"Kau dah terlambat Thaqif! Budak aku dah buat kerja dia. Tunggu masa je untuk Kaira terseksa HAHAHA!"
Nathalia menjerit kuat. Badannya tidak henti meronta-ronta minta dilepaskan. Dia kini diikat dengan rantai besi pada tiang bilik itu oleh orang-orang Thaqif.
"Diam perempuan!"
"Aku tak sabar nak saksikan hidup Kaira hancur!"
PANG!
"Aku cakap diam!" Kuat Thaqif menengking Nathalia. Nathalia yang sudah terteleng kerana tampalan kuatnya itu ditatap tajam.
"Jadi apa-apa dekat Kaira aku, nyawa kau yang akan jadi galang ganti nanti."
Nathalia tersengih menampakkan muka psycho nya. Mata dicelikkan luas kepada Thaqif.
"Aku tak kisah. Yang aku tahu perempuan tu akan mati dan Amirul akan jadi milik aku." Thaqif mengepal kuat penumbuknya. Berang dengan kenyataan yang dikatakan oleh Nathalia tadi.
"Kau nak gunakan aku tapi aku dah selangkah ke depan dari kau lah bodoh." Sekali lagi Nathalia meletuskan ketawa jahatnya.
"Kau cabar aku Nathalia?"
"Takpe, aku terima cabaran kau. Aku pun tak sabar nak tengok reaction kau lepas nampak mayat Amirul depan mata kau nanti." Thaqif tersenyum sinis. Sempat dia memberikan jelingan maut buat gadis itu sebelum bergerak keluar.
"Kau jangan sentuh Amirul aku! Dasar jantan tak guna! Kau memang sial Thaqif!"
Thaqif hanya menghiraukan sahaja jeritan nyaring Nathalia. Kotak rokok yang berada di dalam kocek seluar dikeluarkan. Sebatang rokok diambil sebelum diletakkan pada bibirnya.
"Perempuan gila."
°•❁•°
Amirul membelai rambut panjang Kaira sebelum tangannya turun mengusap pipi Kaira. Wajah pucat isterinya itu ditatap risau.
Tiba-tiba sahaja Kaira mengadu sakit kepala padahal tadi dia baik-baik sahaja. Lagi membuatkan dia risau apabila Kaira seolah-olah tidak mahu dia menyentuhnya.
"Kau kenapa, sayang." Amirul menggumam perlahan.
"Umh." Kaira menggumam perlahan apabila terasa tidurnya diganggu. Dia terus memusingkan badannya mengiring menghadap Amirul. Pinggang suaminya itu dipeluk olehnya.
Amirul menarik senyuman melihat tindakan isterinya itu. Bahu Kaira ditepuk lembut mendodoikan gadis itu.
"Kau buat aku takut tadi sayang." Dahi Kaira dicium sekejap. Polos sahaja wajah Kaira tika itu.
"Lepasni tolong jangan buat aku risau lagi."
"Abang sayang isteri abang."
°•❁•°
"Kenapa nak jumpa aku ni?" Soal Aizat pada Hud yang sedang bermain dengan telefonnya. Wajah lelaki dihadapannya itu direnung tanpa perasaan.
"Duduk dulu, order."
"Aku tak ada masa lah, Hud." Hud mencebik. Tak ada masa lah konon. Padahal duk rumah, menyendu.
"Kau bukan ada bini pun nak tak ada masa. Single tu single je lah." Aizat menatap tajam wajah rakannya itu. Meminta betul jantan ni.
"Aku ada banyak kerja Hud. Kalau kau panggil aku semata-mata nak teman kau lepak, baik tak payah."
Aizat sudah berura-ura untuk bangun namun pantas sahaja Hud menghalang tindakan lelaki itu. Dia tersengih menampakkan gigi sebelum memohon maaf.
"Ye ye sorry. Tapi kut ya pun order lah. Air pun jadi. Takpe aku belanja." Aizat hanya pasrah dengan suruhan Hud. Nak tak nak dia terpaksa juga memesan sesuatu agar lelaki di hadapannya itu memberitahu tujuan sebenar memanggilnya kemari.
"Dah?" Aizat mengangguk. Kening dijungkitkan kepada Hud menyuruh lelaki itu berterus-terang kepadanya.
"Aku nak panggil Is dengan Mirul sekali tapi ye lah orang dah berumah tangga kan. Jadi aku panggil kau je."
"Untuk?"
"Cakap pasal Kaira." Ternaik kening Aizat mendengar nama Kaira. Dia menatap Hud dengan riak penuh tanda tanya.
"Kenapa dengan Kaira?" Soal Aizat pelik.
"Kau tak pelik ke dengan budak tu tadi? Tiba-tiba je sakit kepala. Lepastu dia macam tak bagi Mirul sentuh dia." Soal Hud. Kini wajahnya betul-betul serious.
"Asal nak pelik pula? Biasa lah tu." Aizat mengangkat bahunya. Biasalah kan perkara macam tu?
"Tapi dia elok je sebelum tu."
"Luar jangkaan. Kalau Allah dah tetap benda tu nak jadi, jadi lah." Aizat berkata malas membuatkan Hud mencebik.
Hud yang baru sahaja ingin membuka mulut terhenti apabila melihat susuk seseorang yang duduk tidak jauh dari mereka. Tajam matanya menatap lelaki itu sebelum dia kembali menoleh menghadap Aizat.
"Ni satu lagi yang aku nak tanya kau." Aizat hanya mengangguk sahaja. Dia yakin Hud sedang dalam keadaan serious sekarang.
"Kau ada nampak Nathalia tak? Dah lama sangat aku tak nampak minah senget tu. Ke dah give up."
"Lepas kau tanya ni baru aku perasan. Tapi dua bulan lepas dia ada hantar gambar dekat Kaira. Amirul pun dapat tapi dari-"
"Thaqif." Hud berkata perlahan dan mendapat anggukan dari Aizat.
"Asal aku tak tahu."
"Macam kau tak kenal Amirul tu macam mana."
"Tapi kau tak rasa ke diorang dua tu macam tengah plan something?"
"Maksud kau?" Hud tidak menjawab, sebaliknya dia memandang ke belakang Aizat.
Aizat yang berasa pelik terus memusingkan badannya sebelum matanya menangkap figura Thaqif.
"Kau rasa dia tunggu perempuan tu ke?" Aizat tidak menjawab. Matanya masih setia menatap Thaqif yang sedang bermain dengan telefon miliknya.
"Aku tak tahu apa rancangan diorang sekarang, tapi kita kena berjaga-jaga."
"Amirul dengan Kaira mungkin dalam bahaya." Sambung Aizat lagi.
YOU ARE READING
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
Storie d'amoreSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...