Kaira memeluk tubuh dengan cebikan di bibirnya. Wajah Amirul yang leka melakukan kerjanya ditatap tidak puas hati.
Hampir sejam juga lah Amirul mengambil masa untuk menjelaskan segalanya untuk Kaira. Itupun atas desakan gadis itu.
"Merajuk lagi?" Soal Amirul. Dia berasa kurang selesa apabila ditatap sebegitu oleh Kaira. Tambahan pula aura dari gadis itu yang sedikit menggerunkan.
"Kenapa abang tak terus-terang je dengan Kaira? Kenapa kena tipu Kaira?"
"Tak penting untuk kau tahu." Selamba Amirul membalas membuatkan Kaira mengeluh kasar.
"Ye lah memang tak penting. Kalau perempuan tu tak datang sini, memang sampai bila lah Kaira kena tipu dengan abang, kan?" Kaira menjongketkan sebelah keningnya. Pandangan sinis diberikan kepada lelaki itu.
"Single dari lahir konon."
Amirul tersenyum nipis. Dia terus bangun dari duduknya sebelum bertindak mendekati Kaira. Punggung dilabuhkan disebelah gadis itu. Kepala Kaira diusap lembut dengan senyuman.
"Kaira, listen. Aku bukan saja-saja nak sembunyi semua benda ni dari kau. Aku ada sebab tersendiri." Ujar Amirul lembut.
"Dan salah satu sebabnya, aku nak lupakan dia. Aku taknak ingat apa-apa pasal dia, apatah lagi sebut nama dia. Aku kalau boleh nak buat macam aku langsung takde apa-apa hubungan dengan dia."
Kaira menoleh memandang Amirul yang sedang menunduk. Suara lelaki itu juga sedikit bergetar.
"Aku benci dia. Hati aku sakit bila ingat balik semua benda yang dia dah buat dekat aku." Sayu sahaja suara Amirul tika itu membuatkan Kaira terasa serba salah. Bahu milik Amirul diusap lembut.
"Kaira minta maaf. Kaira tak bermaksud nak buat abang sedih." Amirul mengangkat kepalanya memandang Kaira. Senyuman nipis diberikan kepada gadis itu.
"It's okay. Kau pun tak tahu apa-apa."
"Abang taknak cerita dekat Kaira ke apa jadi antara abang dengan dia?" Kaira yang melihat Amirul yang diam tidak membalas soalannya itu hanya mengangguk tanda mengerti.
"Take your time. Kalau abang dah bersedia nanti, abang cerita. Okay?"
"Thanks. Sebab faham aku." Kaira angguk. Keadaan sunyi diantara mereka buat seketika.
"Tapi Kaira still tak puas hati! Nak dapatkan balik hak dia? Hello! Abang ni hak Kaira tau!" Amirul tergelak perlahan mendengar suara tidak puas hati Kaira. Terus pipi gadis itu dicubit lembut.
"Aku hak kau?"
"Yes!" Yakin Kaira berkata.
"You're mine. Just mine. And no one can ever change that. You belongs to me."
°•❁•°
"Abang." Encik Fatih yang sedang kusyuk membaca buku mengangkat kepala memandang isterinya.
"Kenapa?"
"Yasmin nak tanya abang sikit." Ujar Puan Yasmin. Dia mula mengambil tempat di sebelah suaminya.
"Tanya jelah. Tak pernah pula awak minta izin saya kalau nak tanya soalan." Encik Fatih tergelak perlahan. Buku yang dibacanya tadi ditutup sebelum diletakkan di atas night stand. Tumpuannya kini seratus peratus pada isterinya.
"Abang perasan tak yang Amirul dengan Kaira sekarang bukan main rapat. Keluar pun selalu berdua je." Soal Puan Yasmin.
Encik Fatih mengangguk perlahan. Dia menyengetkan kepalanya, cuba untuk mengingatkan semua perlakuan kedua anaknya itu.
YOU ARE READING
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
RomanceSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...