"Uit banyak kerja ke pengantin baru?" Soal Hud yang baru sahaja menjejak masuk ke dalam office Amirul bersama Rais dan Aizat.
"Sibuk lah kau."
"Uish emo semacam ni kenapa? Bini tak bagi ke?" Soal Rais dengan kening terangkat-angkat. Senyuman nakal diberikan buat rakannya itu.
"Kau ni bodoh lah. Hormat sikit Aizat tu. Sian dia makin terasa single bila kau kata macam tu."
"Dasar jantan tak sedar diri." Aizat berkata perlahan. Sempat dia menjeling tajam wajah Hud lalu bergerak duduk di hadapan Amirul.
Hud dan Rais tersengih sebelum kedua mereka turut mengambil tempat di hadapan Amirul. Wajah Amirul yang fokus pada kerjanya dipandang.
"Kau pehal Mirul? Nampak stress je." Soal Rais. Kalini dia tidak main-main lagi. Serious wajahnya yang memandang Amirul.
"Mana ada aku stress. Aku tengah sibuk ni. Tak nampak ke kerja aku bertimbun atas meja ni?"
"Tu lah kau, siapa suruh pergi honeymoon lama sangat. Padan muka kerja banyak."
Amirul mengangkat kepalanya. Tajam matanya menikam mata Hud. Ada juga yang kena pelempang nanti kan.
"Kau kalau datang sini nak cari gaduh baik kau blah." Hud tersengih tidak bersalah. Kepala digeleng laju.
"Gurau je. Rilek lah."
"Banyak lah kau punya bergurau."
Keadaan senyap untuk seketika. Hanya bunyi papan kekunci yang ditekan oleh Amirul sahaja memenuhi ruang pejabat itu.
"Korang nak apa datang sini?" Soal Amirul pelik. Rakan-rakannya ini biasanya datang bila ada hak penting sahaja, itupun bukan semua.
"Amboi tak boleh ke kitorang nak melawat kau? Tahu lah dah kahwin sekarang."
"Kau-"
"Okay okay aku serious." Amirul kembali melabuhkan punggungnya. Kalau tak difikirkan kawan, dah lama dia baling Hud ke luar tingkap.
"Kau tahu siapa datang office haritu?" Soal Aizat mendatar. Dingin sahaja wajah yang dipaparkan oleh lelaki itu.
"Siapa?"
"Nathalia dengan Thaqif." Ujar Rais pula mengundang kerutan pada dahi Amirul.
"Huh? Apa pula dua malaun tu nak."
"Itu kitorang tak tahu. Yang aku tahu minah senget tu dah berpakat dengan jantan tak guna tu. Haritu pun dia datang sini buat kecoh. Geram je aku nak bagi kaki fabulous aku ni kat muka diorang."
Panjang bebelan Hud. Tangan lelaki itu juga tidak henti menumbuk-numbuk meja kerja milik Amirul. Marah punya pasal.
"Masalah betul lah."
"Aku rasa diorang bekerjasama nak hancurkan hubungan korang berdua." Amirul memandang Aizat yang turut memandangnya. Kening dijongket tanda tidak faham.
"Nathalia nakkan kau dan Thaqif nakkan Kaira. Aku tak kenal sangat Thaqif orang yang macam mana. Tapi kalau Nathalia, aku yakin dia akan buat apa je untuk dapatkan apa yang dia nak."
°•❁•°
"Cak! Abang!" Tersentak Amirul apabila ada satu suara menyergahnya. Pantas dia menoleh ke arah pintu masuk.
Dahi sedikit berkerut melihat isterinta yang berjalan dengan caranya tersediri ke arah meja kerjanya.
"Kau buat apa kat sini? Datang dengan siapa?" Soal Amirul setelah Kaira berdiri betul-betul di hadapannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
RomanceSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...
![[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister](https://img.wattpad.com/cover/306540479-64-k298003.jpg)