"Kenapa papa ajak ramai sangat makan malam harini?" Kaira menyoal Amirul. Lelaki itu kelihatan sedang memperkemaskan baju melayunya sebelum bergerak mendekati Kaira yang berada di atas katil.
"Abang pun tak tahu lah. Saja-saja kut." Kaira tidak menjawab, malah hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"Sini abang pakaikan tudung." Selendang yang terletak elok di bucu katil diambil lalu diletakkan dengan berhati-hati di atas kepala milik Kaira.
Lembut sahaja tangan Amirul bergerak membetulkan selendang buat isterinya. Usai sahaja memakaikan tudung, pipi Kaira ditekup geram olehnya.
"Ee kenapa comel sangat sayang abang ni."
Terletus tawa kecil Kaira apabila pipinya digomol manja oleh Amirul. Lengan Amirul ditahan sekejap. Terus mata kedua mereka bertembung sesama sendiri.
Lama Amirul menatap mata cantik itu.
"Abang pakai macam ni teringat Kaira waktu kita kahwin dulu." Tutur Kaira secara tiba-tiba. Baju melayu biru yang dipakai oleh Amirul diterung dari atas sampai bawah.
Lelaki itu mengenakan baju melayu bersama seluar slack hitam. Tampak kacak dimatanya.
"Ye ke?"
"Hmm"
"Ke papa buat makan-makan sebab abang nak kahwin lagi ni?" Soal Kaira selamba dan mendapat jelingan dari suaminya.
"Apa pula macam tu. Abang dah kahwin kan, dan sayang isteri abang."
"Tapi lelaki kan boleh kahwin 4." Amirul buat tidak endah sahaja. Dia berjalan ke almari baju. Sehelai cardigan berwarna hitam diambil sebelum disangkut ke bahunya.
Kaira yang melihat Amirul seolah tidak ingin melayannya itu mencebik tidak suka. Amirul yang sudah berdiri di hadapannya itu ditatap geram.
"Abang dengar tak Kaira cakap tadi."
"Yang beria nak cakap pasal kahwin lain ni dah kenapa?" Soal Amirul pula. Layankan jelah perangai isterinya itu. Kalau buat tidak endah karang, merajuk pula. Satu kerja dia kena memujuk.
"Mana tahu abang dah bosan dengan Kaira ke, abang penat jaga Kaira yang sakit ni ke."
"Apa-apa jelah sayang. Yang abang tahu, abang boleh kahwin dengan seorang perempuan je. And perempuan tu Kaira Farhanim, okay."
Amirul bersuara malas. Kalau melebih karang ada pula yang gaduh. Hati isterinya itu bukannya boleh buat main.
"Ye lah abang menang."
"Nah pakai ni. Risau sejuk nanti." Cardigan yang tersangkut pada bahu diambil sebelum disarungkan pada gadis itu dengan lembut.
Tangan Kaira diraih sebelum digenggam olehnya. Terus sahaja mereka berdua bergerak keluar dari bilik.
°•❁•°
"As always! Aunty punya masakkan memang terbaik." Puji Hud riang. Dia kalau bab makan free memang laju je. Nak tunggu orang rumah masak macam lambat lagi, maklumlah single.
"Terima kasih Hud. Harini aunty tak masak sorang tau. Aunty masak dengan aunty Saadiyah ni hah."
"Uuu patut lah berganda sedap." Hud memuji lagi. Nasi disuap sehingga menyebabkan mulut lelaki itu penuh. Yang lain hanya mampu menggeleng sahaja melihat gelagat lelaki muda itu.
"Kau dah berapa hari tak makan Hud. Kebulur betul aku tengok."
"Kau jangan nak cari pasal eh." Hud menjeling Rais. Soalan macam nak undang pergaduhan je.
YOU ARE READING
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister
RomanceSelepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amiru...