AMIRUL KAIRA | 17

14.7K 495 6
                                        

"Abang..." Amirul mengeluh perlahan mendengar rengekan Kaira sebelum mengangkat kepalanya. Wajah gadis dihadapannya itu ditatap tajam.

"Kau nak apa, Kaira."

"Nak attention abang." Ujar Kaira bersama sengihan. Dagu ditongkatkan dengan kedua belah tangan sebelum mata dikelipkan berkali-kali.

Amirul menggeleng perlahan kepalanya sebelum dia kembali menumpukan perhatian kepada kerjanya.

"Abang ni memang tak sayang Kaira kan!"

"Tak."

"Abang!" Kaira merengek lagi. Kaki dihentak kuat tanda geram. Geram dengan sikap lelaki yang bergelar teman lelakinya itu.

Kaira dan Amirul sudah rasmi menjadi pasangan kekasih sebulan yang lalu. Hati Kaira tersentuh apabila mendengar semua isi hati dari lelaki itu. Terus dia melamar abang tirinya itu untuk menjadi teman lelakinya.

Namun hubungan mereka masih lagi dirahsiakan dari pengetahuan orang sekeliling terutamanya Encik Fatih dan Puan Yasmin. Tunggu masanya tiba, barulah mereka bersedia untuk berterus-terang.

"Kalau kaki tu sakit jangan nak mengada suruh aku urut ya." Ujar Amirul selamba. Malas sebenarnya dia nak melayan karenah gadis pujaan hatinya itu.

Bercinta atau tidak, hubungan mereka tetap sama seperti sebelum ini. Ada sahaja perkara yang nak digaduhkan. Bezanya Kaira menjadi terlebih manja dengan lelaki itu dan Amirul pula terlebih protective terhadap Kaira Farhanim.

"Ye lah. Kaira ni siapa je kan untuk abang. Sakit pun bukan dia risau." Kaira mencebik. Dia mula bangun dari duduk di hadapan Amirul sebelum bergerak ke arah sofa.

Punggung dihempas kasar di situ sebelum tangan naik bersilang di dada. Wajah Amirul yang masih tekun melakukan kerjanya ditatap tidak puas hati. Abang Mirul jahat tak kisah pasal Kaira.

"Lepas aku siap kerja aku layan kau, okay little girl." Ujar Amirul lembut. Mata dikalihkan kepada Kaira yang mencebik itu.

"Promise?"

"Promise. Dah kau duduk diam-diam dulu kat situ. Jangan kacau aku." Kaira hanya menganggukkan kepala.

Kalau dia kacau, mesti kerja Amirul akan mengambil masa yang lama disiapkan. Nanti dia juga merana sebab nakkan perhatian dari lelaki itu. Jadi terpaksa lah ikutkan saja arahan lelaki itu.

"Cepat sikit tau siapkan kerja tu. Kaira dah lapar."

°•❁•°

"Kaira."

"Hm." Kaira menggumam perlahan bagi menyahut panggilan dari Rais. Kepala langsung tidak diangkat dari memandang makanannya.

"Kalau abang Rais tanya, Kaira jangan marah tau." Ujar Rais dan mendapat pandangan pelik dari Amirul, Hud dan Aizat.

"Pehal kau?" Soal Amirul. Rais ditatap penuh tanda tanya.

"Hm apa dia. Tanya jela."

"Kaira bela saka ke-"

"Uhuk." Terhenti kata-kata Rais apabila Kaira tiba-tiba tersedak selepas mendengar soalan darinya. Hud dengan pantas menghulurkan segelas air putih kepada gadis itu manakala Amirul menggosok lembut belakang badan milik Kaira.

"Takde soalan lain ke kau nak tanya, Is?" Soal Aizat mendatar. Wajah kemerahan Kaira dipandang sekilas sebelum dia memandang Rais yang sudah tersengih.

"Kau nak dia mati tercekik ke apa?" Amirul tajam memandang Rais. Tangannya tidak henti dari menggosok belakang badan Kaira.

"Sorry."

"K-kenapa abang Rais tanya macam tu. Nampak benda bukan-bukan ke dekat Kaira?" Soal Kaira. Wajahnya sudah pucat selepas mendapat soalan itu dari lelaki itu.

"Takde lah. Cuma..." Rais menatap pelbagai jenis makanan yang ada di atas meja mereka sebelum pandangannya beralih kepada Kaira. Senyuman kekok diberikan kepada gadis itu.

"Atas meja ni semua Kaira punya."

"Hm. Betul juga apa Rais cakap. Kaira ni membela ke apa?" Soal Hud pula. Pelbagai jenis makanan yang ada di situ semua milik Kaira. Mereka pula hanya order air sahaja.

"Kan. Nak cakap preggy, tak sah lagi- aduh." Rais menggosok lengannya. Mata mencerlung Amirul yang berada di sebelahnya.

"Mulut tu jaga."

"Cakap je."

"Kaira lapar lah. Ish abang Rais dengan abang Hud diam jela. Ganggu je orang nak makan." Bebel Kaira. Makanan disumbat kasar ke dalam mulut tanda protes. Nak makan dengan tenang pun tak boleh.

"Ye lah. Tapi kongsi lah sikit."

"No!"

"Kaira." Kaira mengendahkan panggilan dari Hud dan Rais. Malas nak layan.

"Kedekut."

°•❁•°

"Tadi kau dah paw aku banyak punya makanan. Kalini nak suruh aku belanja apa pula?" Soal Amirul. Kaira disebelah pula sudah tersengih mendengar soalan dari boyfriend nya itu.

"Kaira nak beli coklat dengan aiskrim. Nanti boleh makan dengan Humaira."

"Hm yelah. Teruskan guna Humaira."

Kaira hanya mengabaikan kata-kata lelaki itu. Sudah terbiasa. Bila je Amirul ni sweet?

"Jom cari coklat dulu." Amirul sekadar mengangguk. Tangan kecil Kaira digenggam sebelum ditarik ke rak yang menempatkan pelbagai jenis coklat.

"Hm." Kaira mengetuk dagu seolah berfikir. Mata merenung rak yang dipenuhi dengan coklat dihadapannya.

"Ambil jelah, sayang. Jangan nak fikir sangat boleh tak. Buang masa." Kaira mencebik. Cebik cebik pun lama-lama senyum juga bila Amirul memanggilnya 'sayang'.

"Tolong ambil yang tu boleh. Kaira tak sampai." Pinta Kaira. Amirul terus bergerak mendekati gadis itu sebelum dia mengambil coklat yang ditunjuk oleh Kaira.

"Lain kali minum susu banyak sikit. Pendek."

"Bukan Kaira yang pendek. Rak ni yang tinggi lah." Cantas Kaira.

"Ye lah little girl. Kau menang." Amirul mengeluh perlahan. Pipi kemerahan Kaira dicubit lembut.

"Ada lagi." Kaira angguk laju. Terus dia bergerak mengambil beberapa jenis lagi coklat sebelum mereka bergerak ke arah peti yang menempatkan aiskrim.

"Abang bayar semua erh."

"Hm." Amirul menggeleng perlahan. Duit sendiri ada, sibuk nak guna duit kita. Nasib sayang.

Hi! Janji nak update semalam kan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Hi! Janji nak update semalam kan. Tapi disebabkan semalam saya ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, so terpaksa update harini. So enjoy reading. Sorry yaaa <33

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang