Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya.
Amiru...
"Umi!" Jerit Kaira kuat tatkala dia menapak masuk ke dapur. Puan Yasmin yang sibuk membancuh susu buat Humaira pantas menoleh memandang wajah cemberut anak gadisnya itu.
"Ya sayang, kenapa jerit-jerit ni?"
"Hehe. Kaira dari tadi panggil umi tapi umi tak dengar." Kaira berkata bersama sengihan lebar yang terpancar pada wajahnya.
"Alang-alang Kaira dah masuk tu, tolong tidurkan adik boleh? Umi nak masak ni. Nanti paklong sekeluarga nak datang makan malam kat sini." Ujar Puan Yasmin membuatkan Kaira memandangnya pelik.
"Eh. Kaira tak tahu apa-apa pun."
"Umi pun baru je tahu, papa call bagitau tadi." Kaira terangguk-angguk mendengar penerangan Puan Yasmin.
"Takpelah kalau macam tu. Kaira pergi tidurkan Maira dulu ya umi. Nanti Kaira tolong umi masak."
Botol susu yang sudah siap dibancuh susu buat kanak-kanak berusia tiga tahun diambil. Terus dia bergerak keluar dari dapur sebelum naik ke bilik yang menempatkan Humaira.
Buka sahaja pintu, dia melihat Humaira yang sedang duduk di atas katil miliknya dengan mata yang berair. Hidung gadis kecil itu juga kelihatan merah, seperti baru lepas menangis.
"Hei sayang kakak. Kenapa ni hm?" Soal Kaira. Tubuh kecil Humaira diangkat sebelum ditidurkan di atas ribanya.
"Mi mi."
"Umi dekat bawah, sayang. Maira tidur dengan kakak dulu, okay?" Kaira tersenyum apabila Humaira mengangguk seakan mengerti apa yang dia katakan. Botol susu yang berada di tangannya disua pada gadis kecil itu sebelum dia bertindak menepuk lembut punggung Humaira.
Melihat sahaja Humaira yang sudah terlena, terus dia bangun dan meletakkan Humaira perlahan-lahan ke atas katil. Dahi adiknya itu dicium lembut.
"Sweet dream, babygirl kakak."
°•❁•°
"Sampai hati tak bagitau nak datang."
"Saja nak buat surprise." Ujar Melisa bersahaja. Kaira yang sedang memeluk tubuh dengan bibir memuncung ditatap bersahaja. Mula lah tu perangai budak-budak dia.
"Surprise lah sangat." Kaira mencebik.
"Dah tak payah merajuk sangat. Aku datang pun kira bagus tau." Ujar Melisa mendatar. Kecik besar kecik besar je dia tengok Kaira ni. Hempuk karang.
"Biasalah Hanim. Orang dah kahwin kan. Sibuk dengan suami je lah." Muiz yang entah dari mana datang tiba-tiba menyampuk. Terus dia mengambil tempat berhadapan dua gadis itu.
Hanim. Hanya Muiz sahaja yang memanggil Kaira sebegitu. Bila ditanya kenapa memanggilnya begitu, pasti jawapan lelaki itu.
"Apa guna letak nama panjang kalau hanya panggil satu nama je?"
Dan sejak dari itu dia membiarkan sahaja abangnya yang seorang itu memanggilnya dengan nama tu. Biarlah, asal dia bahagia.
"Kan abang kan. Terus lupa kita." Muiz mengangguk mengiyakan.
"Kau tu bila nak kahwin, Muiz? Dah tua bangka kan?" Soal Amirul yang turut berada di situ bersama suami Melisa, Ilyas. Dia tersenyum senget melihat Muiz yang mencebik.
"Kau kahwin dulu, baru aku follow."
"Tunggu orang tu ready lah." Ujar Amirul selamba membuatkan semua mata memandang ke arahnya. Kaira pula terkebil-kebil memandang Amirul.
"Uyo abang Mirul. Dah ada calon erh." Melisa menjongketkan keningnya berkali-kali bersama senyuman nakal. Senyap-senyap ya.
"Aku mengandung!" Jerit Melisa teruja. Senyuman lebar terukir pada wajah gadis itu.
Kaira yang baru sahaja menangkap kata-kata dari sepupunya itu terus menutup mulutnya. Bulat matanya ketika itu kerana terkejut dengan berita yang baru diterimanya tadi.
"Serious lah Mel?!"
"Yes babe! Aku dah nak jadi mak orang!"
Kaira tergelak perlahan sebelum menarik tubuh milik Melisa masuk ke dalam pelukannya. Badan milik gadis yang bergelar sepupunya itu dipeluk erat.
"I'm happy for you.Congrats, babe!"
"Weh stop! Pipi aku ni untuk laki aku je." Melisa menolak lembut badan Kaira. Rimas pula bila gadis itu tidak henti mencium pipinya. Apa ni? Kita bukan lesbian lah!
"Ish kau ni, potong lah." Melisa tersengih. Tahu lah dia Kaira teruja. Nampaknya dia dah jumpa babysitter untuk anaknya yang bakal lahir ni.
"Apa-apa pun congrats Melisa. Nak jadi mak orang dah kau."
"Kau tu bila lagi? Aku rasa ramai je lelaki nak kan kau. Kau je jual mahal." Kaira yang mendengar bebelan Melisa itu mencebik. Mula dah perempuan ni.
"Dah lah. Membebel je kau tahu. Jom masuk, sejuk lah kat luar ni. Tak elok untuk preggymummy."
"Jom." Melisa memeluk erat tangan milik Kaira. Terus mereka berdua berjalan masuk ke rumah agam milik Encik Fatih. Alah bermanja sekali sekala dengan Kaira. Takpe kan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Nah, last update untuk minggu ni ya. Lepasni saya mungkin akan update seminggu sekali je.