AMIRUL KAIRA | 37

5.4K 202 0
                                    

"Kau okay?" Kaira mengangkat kepala mencari suara yang menegurnya tadi. Matanya terus menangkap Amirul yang baru sahaja keluar dari tandas dengan hanya mengenakan tuala separas pinggang.

"Sayang, aku tanya ni."

Kaira sekadar menggeleng sahaja. Dia hanya memandang Amirul yang sudah berjalan mendekatinya.

Amirul mengambil tempat di birai katil. Rambut serabai Kaira dibetulkan sebelum matanya menikam mata hitam Kaira.

"Apa jadi semalam?" Soal Kaira tiba-tiba. Sungguh dia tidak mengingati kejadian semalam. Dia memandang tepat mata Amirul.

"Takde apa lah." Amirul tersenyum nipis. Baju Kaira yang ternaik itu ditarik menutupi perut kempis gadis itu.

"Betul ni?"

"Iya sayang. Tak ada apa yang jadi." Amirul cuba meyakinkan Kaira. Senyuman manis diberikan kepada gadis yang bergelar isteri itu.

"Dah pergi mandi, lepastu kita makan. Nanti aku sediakan baju kau." Amirul bangun dari duduknya. Tangan Kaira ditarik lembut agar gadis itu berdiri.

Pipi Kaira ditekup dengan kedua belahnya sebelum bibir kecil kemerahan isterinya dikucup.

"Aku sayang kau."

"Kaira pun sayang abang." Kaira membalas perlahan. Sempat dia melabuhkan ciuman pada pipi Amirul sebelum dia bergerak ke tandas, meninggalkan Amirul di situ.

Amirul diam memandang tempat Kaira berdiri sebentar tadi. Senyuman kelat terpancar pada wajahnya.

"Aku tak tahu apa ujian yang kita bakal tempuh nanti, sayang. Tapi aku harap kita dapat laluinya bersama."

Tanpa sedar setitik air mata jatuh ke pipi, namun dengan pantas Amirul mengesatnya. Dia menggeleng perlahan lalu bergerak mendekati almari baju milik Kaira.

"Ya Allah kau lindungi lah rumah tangga aku."

°•❁•°

"Papa dengan umi tahu ke kita nak datang?" Amirul menoleh memandang Kaira sekejap sebelum dia kembali fokus pada jalan.

"Aku dah call umi tadi."

Kaira mengangguk mendengar jawapan suaminya. Pandangan dilemparkan keluar tingkap. Memerhati segala yang ada di tepi jalan.

Amirul sekali lagi menoleh memandang Kaira apabila gadis itu hanya diam sahaja. Selalu Kaira lah paling bising apabila mereka berada dalam kereta. Pasti ada sahaja celoteh gadis itu, namun sekarang hanya diam membisu.

"Sayang." Tangan Kaira yang berada di atas riba diambil lalu dibawa ke ribanya. Diusap perlahan tangan itu dengan penuh sayang.

"Hm?"

"Kau okay? Kenapa diam je." Kaira mengalihkan pandangan menghadap Amirul. Direnung wajah kacak suaminya itu dari tepi.

"Boleh Kaira tanya?" Soal Kaira. Amirul mengangguk memberi laluan. Kereta yang dipandunya diparkir pada tempat letak kereta yang tersedia di rumah keluarga mereka.

"Abang tengok Kaira macam mana sekarang?" Amirul menjungkit sebelah keningnya. Mata menilik Kaira dari atas hingga bawah sebelum kembali ke wajah pucat gadis itu.

"Kau nampak makin kurus sayang. Muka kau pun cengkung dan pucat. Bawah mata tu pula hitam." Amirul berkata jujur. Pipi Kaira ditekup sebelum diusap perlahan.

[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved SisterWhere stories live. Discover now