AMIRUL KAIRA | 33

11.5K 336 1
                                        

"Kaira." Amirul mengusap lembut pipi Kaira. Wajah polos Kaira yang lena itu ditatap dengan senyuman nipis.

Mata dikerling pada jam dinding yang terdapat dalam bilik beradunya. Sudah hampir pukul 9 pagi. Amirul kembali memandang wajah Kaira yang masih lena disebelahnya.

"Sayang." Panggil Amirul lembut bersama tepukan perlahan pada bahu Kaira membuatkan Kaira merengek perlahan kerana tidurnya diganggu.

Mata perlahan-lahan dibuka. Pandangan pertamanya pagi itu adalah wajah suaminya yang sangat dekat dengannya.

"Bangun sayang."

Kaira menggosok matanya sebelum bertindak untuk bangun dari baring. Wajah Amirul yang tersenyum kepadanya itu dipandang pelik.

Bukan semalam suaminya itu marah pada dia ke? Kenapa pagi ni tiba-tiba lain? Ke dia mimpi?

"Kau tak mimpi, sayang."

"Hah?"

"Aku mintak maaf pasal semalam. Aku tak boleh kawal emosi aku. Hati aku sakit bila aku tengok gambar tu. Dan aku kecewa bila orang yang aku sayang tak percayakan aku."

Kaira menunduk memandang tangannya. Bibir dikemam kuat. Dia rasa bersalah sekarang ni sebab tidak melayani suaminya semalam.

Kepala diangkat perlahan-lahan, memandang suaminya yang turut memandangnya dengan renungan yang dia sendiri tidak pasti.

"Kenapa?"

"Sorry." Amirul mengangkat sebelah keningnya. Seolah menyoal apa yang diungkap Kaira sebentar tadi.

"Kaira taknak layan abang bukan sebab Kaira tak percayakan abang. Kaira sakit hati bila tengok gambar tu walaupun Kaira tahu abang dan dia dah tak ada apa-apa hubungan."

Amirul tersenyum senget mendengar kata-kata isterinya. Wajah dirapatkan dengan wajah Kaira dengan wajah bangganya.

"Kau cemburu?"

"Ma-mana ada."

"Aku ni suami kau. Bukan salah kau bila perasaan cemburu tu muncul. Malah memang patut pun muncul sebab sekarang aku dah jadi hak kau." Air mata Kaira mula berkumpul di bahagian tubir matanya.

Tiba-tiba sahaja dia rasa sedih. Amirul sangatlah romantik dengannya. Amirul sangatlah prihatin tentang perasaannya. Dia sahaja yang cepat emosi. Membuat sesuatu perkara tanpa berfikir.

"Ka-Kaira minta maaf." Amirul menggeleng. Badan kecil Kaira ditarik masuk ke dalam pelukannya.

"It's okay. Aku tak terasa hati pun. Aku faham perasaan kau. Aku pun dapat apa yang kau dapat semalam."

"Maksud abang?"

"Nathalia dengan Thaqif tu berpakat nak hancurkan rumah tangga kita. Kalau dekat kau diorang hantar gambar Nathalia dengan aku-"

"Thaqif hantar gambar dia dengan Kaira dekat abang?" Amirul mengangguk. Kaira sudah memasang riak pelik. Sejak bila dia dan Thaqif ada gambar bersama.

"Gambar apa?"

"Lupakan jelah. Tak penting pun untuk kau tahu. Yang penting sekarang kita kena berhati-hati. Diorang dah plan macam-macam untuk runtuhkam rumah tangga kita." Ujar Amirul. Dia menatap wajah tidak puas hati isterinya itu.

"Kenapa? Aku salah cakap ke?"

"Abang cakap gambar tu tak penting? Tapi tu melibatkan Kaira tau!" Mendatar suara Kaira. Sungguh dia tidak berpuas hati dengan jawapan suaminya tadi.

"Aku tak nak kau fikir pasal tu?" Semakin berkerut dahi Kaira. Apa yang suaminya cuba sampaikan ni? Amirul mengeluh perlahan apabila melihat Kaira seakan tidah faham. Dia menarik badan isterinya itu agar mendekatinya.

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang