqif datar. Tajam matanya menatap Nathalia yang tersenyum sinis melihat gambar Kaira yang berada ditangannya.
"Kalau aku tak boleh dapatkan Amirul dengan cara lembut, aku akan pastikan aku dapat dia dengan cara kasar."
"Dengan cara bodoh macam ni?!" Tengking Thaqif. Dia cuba untuk mendekati Nathalia namun terhenti apabila Nathalia mengacukan pisau kepada lelaki itu.
"Cara bodoh? Aku guna cara bodoh?" Nathalia memandang Thaqif dengan pandangan yang sukar ditafsir lelaki itu.
"Aku atau kau yang bodoh, Thaqif?! Kau ingat aku tak tahu kau hanya nak gunakan aku. Gunakan badan aku untuk lampias nafsu sial kau tu!"
"Kau fikir aku tak tahu apa plan kau! Kau nak bunuh Amirul kan?!" Kuat suara Nathalia menyembur Thaqif. Lelaki itu kelihatan terkejut dengan tuduhan Nathalia. Namun untuk seketika sebelum dia tersenyum bangga.
"Baguslah kalau kau dah tahu." Amirul menarik senyuman sinisnya. Laju sahaja tangannya menempis pisau di tangan Nathalia sebelum dia bertindak untuk menarik kuat rambut gadis seksi itu.
"Hei s*ndal, sedar sikit kedudukkan kau tu. Kau tu cuma perempuan murah yang Amirul takkan pandang walau sebelah mata sekalipun. Lagipun kau lupa ke apa yang dia cakap dulu? Kau yang buang dia kan? Sebab apa? Sebab waktu tu kau jumpa lelaki yang kaya. Sebab lelaki kaya yang dah jual kau dekat rumah pelacur tu lah kau kutuk dia, kau caci dia, kau malukan dia depan orang ramai dulu. Kau lupa ke?"
Thaqif bersuara perlahan namun cukup untuk membuatkan Nathalia terdiam.
"Kau fikir lepas apa yang kau dah buat dekat dia, dia akan senang-senang lupakan benda tu hm?"
"Tak Nathalia. Dia takkan lupakan benda tu dan takkan balik pada kau."
"Habis kau fikir Kaira akan pilih kau lepas kau cuba nak rogol dia?!" Nathalia menjerit kuat dihadapan wajah Thaqif. Sempat dia meludah pada wajah lelaki itu.
"Kau dah terlambat Thaqif. Kaira takkan pilih kau. Dan dia takkan hidup bahagia dengan Amirul!" Nathalia menjerit lagi. Keadaannya sekarang tidak ubah seperti orang sakit mental.
"Kalau aku tak dapat Amirul, orang lain pun takkan dapat dia lah! Aku akan pastikan Kaira tu menyesal lah sebab ambil hak aku HAHAHAHA."
"Diam lah sial! Jangan sampai kau yang mati malam ni!"
Terhenti terus gelakkan kuat Nathalia tadi. Dia mengangkat kepalanya sebelum mata tajamnya menikam mata Thaqif.
"Jangan bunuh aku dulu, aku nak tengok Kaira terseksa dengan hadiah yang aku hantar dekat dia sebelum dia mampos."
PANG!
Kuat tampalan Thaqif pada pipi Nathalia sehingga gadis itu tidak sedarkan diri.
"Perempuan sial. Menyusahkan." Sempat Thaqif meludah ke arah Nathalia sebelum memberi isyarat pada anak buahnya untuk mengikat gadis itu. Dia menjeling sekilas gadis seksi itu sebelum bergerak keluar dari bilik itu.
"Psycho."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.